Showing posts with label Artis Sosial. Show all posts
Showing posts with label Artis Sosial. Show all posts

Aksi dipeluk wanita, Ikhwan DJ Hot FM Komen




Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet. Foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

"Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat.

"Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar,"

"Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial.

"Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri,

"Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya.

Neelofa dituduh berlagak?

ada beberapa orang industri yang mengatakan, kononnya Neelofa sekarang sudah pandai memilih dengan siapa dia hendak berkawan. Malah Neelofa juga dikatakan selalu bersikap perasan bahawa kehadirannya begitu penting dalam banyak acara.


Dek kerana itu juga, kata mereka Neelofa pasang bodyguard, selain hendak tunjuk pada umum yang dia bukan calang-calang orang.

Sebelum ini Neelofa telah menerima ancaman yang boleh menggugat keselamatan dirinya, sebab itu keluarganya terpaksa upah pengawal untuk menjaga dirinya.

Apapun, semoga apa yang diperkatakan orang itu tidak benar. Neelofa perlu buktikan yang dirinya adalah seperti padi. Semakin menunduk ke bumi apabila semakin berisi.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes