Kekasih Johnny Depp Anggap Dia Lelaki Yang Sempurna
by Abdul Hamid Lembah Bujang
KEKASIH lama aktor Johnny Depp, Vanessa Paradis menganggap Johnny seorang yang sangat sempurna.
Kata Vanessa, dia tidak mahu menukar apa-apa tentang Johnny.
Pasangan ini sudah bersama sejak tahun 1988 dan mereka mempunyai dua orang anak bersama, Lily-Rose, 10, dan Jack, tujuh.
Vanessa, seorang penyanyi Perancis, mengaku dia masih menyayangi Johnny sepenuh hati walaupun mereka sudah bersama selama 12 tahun.
"Saya cintakan dia. Saya tidak perlu memberitahu Johnny saya tidak suka ini atau tidak suka itu kerana dia begitu memahami saya.
"Apabila kita menyayangi seseorang, kita tidak perlu merubah apa-apa tentang orang itu. Kita menerima dia seadanya. Dan saya tidak akan cuba mengubah Johnny," kata Vanessa.
"Dia membuat saya gembira dalam setiap keadaan. Walaupun kami berdua tapi sebenarnya kami satu jiwa," katanya.
Penelope Cruz Dilamar Jadi Kekasih Jack Sparrow
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SETELAH Keira Knightley mengundur diri, aktor Johnny Depp dijangkakan akan mendapat teman wanita baru dalam filem Pirates of the Caribbean 4 itu iaitu aktres Penelope Cruz.
Menurut Hollywood Reporter, semalam, hingga ke saat ini masih belum pasti watak apa yang ditawarkan kepada Penelope. Kemungkinan besar, aktres cantik berusia 35 tahun itu akan berlakon sebagai kekasih Captain Jack Sparrow dalam Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides.
Sementara Rob Marshall telah dipilih sebagai sutradara dan naskhahnya telah dihasilkan oleh Terry Rossio dan Ted Elliott.
Mengikut perancangan, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides akan menjalani proses penggambaran pada 20 Mei depan di Hawaii sebelum ditayangkan pada 2011.
Depp Bakal Menghasilkan Dokumentari Keith Richards
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PELAKON terkenal, Johnny Depp yang menerima lampu hijau daripada Keith Richards bakal mengarahkan dokumentari mengenai lagenda rock itu.
Projek ini adalah yang pertama selepas Depp mengarahkan The Brave pada tahun 1997.
"Saya begitu teruja selepas Keith memberi persetujuan untuk merakamkan dokumentari tersebut kepada audien, " katanya.
Depp dan Richards yang sudah lama berkawan, turut berlakon sama dalam filem "Pirates of the Caribbean: At World's End".
Dalam filem tersebut, Richards memegang watak sebagai bapa kepada Depp.
Khabar Angin 'Kematian' Johnny Depp Buat Laman Web Sesak
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BEBERAPA laman web gosip menjadi tidka tentu arah bila berita kononnya pelakon terkenal Johnny Depp mati dalam kemalangan jalan raya.
Berita yang dimuatkan itu disyakki perbuatan beberapa orang dajal yang cuba menimbulkan huru hara di internet dengan menyiarkan berita palsu itu.
Dalam laporan palsu yang dimuatkan di dalam sebuah laman web itu, 'kemalangan' itu kononnya berlaku di Bordeaux, France, dan terdapat gambar seolah-olah kemalangan itu benar-benar berlaku.
Laporan tersbeut juga turut melaporkan yang bintang 'Pirates of the Caribbean' terbaring di tepi jalan kerana mabuk.
"Polis mengesyaki penyebab kematian Johnny ialah kerana lebihan alkohol," demikian menurut The Daily Star melaporkan.
Laman Twitter penuh sesak dengan peminat-peminat menghantar laporan palsu itu.
Sejurus selepas itu, peminat-peminat Johnny berkabung dan meninggalkan ucapan takziah menyebabkan sebuah laman mendapat sebanyak 13 juta hits.
Pakar komputer berkata 'kematian' Johnny menjadi carian yang paling dapat popular di dunia ketika laporan palsu itu dikeluarkan.
Namun, petang kelmarin, bintang terkenal berusia 46 tahun itu membuat kenyataan, "Saya masih hidup dan sihat."
Berita ini pula disambut oleh kenyataan jurucakapnya Robin Baum.
"Betul, Johnny sihat...," kata Robin.
Johnny Depp Diraikan Bak Seorang Raja Di Serbia
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PELAKON Johnny Depp disambut dan diraikan bak seorang raja saat mengunjung negara Serbia ketika pembukaan 'The Kustendorf International Film and Music Festival' seterusnya merasmikan patungnya di kota Drvengrad.
Sempena acara festival film itu, pengarah Serbia Emir Kusturica memperkenalkan Johnny kerana akan membawa peranan pejuang revolusi asal Mexico dalam filem garapannya, 'Seven Friends of Pancho Villa' and 'The Woman with Six Fingers'.
Kedua-dua buah filem ini akan ditayangkan pada 2012.
Kedatangan Johnny awal minggu ini mendapat sambutan hangat dari seluruh bangsa Serbia. Di kesmepatan itu juga, Johnny sempat bertemu dengan Presiden Serbia, Boris Tadic di Beograd.
Kemudiannya, Johnny dibawa pejabat Drvengrad untuk merasmikan patungnya. Patung itu sebagai tanda pengakuan bangsa Serbia atas semua kontribusi Johnny selama ini dalam industri filem.