Kes Khalwat Ako Ditangguh 31 Mac
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini menetapkan tarikh 31 Mac untuk Ako Mustapha menjawab hujahan balas pegawai pendakwa terhadap rayuan yang difailkannya pada 2 Disember lalu.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad telah menetapkan tarikh tersebut bagi Ako yang diwakili peguam Akbardin Abdul Kadir menjawab hujahan balas dari pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusoff.
"Kita telah mendengar hujahan balas dari pihak pendakwa dan hakim telah pun menetapkan tarikh tersebut untuk pihak kita memberi jawapan," ujar Akbardin ketika dihubungi mStar Online.
Sementara itu, Ako yang ditemui di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen terhadap perkara itu.
Ako Mustapha atau nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha, 38,telah membuat rayuan terhadap hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, dua tahun lalu.
Pelakon drama itu turut mengakui jika dia dikenakan tindakan penjara akan menyukarkan untuk menyara isterinya yang kini sarat mengandung.
Ako yang memakai kemeja biru cair dan seluar hitam kelihatan tenang semasa prosiding berlangsung.
Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.
Pada 21 April lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman itu terhadap Ako yang mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.
Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.
Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.
Ako Mustapha Kini Bergelar Seorang Ayah
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Tahniah buat Ako Mustapha dan isterinya, Kartina kerana telah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 31 Disember hari tue. Bayi perempuan nie telah diberikan nama Merissa Tempawan. Agak pelik kan nama tue? Tapi untuk pengetahuan korang, Tempawan tue adalah nama mak Tun Dr. Mahathir.
Mungkin kerana Ako adalah cucu kepada kakak Tun Dr. Mahathir, itu yang dia namakan anak dia sempena nama mak Tun Dr Mahathir. Kami rasa mungkin ini satu cara Ako nak melahirkan rasa penghargaan dia kepada Tun. Tahniah jugak kepada Tun Mahathir sebab dapat ahli keluarga baru.
Macam biasa buat masa nie gambar anak Ako Mustapha masih tak dapat lagi. Katanya Ako tak bersedia lagi untuk tunjukkan anak dia kepada media. Nanti dah ada kami uploadkan yek. Tahniah sekali lagi kepada Ako dan isteri.
sumber .. beautifulnara.com
Ako Mustapha Mahu Merissa Belajar Di Rumah 'Home School'
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AGAK kelam-kabut Ako Mustapha apabila menerima kelahiran anak sulungnya, Merissa Tempawan lebih awal tiga minggu pada 31 Disember lalu di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.
Menurut pelakon popular ini, dia seperti belum bersedia untuk menyambut kelahiran Merissa yang dilahirkan seberat 2.8 kg dan bagaikan tidak percaya yang dia kini sudah bergelar bapa.
Namun begitu, selepas tiga hari menguruskan bayi itu, Ako berkata dia sudah mula selesa dengan Merissa dan bagaikan tidak sabar menunggu anaknya itu membesar pula.
“Saya tergamam dan tidak percaya yang saya sudah bergelar seorang bapa. Tetapi selepas dua tiga hari menjaga Merissa, saya sudah menjadi biasa. Kadangkala, saya tolong menyuapkan botol susu kepadanya,” kata Ako menerusi telefon ketika berada di Pusat Perubatan Tropicana semalam.
Ako ke hospital itu untuk membuat pemeriksaan anaknya yang dijangkiti penyakit kuning.
“Saya berharap Merissa akan sembuh daripada penyakit itu,” luah Ako ringkas.
Ditanya mengenai keadaan Merissa, Ako berkata muka puterinya itu lebih mirip kepada wajahnya. Namun, apabila masuk kepada perangai, saling tak tumpah seperti isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.
“Saya perhatikan muka Merissa lebih mengikut muka saya terutama hidungnya. Namun, perangainya seperti isteri saya. Dia terlalu gembira apabila waktu makan.
“Selain itu, dia juga gembira kalau ada orang bersembang dengan dia,” ujarnya lagi.
Cerita Ako lagi, walaupun anaknya itu baru berusia beberapa hari, dia telah memikirkan tentang pendidikan anaknya itu.
Ako berkata, sebolehnya dia mahu anaknya menumpukan kepada pembelajaran di rumah berbanding di sekolah.
“Saya nak dia belajar di rumah (home school) selepas darjah tiga kerana saya mahu pastikan dia pandai berfikir dan mengkaji semua benda dalam hidupnya,” beritahu Ako bersungguh-sungguh.
Di sebalik keindahan nama Merissa Tempawan, Ako berkata nama itu dipilih oleh isterinya dan bapanya.
Pada mulanya bapa Ako hendak meletakkan nama Mas Tempawan. Namun setelah nama itu dirasakan agak tradisional dan konservatif, lalu isterinya menyarankan nama Mas ditukar kepada Merissa yang lebih moden.
“Kiranya nama anak saya merupakan gabungan moden dan klasik. Nama Tempawan dipilih sempena nama moyang saya (nama ibu Tun Mahathir),” jelasnya yang akan memulakan penggambaran pada 14 Januari ini.
Kata pelakon drama Sephia dan Kapten Boleh ini, dia juga berasa bersyukur kerana berpeluang untuk menemani isterinya semasa bersalin.
Ako juga berkata dia belum bersedia menunjukkan wajah Merissa kerana bayi itu masih kecil.