Showing posts with label Kris Allen. Show all posts
Showing posts with label Kris Allen. Show all posts

Peminat Sanggup Menanti 8 Jam Demi Kris Allen


HANYA untuk satu hari saja. Peluang bertemu juara program realiti American Idol 8, Kris Allen tidak dipersiakan oleh para peminat bintang itu sempena rangka promosi album sulungnya, Kris Allen di Kuala Lumpur.

Kemeriahan peminat muda khususnya mula dirasakan seawal jam 10 pagi lagi apabila mereka mula membanjiri sekitar ruang legar Centre Court di Mid Valley Shopping Centre bagi melayakkan mereka menjadi 200 peminat bertuah untuk bertemu Kris secara eksklusif.

Sempena kunjungan seharinya di sini, Kris atau nama sebenarnya Kristopher Neil Allen bakal menampilkan sebuah persembahan istimewa malam ini di The Gardens Ballroom, The Gardens Hotel.

Menurut Kris, dia sangat teruja dengan sambutan peminat di Malaysia dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia.

"Saya gembira kerana dapat bertemu dengan peminat-peminat saya di sini. Saya tidak sangka sambutan di Malaysia juga sangat menggalakkan.

"Saya juga difahamkan banyak makanan-makanan enak di sini dan saya tak sabar untuk mencubanya." ujar anak muda ini.

Persembahan yang dijangka bermula sekitar jam 8 malam ini bakal menyaksikan Kris mengalunkan lagu-lagu yang dipetik daripada album sulungnya termasuklah singlepertama, Live Like You're Dying; versi rakaman semula lagu popular Kanye West,Heartless dan banyak lagi.

Sementara itu, kemeriahan dan jeritan peminat-peminat bintang berusia 24 tahun ini bergema di seluruh ruang legar pusat membeli-belah ini untuk sesi autograf eksklusif ini. Siri jelajah bintang kelahiran Jacksonville, Arkansas, Amerika Syarikat itu ke Malaysia yang dibawakan khas oleh Star World dengan kerjasama Astro dan Hitz.fm adalah untuk menyemarakkan kehangatan musim baru American Idol 9 yang sudah bermula sekarang.

Kemunculan Istimewa 'Kris Allen Live in KL Showcase'

KETIBAAN Juara American Idol 2009, Kris Allen, 25, yang akan tiba Malaysia lusa untuk mempromosikan album sulungnya sambil bertemu peminat amat dinantikan-nantikan.

Bintang muda yang kini menjadi kegilaan ramai gadis itu ternyata mempunyai auranya tersendiri.

Allen terus berjaya membina namanya sendiri setelah menjuarai program realiti itu. Peminat Allen di Malaysia tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan idola mereka kerana peluang ini tidak harus disia-siakan. Buat pertama kalinya, pemenang American Idol itu menjejakkan kakinya di bumi Malaysia.

Allen diterbangkan ke Malaysia oleh Star World yang juga penyiar rasmi American Idol dan Astro. Bakat Allen tidak boleh dipandang sepi kerana dia bukan saja boleh menyanyi, malah dia boleh bermain gitar dan beberapa alat muzik lain serta mencipta lagu dengan baik.

Anak muda kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat ini mampu menjiwai semua lagu yang dihidangkan dalam album sulungnya. Album solonya diedarkan pada November tahun lalu dan diberi judul namanya sendiri.

Kesemua lagu yang dipaparkan mempunyai cetusan idea Allen yang cukup romantis dan berseni seperti Live Like We're Dying, Before We Come Undone, Can't Stay Away, The Truth, Written All Over My Face, Bring It Back, Red Guitar, Is It Over, Let It Rain, Alright With Me, Lifetime dan I Need To Know.

Seminggu selepas album debutnya dipasarkan, ia terjual sebanyak 80,000 unit dan menduduki tangga ke-11 album paling laris dalam Billboard 200.

Hujung tahun lalu dan awal 2010, jualan album Allen bertambah kepada ratusan ribu unit sementara lagu Live Like We're Dying berada di tangga ke-25 dalam carta Billboard Hot 100.

Lagu itu juga dijual sebanyak 620,000 unit menerusi sistem muat turun dan angka itu terus bertambah.

Kepada semua peminat Allen, tentu tidak mahu lepaskan peluang bertemu dengannya pada sesi autograf di Centre Court, pusat beli-belah Midvalley, Isnin ini jam 6 petang.

Untuk mendapatkan tandatangannya mereka hanya perlu membawa cakera padat (CD) lagunya.

Pada hari Isnin, jam 8 malam, jejaka kacak ini akan membuat satu persembahan istimewa 'Kris Allen Live in KL Showcase' di The Gardens Ballroom, The Garden Hotel. Persembahan itu terbuka kepada pelanggan Astro dan pemenang peraduan menerusi atas talian yang diadakan baru-baru ini.

Untuk maklumat, American Idol musim kesembilan sudahpun bersiaran menerusi Star World (saluran 711), setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang dan diulang pada hari sama, jam 8 malam.

Kris Allen American Idol 8 Turun KL Isnin Ini!! jom tengok konsert..sesi menandatangani autograf di Mid Valley Megamall pada pukul .......

JUARA American Idol (AI) musim kelapan, Kris Allen akan turun ke Kuala Lumpur pada Isnin ini, 8 Februari untuk beramah mesra dengan para peminat dan menjayakan sebuah persembahan nyanyian lagu-lagu daripada album sulungnya, Kris Allen.

Pemuda berusia 24 tahun dari Arkansas yang menewaskan seorang lagi finalis program realiti popular itu, Adam Lambert pada tahun lalu itu sedang mengikuti jelajah Asia di tiga buah bandaraya dan akan tiba di Kuala Lumpur selepas singgah di Manila pada Ahad ini dan seterusnya ke Singapura pada Selasa depan.

Ketika di KL, para peminat berpeluang untuk berjumpa idola yang disukai ramai ini semasa sesi menandatangani autograf di Mid Valley Megamall (Ground Floor, Centre Court) pada pukul 6 petang yang diadakan secara terbuka.

Persembahan nyanyian akan diadakan di The Gardens Ballroom, The Gardens Hotel pada pukul 8 malam pada hari yang sama.

Selepas itu, peminat juga boleh bertemu sekali lagi dengan Allen dalam satu sesi beramah mesra istimewa.

Namun, kedua-dua acara itu terhad kepada yang mendapat jemputan sahaja. Sesiapa yang berminat boleh memenangi pas masuk dengan menyertai peraduan di laman web astro.com.my/astrolife atau di radio Hitz. FM.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes