Showing posts with label Aizat. Show all posts
Showing posts with label Aizat. Show all posts

Liyana Jasmay Gagal Exam di Sunway University College


One of Seni Persembahan dan Media Sunway student at Sunway University College. Petaling Jaya told,Liyana Jasmay fails her exam.

Liyana Jasmay who was born on March 28, 1988 was supposed to attend the convocation at the college this year. However, Liyana Jasmay dreams disappointed because she must re-sit for two exam subjects Suntingan Filem andSejarah Teater

”Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal.”kata Liyana Jasmay.

“Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksaponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas.” tambah Liyana Jasmay lagi.
“Bulan Mac hingga Julai ini, saya akan buat projek teater semester akhir. Harap semua berjalan lancar selepas ini. Saya tidak sabar menamatkan pengajian pada 2011 nanti,” jelas Liyana Jasmay.

New York, Los Angeles or Australia will be a destination for Liyana Jasmay to gain knowledge as versatile Malaysia celebrity.

“Saya harap dapat menjalani kursus intensif selama dua minggu atau paling lama 12 minggu di negara orang. Sudah lama saya simpan cita-cita ini,” Liyana Jasmay said and she also will have third single titledPenyelamat Cinta composition with Liyana Jasmay and Aizat.


sumber dari artis-malaysia.com

Artis-Artis Di Malam ABPBH 2009

abpbh 2009

Banyak sungguh gambar-gambar artis di Malam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPBH 2009). Minggu nie asik letak gambar diorang jer. Yang penting korang kena layan ~~~~


abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009


Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Satu Suara

Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Aizat & Faizal Tahir di Salasar Pualam, Tingkat 2, Istana Budaya. Konsert yang akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Februari ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Kali ini, Siti Nurhaliza dah jadi ‘tauke pentas’ di mana syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions selaku penerbit. Namun, konsep dan idea pementasan diserahkan kepada Aizat dan Faizal Tahir sendiri untuk menentukannya.

Konsert ini berdurasi 2 jam setengah ini akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan 7 orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik Sze Wan serta 20 orang pemain strings (Orkestra Simfoni Kebangsaan).


(Jom Baca)Pete Teo Tidak Harap Populariti ‘Pergi’ sape kenal dia?? dlm cite PAPADOM dia ade..

Lagu Pergi ciptaan Pete Teo dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24. -Foto The Star oleh KEVIN TAN

SUDAH namanya kawan baik, sampai bila-bila pun komposer, penyanyi, pelakon dan produser terkenal Pete Teo akan mengingati setiap detik pertemuannya dengan pengarah popular Arwah Yasmin Ahmad sama ada menerusi telefon atau di depan mata.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya sesetengah masyarakat Melayu lebih mengenali Pete melalui karya Yasmin berjudul Talentime.

Lagu Pergi atau dalam versi Inggerisnya, I Go, yang dimuatkan dalam Talentime membuatkan ramai yang menyangka lagu itu dicipta khas oleh Pete untuk Yasmin.

Seawalnya, Pete berkata dia tidak berniat mencipta lagu I Go pada hujung tahun 2008 khas untuk filem lakonan Mahesh Jugal Kishor dan Pamela Chong Ven Tee itu.

Tetapi dia tidak menolak apabila Yasmin berminat untuk menjadikan lagu itu sebagai antara lagu runut bunyi filem itu. Selain lagu I Go, lagu Just One Boy dan Angel ciptaannya turut dimuatkan dalam filem yang sama.

Bagi Pete, dia hanya membuat lagu itu untuk mewujudkan perpaduan dan yang pasti dia lebih gemar menunjukkan kejujuran dalam lagu itu yang disampaikan daripada hati.

Namun, Pete sendiri masih berasa seram apabila meneliti lirik lagu yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu kerana serta-merta kenangannya dengan Yasmin berlegar-legar di kepala.

“Saya dan Yasmin selalunya akan berhubung melalui SMS kerana masing-masing sibuk ke luar negara. Kalau saya pulang ke Malaysia, tidak lebih dari 10 kali saya berjumpa dan menikmati makan malam dengannya.

“Setelah dia tiada dan saya teliti semula lirik lagu I Go iaitu ‘..words have fallen silent like soldiers to the grave..’, terus saya terfikir perkataan 'words' yang menjadi simbolik hubungan kami yang berlangsung menerusi SMS,” beritahu Pete dalam nada tenang.

Terlalu banyak kenangan indah yang tak mampu diluahkan oleh Pete saat menemubualnya namun kadangkala mulutnya bercerita beberapa kiriman SMS daripada pengarah filem Sepet, Gubra, Mukhsin dan Muallaf itu yang masih disimpan dalam telefon bimbitnya.

