Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.
“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.
“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar.
-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda.
Ammar Tak Mahu Bikin ‘Panas’ Lagi
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SIAPA kata pelakon dan model kontroversi Ammar Alfian Aziz tidak berdisiplin? Buktinya, dia boleh terpacak seawal pukul 10 pagi di Menara Star.
Dengan gaya ranggi berseluar jeans dan baju-T ketat menampakkan susuk tubuhnya yang sasa itu, dia hanya tersenyum lebih-lebih lagi apabila ramai mata memandang.
Anak muda berasal dari Johor Baru itu mengakui dia bukanlah seorang yang hipokrit tetapi lebih suka mempertahankan diri demi satu kebenaran.
Ini kerana dia selalu memegang nasihat ibunya, Rohaya Talib supaya tidak hipokrit dan berkata benar walaupun pahit.
Rancak berbual dengannya, sedikit demi sedikit peribadinya disingkap. Ternyata anak dua profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu seorang yang suka mengekspresikan dirinya terhadap sesuatu perkara mengikut kata hati.
Malah pelakon drama Tari Tirana itu tidak menafikan perkataan ‘membunuh’ yang diungkapkan kepada wartawan hiburan dalam laman sosial Facebook hanya luahan di bibir semata tanpa sebarang niat untuk melakukannya.
Namun banyak gelaran negatif yang dilemparkan kepadanya setelah didakwa mengugut untuk bunuh wartawan hiburan di Facebook lebih sebulan lalu.
Semasa sidang media memohon maaf secara terbuka anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 12 Mac lalu, Ammar dengan merendah diri mengaku dia merupakan seorang yang kurang ajar.
Dalam pertemuan dengan mstar, dia juga akui seorang yang panas baran.
“Kadangkala dalam bab-bab tertentu, saya boleh mengawal perasaan itu. Tapi saya akan cepat sakit hati bila dituduh tanpa bukti,” katanya yang berdarah kacukan Arab dan Pakistan itu.
Kata-kata ‘berbisa’ selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon sedikit sebanyak menyedarkan Ammar daripada hanyut dengan pendiriannya sendiri.
Daripada berkeras enggan memohon maaf, hati jejaka berusia 22 tahun itu bertukar menjadi lembut.
Ditambah pula dengan kaunseling secara ‘santai’ yang diberikan oleh Zed Zaidi kepadanya, Ammar mula belajar untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik.
“Bila Kak Wardina tegur kata selebriti tak layak jadi ikon, kata-katanya itu terus sedarkan saya untuk improve diri sendiri,” kata Ammar.
Kini semuanya telah berlalu. Bekas graduan jurusan pengurusan hotel dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka itu sibuk dengan penggambaran drama bersiri Atilia dan bidang peragaannya selain dipanggil untuk sesi fotografi dengan beberapa media lain.
Dia enggan menoleh ke belakang lagi dan meneruskan kerjayanya dalam industri seni. Jika ditakdirkan sudah tiada jodoh dengan industri ini, Ammar bercita-cita untuk menumpukan kepada dunia peragaan dan kecergasan.
“Insya-Allah, jika tiada aral, saya bercita-cita mahu membuka sebuah gimnasium dalam masa lima tahun lagi,” beritahunya yang gemar menghabiskan masa di gimnasium sekiranya mempunyai kelapangan waktu.
Keluarga Mahu Ammar Berundur Dari Industri Seni
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BANYAK perkara yang dilalui oleh pelakon dan model Ammar Alfian Aziz selepas insiden ugut bunuh wartawan hiburan di Facebook baru-baru ini.
Ammar akui, sepanjang bergelut dengan masalah itu, ramai wartawan yang mencarinya. Namun disebabkan kekangan waktu sibuk dengan penggambaran drama Atilia, dia tidak dapat melayan semua panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Walaupun begitu, dia tidak mampu membendung perasaan sedih dan kasihannya apabila kekasihnya, Puteri Sarah turut menjadi mangsa keadaan.
“Apabila media tidak mendapat saya, mereka mencari Sarah. Jadi, saya tak sanggup melihat dia menjadi mangsa sehingga rasa bersalah dan mahu cepat-cepat menyelesaikan masalah ini,” kata Ammar.
Malah kedua-dua ibu dan bapanya yang berada di Johor Baru menasihatkan pemuda berusia 22 tahun itu berhenti dari industri seni ini.
Bukan tidak mahu menolong anak sendiri, mereka juga tidak mahu campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh Ammar itu.
“Mereka menasihati saya untuk menjaga diri-sendiri. Tetapi, saya menjelaskan kepada mereka supaya bersabar dan mahu selesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.
“Saya juga tidak akan berundur dari industri ini. Saya sudah memohon maaf dengan wartawan-wartawan hiburan dan mahu sama-sama menjernihkan keadaan,” katanya selepas sidang media khas memohon maaf secara terbuka kepada wartawan hiburan anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di PWTC, Jumaat lalu.
Segala-galanya telah memberikan pengajaran kepada pelakon drama Tari Tirana itu. Dia dihentam teruk oleh rakan media disebabkan sikap kurang ajarnya itu sewaktu sidang media lalu.
Disebalik padah yang diterima, Ammar mengaku dia berasa ‘fobia’ untuk meluahkan perasaan di Facebook yang sebelum ini dianggap sebagai laman peribadinya.
“Sekarang, Facebook bukan laman peribadi lagi dan saya sudah kurang aktif melayari laman web itu. Ini semua sudah cukup memalukan saya.
“Sebagai pengajaran, selepas insiden itu, saya banyak menghabiskan masa di gimnasium. Di situlah tempat saya meluahkan perasaan gembira dan marah.
“Tak guna saya nak buat perkara yang tidak berguna selepas hal ini berlaku. Dari dulu lagi saya sudah selalu ke gimnasium selain mengisi masa dengan berenang dan bermain bola keranjang,” jelasnya sambil tersenyum.
Rutin hariannya juga padat dengan penggambaran drama dan sekali-sekala dengan peragaan. Boleh dikatakan waktu petang sehingga malam kerjanya hanya tertumpu di set penggambaran.
Sandiwara Luna Maya & Ammar Alfian!
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Mana ada artis yang seberani mereka, menghamburkan kata kesat kepada wartawan secara terang-terangan. Maka sebab itu, harus dicatit di sini, inilah pencapaian tertinggi Ammar dan Luna sepanjang karier mereka.
Tidak seperti Luna yang wajahnya hampir setiap hari terpampang di dada akhbar, Ammar tidak begitu bernasib baik. Barangkali kaitannya dengan kekasih hati, Puteri Sarah membuat nama Ammar lebih menonjol.
Luna juga pernah menjadi cover girl majalah remaja tahun 1999 dan terus diburu untuk jadi model iklan, filem, sinetron hinggalah menjadi penyanyi.
Hampir 10 tahun Luna disanjung di pentas hiburan hinggalah ke saat dia mencari pasal dengan wartawan hiburan di Twitter dengan menyamakan mereka dengan pelacur dan menghina darjat mereka sehina golongan itu.
'Jeritan batin' Luna dari Indonesia tiada bezanya dengan pelakon Tari Tirana, Ammar yang berpaksi di bumi Malaysia. Lebih menghairankan, Ammar, yang tidak berapa terkenal berbanding Luna, ada hati ingin 'menghunus pedang' dan 'membunuh' wartawan hiburan?
Antara kedua-dua mereka, rasanya Ammar lebih sadis hingga sanggup hendak 'membunuh'. Bila sudah terdetik hati ingin 'membunuh' bermakna bisikan syaitan begitu kuat dalam nalurinya sampai tak bisa dibendung. Tapi Kakak Tua percaya semuanya kerana amarah yang sukar dipadam.
Seharusnya Luna atau Ammar belajar mengutip pelajaran berharga dari episod ini. Perkara pertama yang harus mereka akui ialah dunia hiburan tidak ubah seperti panggung sandiwara yang penuh kepalsuan.
Senyuman selebriti saja, kata orang, hampir semuanya palsu, sepalsu make up, bulu mata dan dandanan.
Jadi tidak payahlah kita mempraktikkan kepalsuan ini dalam senario harian kita. Hamburan kata-kata kesat bukan saja membuat peminat menghukum kedua artis ini tapi secara tidak disedari, mereka menunjukkan kepada kita siapa diri mereka yang sebenarnya.
Tidak mungkin terluncur perkataan kesat dari hati orang beriman.
Setakat usik-usik manja dari wartawan, wajarkah digunakan senjata untuk melenyapkan serangan pihak 'musuh'.
Manusia walau apa pun darjat dan profesionnya, waima wartawan sekalipun, mudah hanyut dan tergelincir. Sepatutnya, kita berpesan-pesan kepada perkara kebenaran bukan bersifat menghukum.
Kakak Tua tidak rasa ada wartawan yang tergamak menjatuhkan selebriti. Tapi selalunya, perbuatan artis sendiri yang buat diri mereka tersadung dan terus tergelincir.
Mujurlah kesalahan Luna telah dimaafkan wartawan hiburan di Indonesia.
Bagaimana pula dengan nasib Ammar? Siapa yang tega membawa artis berbakat seperti Ammar ke jalan yang benar?
Hero 'Tari Tirana' Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.
Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.
Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.
Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.
Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.
Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: "Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".
Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.
Ammar berkata,..."well they're provoking me by making up stupid dumb story"
Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.
"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya seperti dipetik dari Facebooknya.
Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.
Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.
(18sx) Gambar super hot pelakon Tari Tirana, Ammar Alfian Aziz
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Actually kami sudah beberapa hari terjumpa dengan gambar super hot Ammar Alfian Aziz ni kat sebuah blog tapi kami enggan meletakkan’nya di sini atas beberapa sebab yang kami rasa korang pun tahu kenapa. Yer la, dah nama pun gambar super hot kan. Tak sesuai untuk tontonan umum gitu. Huhu..
Tapi akhirnya kami terpaksa akur dengan kehendak pembaca kami kerana tanpa mereka siapalah kami. Dan kerana itulah, gambar super hot Ammar Alfian Aziz ni wujud kat Zon Artis ni. Kalau rasa tak sesuai, sila skip artikel ni yer.
Melihatkan gambar-gambar Ammar Alfian Aziz ni, memang ianya bisa membuatkan sesiapa sahaja jeles dengan kemantapan body yang dimilikinya dan kami sangat yakin ramai gadis-gadis ‘gersang’ diluar sana akan melelehkan air liur apabila melihat gambar-gambar yang kami sajikan kali ini.
Jika korang masih tak tahu siapakah Ammar Alfian Aziz ni, biar kami bagi info sket. Boleh kan? Dia ni adalah seorang model dan telah memperagakan pelbagai jenis pakaian seperti Ralph Lauren, Nike, Adidas, Topman, Timberland, Diesel underwear dan Renoma (ni pun underwear jugak yer!).
Dia ni juga pernah menjadi salah seorang peserta dalam pertandingan Pencarian Hero Remaja 2007/2008 namun tumpas ditangan Ahmad Kamal Ahmad Adli. Huhu.. Sekarang ni dia menjadi salah seorang pelakon dalam drama Tari Tirana dengan memegang watak Neo.
Dan yang lebih penting, dia ni jugalah lelaki yang bersama dengan puteri Sarah Liyana (pelakon Aduh Saliha tak jadi) yang hangat tersebar suatu ketika duhulu. Malah gambarnya bersosial bersama rakan-rakan juga pernah kami paparkan di sini. Huhu.. Macam. mesti korang dah kenal kan?
Ok la, jangan buang masa lagi. Kalau korang nak nengok kesemua gambar super hot (super hot ke?) Ammar Alfian Aziz ni, teruskanlah membaca. Tapi ingat, risiko adalah atas tanggungjawab sendiri yer.
Dan kat bawah ni plak gambar yang lebih super hot sampai kami pun tak tahu nak kata apo!
Memang super hot kan? Huhu..
sumber dari ZONARTIS.com