Teri Hatcher Rasa Seksi Apabila Berpeluh
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BINTANG siri Desperate Housewives, Teri Hatcher bangga memiliki badan yang menarik. Malah, Teri merasa dirinya seksi ketika dia berpeluh.
“Saya mudah berpeluh, jadi badan saya kelihatan seksi dan menarik,” ujarnya seperti yang dipetik menerusi Female First.
Wanita yang dilahirkan pada 8 Disember 1964 itu mendambakan badan yang berpeluh selepas berolahraga.
Teri berkata dia lebih suka mengeluarkan peluh dengan cara mengayuh basikal dalam jarak melebihi puluhan kilometer.
”Saya sangat suka berbasikal. Semua orang pasti tidak percaya kalau saya mampu berbasikal sehingga 80 kilometer,” jelasnya.
Teri memanfaatkan perjalanan dari rumahnya ke lokasi penggambaran Desperate Housewives dengan berbasikal.
Kerana kegemaraannya berbasikal, Teri juga pernah menyertai pertandingan lumba basikal, lari dan renang di Malibu pada musim panas 2009 lalu.
Aksi 'Ghairah' Teri Hatcher Dalam Desperate Housewives
by Abdul Hamid Lembah Bujang
TERI Hatcher tampil dengan aksi 'panas' dan memberahikan dalam siri program popular, Desperate Housewives.
Hatcher, yang membawakan watak sebagai Susan Mayer dalam siri tersebut melakukan tarian pole-dancing dan striptease dalam satu babak program itu yang menyaksikan aktres itu menanggalkan pakaiannya satu persatu.
Aksi tersebut merupakan salah satu babak yang mana Mayer ingin cuba menggoda suaminya, Mike.
Menurut Hatcher, dia mendapatkan khidmat profesional untuk teknik tarian tersebut."Kamu perlu 'kuat' untuk melakukan semua perkara yang sukar," kata Hatcher.