Hubungannya dengan Yasmin yang berlangsung selama lapan tahun itu pastinya akan dikenang oleh lelaki berusia 38 tahun ini sampai bila-bila.

Mulutnya tidak putus-putus memuji Yasmin yang digelarnya ‘The Most Important Film Maker’. Dari kaca mata Pete, Yasmin merupakan seorang yang berani, jujur dan sangat berfikiran terbuka.

Ditanya, tidakkah dia akan membuat sesuatu untuk meneruskan legasi Yasmin, Pete berkata dia akan cuba melakukan sesuatu menerusi lagu-lagunya.

“Tahun ini merupakan tahun saya yang sibuk tetapi saya akan cuba fikirkan. Mungkin saya boleh membuat lagu yang mengikut semangatnya,” jelasnya yang turut berjaya menempatkan lagu Pergi sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 baru-baru ini.

Keindahan lagu Pergi nyanyian Aizat dan liriknya oleh Amran Omar itu telah membuatkan ramai yang menganggap Pete seolah-olah telah menelusuri usaha Yasmin dalam mencapai mesej 1Malaysia yang turut dimuatkan dalam filem Talentime.

Bagi Pete, dia merasakan kemenangan itu juga sebagai satu tribute oleh Yasmin untuk 1Malaysia. Sebagai anak Malaysia, anak kelahiran Tawau, Sabah ini mahu berkongsi kemenangan ini dengan semua rakyat Malaysia.

Bagi Pete, dia bukanlah seorang yang terlalu mengejar anugerah, populariti atau wang semata-mata apabila berkarya sebaliknya kepuasannya dalam berkarya yang lebih diutamakan.

Sebab itu dia tidak kisah saat ditanya nama Aizat lebih kerap disebut-sebut sebagai pemenang AJL24 dan bukan dirinya sebagai pemilik lagu itu.

“Saya tidak kisah kerana Aizat telah melakukan kerja yang baik dan orang menyukai persembahannya. Saya sendiri menonton persembahannya menerusi rakaman di YouTube sewaktu di China,” katanya yang banyak mengembara ke luar negara sejak berusia 10 tahun kerana mengikut bapanya bekerja di Singapura.

Sebanyak 12 negara yang dijelajahinya atas urusan kerja termasuk Jepun, Korea, Amerika, negara Timur Tengah, Afrika dan Eropah Timur.

Pete yang begitu mementingkan kesempurnaan itu akui kejujuran, kekuatan lagu yang berkait dengan semua orang itu membuatkan kemenangan lebih memihak kepada lagu Pergi.

“Semua orang pernah kehilangan orang yang mereka sayangi sebelum ini. Dengan melodi yang mudah diterima oleh semua orang mungkin membuatkan lagu ini lebih mendapat tempat di hati semua.

“Tetapi saya tak nafikan selera setiap orang berbeza dan saya tidak berharap semua orang menyukai lagu Pergi,” jelasnya yang hanya mengambil masa 10 minit untuk menghasilkan lagu I Go.

Pete berkata, dia akan menggunakan habuan wang tunai sebanyak RM35,000 yang dibahagikan antara dia, Aizat dan Amran Omar itu untuk membeli hadiah kepada keluarganya.

(KUIZ)Siapa Yang Liyana Jasmay Taking Care Sangat?

twitter liyana jasmay

Lama betul rasanya kami tak buat kuiz. Cuba korang baca apa yang ditulis oleh Liyana Jasmay di Twitternya kat atas tue. Nampak sangat-sangat taking care, penyayang dan seperti dalam in love. Tapi untuk siapakah pesanan di atas itu ditujukan? Rasa-rasanya korang tau tak?

Kami bagi satu klue yang mampu membuatkan anda terus dapat meneka. Orang yang dimaksudkan oleh Liyana Jasmay di atas tue baru menang satu pertandingan baru-baru nie. Haaaaaaaa, apa lagi. Sila teka. Jangan malu-malu.

P.S: Pening kepala pagi-pagi bangun tidur adik kami nyanyi lagu Liyana Jasmay. Aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta. Sumpah tak best lagu tue di telinga kami.

Malam AJL24 Milik Bintang-bintang Muda

Aizat menyerlah dengan kemenangan berganda selaku Juara dan Persembahan Terbaik.

UMUM
telah mengetahui kejayaan lagu Pergi dendangan penyanyi dan komposer muda, Aizat di malam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) kelmarin. Menyusuli Pergi di tangga kedua adalah Dan Sebenarnya oleh Yuna. Di tempat ketiga pula berpihak kepada Bencinta hasil kolaborasi komposer dinamik Audi Mok dan penyanyi Faizal Tahir.

Selaku juara AJL24, Aizat kelihatan cukup teruja, ceria dan seakan tidak senang duduk disebabkan terlalu gembira dengan kejayaan itu.

Tambah penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 5 (AF), kemenangan besar itu amat bermakna buatnya kerana itu merupakan kejayaan pertama yang pernah diperolehi sejak dari alam persekolahan lagi.

"Terus terang saya katakan, sejak dari zaman sekolah lagi saya tidak pernah apa-apa pertandingan yang saya sertai.

"Tidak kiralah pertandingan nyanyian, puisi atau apa sahaja, saya memang tidak pernah menang. Malah, ketika menyertai AF5 pun, saya tersingkir awal.

"Kemenangan ini melahirkan perasaan bercampur baur dalam diri saya. Saya gembira, bersyukur, takut, gemnetar dan lupa diri seketika dibuatnya," katanya dalam nada bergurau.

Alunan menyentuh jiwa daripada Aizat menerusi lagu Pergi.

Jelas Aizat, kekuatan lagu Pergi mungkin terletak pada adunan muzik indah dan lirik yang puitis.

Malah, Aizat juga percaya gabungan orkestra dan instrumen seperti gitar akustik dan erhu adalah antara faktor yang menarik perhatian juri.

Malam Aizat terus bergemerlapan apabila memperolehi kemenangan berganda menerusi satu lagi lagu yang dipertandingkan, Kau Aku.

Lagu tersebut telah diangkat sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik. Persembahan serba 'comel' dan ringkas yang turut menampilkan lebih daripada 30 pelajar sekolah itu berjaya membawa kelainan dan menghidupkan penceritaan lirik lagu yang berkisar kepada semangat anak muda dan motivasi diri.

Persembahan Aizat dan pelajar-pelajar sekolah yang cukup 'comel' dan menghiburkan amat bersesuaian dengan lagu, Kau Aku.

Mengulas kejayaan lagu itu, Aizat berkata, idea dan konsep persembahan istimewa itu adalah hasil buah fikiran warga syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment dan ahli keluarga.

"Idea untuk menampilkan kanak-kanak sekolah itu tercetus hasil perbincangan warga Kasi Gegar dan ahli keluarga saya sendiri.

Pelajar-pelajar itu datang dari pelbagai sekolah termasuklah St. John, Convent Bukit Nenas, sekolah dari Muar, Johor dan beberapa orang sepupu saya sendiri.

"Kami himpunkan lebih 30 orang pelajar sekolah ini untuk wujudkan kemeriahan semasa persembahan.

"Tambahan pula, kisah lagu Kau Aku itu sendiri memang bersesuaian dengan elemen semangat anak muda dan berbentuk motivasi.

"Tapi saya tidak sangka persembahan itu akan menarik hati para juri. Ini bukan sahaja kemenangan saya seorang tetapi juga ahli keluarga dan Kasi Gegar yang banyak membantu dalam memikirkan idea dan konsep persembahan.

"Saya ingin dedikasikan kemenangan ini untuk semua peminat yang menyokong industri muzik tanah air," katanya yang ditemui di majlis sidang media sejurus selepas AJL24, kelmarin.

Yuna yang memiliki aura tersendiri dengan alunan suara dan persembahan persis Norah Jones mengakui sedikit tertekan ekoran kejayaan lagu, Dan Sebenarnya yang menduduki tempat kedua. Katanya, dia langsung tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang di pertandingan besar seperti AJL.

Yuna tampil bersahaja dengan gubahan muzik jazz dan alunan vokal persis Norah Jones memikat penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Malah, Yuna seakan tidak percaya kerana penyanyi arus indie sepertinya diberi peluang beraksi di pentas keramat itu.

"Ekoran kejayaan ini, saya akui sedikit tertekan selepas ini. Masyarakat akan terus mengharapkan yang karya lebih baik, lebih besar dan berbeza daripada apa yang sudah saya tampilkan.

"Kejayaan ini adalah satu penyuntik semangat buat saya untuk terus bekerja keras dan menghasilkan muzik yang lebih baik selepas ini.

"Ini bermakna, saya harus laburkan lebih banyak wang dan komitmen untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan berbeza," kata graduan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam itu.

Sambil menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pemangkin semangat buatnya untuk melakukan yang lebih baik di masa akan datang, Yuna juga berharap agar perjalanan karier seninya akan terus bersinar.

Sementara itu, aksi bertenaga Faizal Tahir menerusi lagu Bencinta memikat para juri untuk menobatkannya selesa di tangga ketiga.

Menurut Faizal, keterbatasan fizikalnya untuk tampil agresif dan bertenaga di atas pentas ternyata tidak melemahkannya untuk tetap menampilkan persembahan memukau.

Dengan imej dan busana ala Michael Jackson, Faizal yang terpaksa bertongkat kerana masalah kesihatan yang dihadapinya, memang memukau dengan lagu Bencinta.

"Asalnya, saya merancang untuk tampil dengan persembahan yang biasa-biasa saja ekoran keadaan kesihatan yang saya hadapi sekarang.

Biar pun dalam keadaan sakit, Faizal tetap memukau dengan vokal bertenaga, penampilan bertongkat dan imej ala Michael Jackson.

"Saya memang sudah rancang untuk sekadar naik ke pentas dan nyanyi saja lagu itu. Ini kerana saya sedar keadaan kesihatan ini pasti akan mengganggu kelancaran persembahan.

"Saya amat bersyukur dengan peluang dan kejayaan ini. Walaupun ada awalnya, saya agak ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk muncul di AJL.

"Saya kuatkan diri demi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu ini," jelas Faizal.

Faizal turut mengakui, pada awalnya dia merancang untuk tampil dengan sebuah persembahan yang berskala besar dan lain daripada yang lain. Tapi, ia melibatkan komitmen satu pihak yang lain. Malangnya perancangan itu tidak mendapat kelulusan pihak tersebut dan enggan untuk bekerjasama dalam persembahan yang dirancang.

Justeru, perancangan itu terpaksa dilupakan saja. Bagaimanapun, persembahan Faizal tetap gah dengan alternatif persembahan baru seperti yang ditampilkan.

Faizal bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pihak terbabit yang dimaksudkannya itu.

Black mengejutkan apabila diangkat sebagai Vokal Terbaik.

Bagi pendatang baru, juga juara program Mentor musim ke-3, Black mengejutkan ramai apabila dipilih sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik.

Ternyata, penyanyi bersuara unik ini telah tampil dengan vokal bertenaga dan konsisten sepanjang mempersembahkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu, hingga menambat hati barisan juri untuk menobatkannya sebagai pemenang.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan kerana ini adalah pertama kali saya membuat persembahan di pentas besar dan berprestij seperti AJL.

"Jujurnya, saya langsung tidak sangka akan menang Vokal Terbaik. Cuma, terdetik juga keinginan di dalam hati untuk menang kategori ini.

"Bila diumumkan sebagai pemenang, saya betul-betul terkejut dan tidak sangka keinginan itu menjadi kenyataan," akui Black.

Sementara itu, komposer terkenal Fauzi Marzuki selaku ketua juri, berkata, nadi kepada pemilihan pemenang-pemenang adalah berdasarkan kepada persembahan yang benar-benar menyerlah sehingga ia mampu berdiri dengan sendirinya dan menandingi persembahan penari atau penyanyi latar yang mengiringi persembahan mereka.

Lagu 'Pergi' Juarai AJL24


Aizat bersama dua trofi kemenangan yang diraihnya menerusi dua buah lagu, Pergi dan Kau Aku - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Alunan lagu menyentuh perasaan, Pergi nyanyian Aizat telah berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara bagi tempat kedua, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Mereka memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu-lagu lain yang bertanding pada AJL24 ini ialah Aurora (ciptaan sepenuhnya oleh Estranged), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah), Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq), Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad), Situasi (Bunkface/ ciptaan sepenuhnya oleh Sam), Pakai Buang (Stacy/ ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU), Aku Skandal (Hujan/ ciptaan sepenuhnya oleh Noh Hujan), Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam) dan Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta).

Barisan pemenang AJL24...(dari kiri) Yuna, Aizat, Black dan Faizal Tahir

AJL24 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi Zainal Abidin, penyanyi dan komposer Hazami, pelakon Fatimah Abu Bakar dan komposer Fauzi Marzuki selaku ketua juri.

Acara gilang-gemilang yang bertemakan Music Unfolds ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL24 turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Datuk Jeffrydin & Singlap 5, Jay Jay, Search, Meet Uncle Hussain dan Black dalam persembahan interlude serta persembahan pembukaan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Azlan & The Typewriter.

AJL24 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Kosmetik L'oreal Paris telah dipilih sebagai penaja rasmi AJL24.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes