Showing posts with label Ramadhan.. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan.. Show all posts

Jojie sangkal Bertudung itu Panas!!

Kakak kepada Ratu Rock Negara, Jojie (yang kini berusia 47 tahun) dulu dikatakan sesetengah orang dia bertudung hanya lah untuk menghormati bulan Ramadhan memandangkan ianya bulan yang penuh berekah. Namun Jojie berkata ianya bukanlah hanya untuk bulan Ramadhan semata-mata, dia kini hanya mampu berserah yang dia memakai tudung ikhlas kerana Allah Taala (Lillahitaala)

Petikan artikel dari Gua: “Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”

Zahida Rafik nikah di London?

Kata sumber yang tidak jelas lagi itu mengatakan bahawa Zahida Rafik bersama lelaki yang bergelar VIP sudah pun bernikah di London lebih sebulan lalu iaitu sebelum puasa Ramadhan. Punyalah nak berahsia, mereka kahwin dalam majlis tertutup tetapi tiptop pun rasanya ramai pelajar dan orang Malaysia di London tahu perkara berkenaan juga kan. Cuma mereka malas nak hebahkan cerita kepada orang tempatan.

Sebab Zahida ni dikatakan tidaklah sepopular mana pun, berlakon kat mana-mana drama/filem pun tak banyak apatah lagi menyanyi, cuma sibuk dikatakan berkepit sana sini dengan VIP. Tapi baguslah kalau dah nikah, boleh juga hindari maksiat dan fitnah. Semoga Zahida berbahagia senantiasa.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes