Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Lisa Surihani, Yusry hiasi Majalah Mingguan Wanita




Pasti ada yang rindu dengan Lisa Surihani dan juga suaminya, Yusry KRU. Namun kita sudah mengetahui yang Lisa kini dalam satu proses berehat akibat dek terkena jangkitan kuman pada matanya. Itu adalah kisahnya yang sungguh mencabar dalam berumah tangga. Kita harap Lisa dan Yusry bersama-sama tabah mengharungi dugaan itu. Mungkin sebelum penyakit itu datang, Lisa dan Yusry sempat dialu-alukan oleh majalah terkenal, Mingguan Wanita edisi Ogos 2012.

Dalam majalah ini Lisa dan Yusry mengenakan pakaian Hari Raya yang sememangnya yang pertama sebagai suami isteri di AidilFitri nanti. Wajah Lisa pon bersinar-sinar akibat dek photoshop yang begitu halus sekali editingnya. Nice!

Aaron Aziz hiasi majalah By'U


Ha bagi peminat Aaron Aziz ini lah masanya untuk korang menambah koleksi gambar sediada aktor ini dengan membeli majalah By'U keluaran Mei 2012. Banyak kisah yang dikongsikan oleh Aaron dalam majalah ini, jadi tunggu apa lagi, lepas kerja/belajar hari ni, pastikan pergi membelinya. :)

Diana Amir dalam Majalah Hijabista



Tak perlu diperkatakan lagi, memang Diana Amir seorang yang kini bertudung dan menutupi bahagian atas. Walaupun dia berbuat demikian namun bukan maknanya dia dipinggirkan, rezeki dia juga melimpah ruah. Majalah terkenal dalam dunia tudung di Malaysia, majalah Hijabista telah menjemput Diana untuk menjadi penghias muka hadapan majalah berkenaan. Memang nampak cantik dan anggun menawan.

4 Ibu selebriti jadi Remaja!

Wah bukan main lagi melihat empat ibu-ibu ni amik bahagian dalam sesi photoshoot untuk cover sebuah majalah. Mereka adalah Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish. Semua mengayakan aksi remaja betul. Yang lain tue tak kesahlah, lainlah kalau lihat Ziana Zain yang dah berusia tue kat cover ni. Nampak muda betul kan, seolah-olah Ziana masih lagi budak remaja. Awet muda gitue lor. :)


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes