Showing posts with label Azlan And The Typewriter. Show all posts
Showing posts with label Azlan And The Typewriter. Show all posts

Lan,vokalis Azlan & The Typewriter (ATT) Sah Kahwin Hujung Tahun Ini


 




Lan akhiri zaman bujang hujung tahun ini.


LAN, vokalis Azlan & The Typewriter (ATT) mengesahkan dia akan mengakhiri zaman bujangnya pada hujung tahun ini, sama ada bulan November ataupun Disember.

Katanya, dia telah mengikuti kursus perkahwinan dan kini lebih mengetahui tanggungjawabnya kelak sebagai ketua keluarga.

"Usia saya pun dah menjangkau 28 tahun. Saya rasa elok berkahwin pada tahun ini. Memang target kami berkahwin sebelum mencapai umur 30 tahun," katanya kepada mStar Online semalam.

Lan dan tunangnya, Normala Hassan ketika majlis 'post-party' ABPBH 2008 tahun lalu.

Beliau ditemui semasa sesi bersama tiga finalis yang mencipta klip video muzik lagu ATT, Gerak Hati di studio Satu Entertainment semalam.

Finalis pertandingan Got My Own Music, Got Life anjuran University of X (U.O.X) dan Satu Entertainment itu datang dari Universiti Multimedia, Kolej Segi dan Universiti Teknologi Mara.

Gerak Hati ialah single kedua dalam album Peta Minda yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Album itu difahamkan mempunyai 10 buah lagu.

Mengenai tunang yang sebaya, Lan berkata, dia telah berpacaran dengannya hampir dua tahun dan mereka memang merancang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Lan (tengah) bersama finalis yang mencipta klip video muzik lagu ATT, Gerak Hati di studio Satu Entertainment semalam.


Akuinya, hatinya berdebar-debar menantikan kedatangan hari-hari bahagia.

"Kahwin sekali aje. Berdebarlah....tetapi saya dah jelaskan tentang kesibukan karier saya," katanya.

Dedah Lan, mereka jumpa pun pada waktu makan, serta setelah dibuat temu janji terlebih dahulu.

Berbicara tentang persiapan perkahwinannya pula, Lan masih berfikir tentang konsep perkahwinan serta tempat diadakan majlis tersebut sama ada di Kuala Lumpur ataupun Johor.

"Saya berangan nak kahwin, tapi tak pernah fikir konsepnya sekarang. Persiapan saya sekarang adalah kena menyiapkan duit hantaran sebanyak RM11,000," katanya sambil berjenaka.

Tentang perkembangan semasa, Lan kini perlu menyiapkan lagu untuk Maya Karin dan Tom dari MyStar LG selain dan terlibat dengan pertandingan klip video muzik.

Lan Vokalis Typewriter Dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie

Filem muzikal komedi Lu Fikirlah Sendiri De Movie juga menampilkan Lan The Typewriter. Tapi masa tu, Lan masih jadi vokalis Meet Uncle Hussain.

Jangan terkejut kalau masa tonton filem ini, tiba-tiba grup Meet Uncle Hussain muncul. Tapi bila dah banyak kali muncul sambil nyanyi, rasa macam klise pulak. Tapi itu dah jadi konsep muzikal dalam filem ini.

Masa red carpet Anugerah Juara Lagu, Lan jalan sorang-sorang dia tanpa ditemani rakan-rakan The Typewriter. Gambar ni Lan nampak berisi sikit.

>>

Lagi Exclusive : Penyertaan Azlan & The Typewriter di Anugerah Bintang Popular 2009 Tak sah..

AZLAN & TYPEWRITER bukan sebuah band, tapi kenapa kena nominate jadi dalam kategori 'duo/kumpulan' untuk anugerah Bintang Popular Berita Harian. Azlan and the typewriter ni sebenarnya ialah Azlan sorang, dan band member nya ialah sessionist sahaja.. macam jugak Loque Butterfingers dengan projek solonya 'Monoloque' ataupun Liyana Jasmay yang perform dengan sessionist aja. So kenapa lak AZ&TW boleh kena nominate sebagai kumpulan padahal tu sebenarnya projek solo?

P/S: Berita Paling Panas GotZip.. wowowoowowowow

Exclusive: Lagu Drama King Meet Uncle Hussain ialah tentang Siapa?!!


Meet Uncle Hussain(MUH) sudah pun mengeluarkan lagu single terbarunya,'Drama King' yang skarang ni asyik keluar dalam radio.Lagu ini dinyanyikan oleh Black sebagai vokalis jemputan, dan sampai sekarang ni MUH masih lagi belum menjumpai lead vokalis mereka.Yang nyatanya dalam berita dan majalah tempatan Kita hanya dengar alasan dari Bekas Vokalis MUH(nama tidak dinyatakan demi menjaga kepentingan pihak tertentu) kenapa dia tarik diri, tapi MUH tetap taknak bagi komen kerana tak nak memalukan pihak-pihak tertentu.

Ni, Kak Kiah ada dengar lah dari sumber2 yang boleh dipercayai, lagu ini sebenarnya tentang Bekas Vokalis tersebut. ini lah cerita yg MUH lalui dengan Bekas Vokalis. Mengikut statement yang diberikan oleh Taja dalam Berita Harian dan Metro baru-baru ini, lagu ini tentang pengalaman individu band member tersebut, tetapi tulisan lirik lagu ini ialah dari Tun Teja, iaitu manager kumpulan ni. Dia pun mengalami pengalaman yang sama.. dah tentu-tentulah ini pasal Bekas Vokalis tersebut...

Itu lah yg kak kiah dengar dari member-member kak kiah dalam industri musik ni, lagu ni menceritakan sebab-sebab yang menyebabkan Bekas Vokalis MUH yang berpecah dengan Band MUH. MUH dah tak tahan lagi dengan perangai dia. Yang paling diorang bengang skali, Bekas Vokalis MUH ni rupa-rupanya dalam senyap dah buat band Azlan and the Typewriter, bila dah confirm semua, baru dia tarik diri dari MUH.

Kak Kiah aka Infomer Gossip@GotZip

GOtZip : I dah lama kenal kak kiah ni.. dia tengok kisah artist malaysia ni pakai geluk jampi macam cerita nujum pak belalang tu.
Tu ExVocalis of Meet Uncle Hussain U dah kene GotZip..huhuhuhuhuhu
Nantikan Update terbaru GotZip.
tak paham2 lagi ke dah baca jangan lupa klik pada banner kat tepi tu.


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes