Showing posts with label Dayang Nurfaizah. Show all posts
Showing posts with label Dayang Nurfaizah. Show all posts

Dayang Mahu Hentikan Stigma Terhadap Pengidap HIV

IBARAT impian menjadi kenyataan kepada selebriti popular tanah air yang juga merupakan Selebriti Sokongan Riben Merah, Dayang Nurfaizah apabila Majlis AIDS Malaysia menerusi badan khas iaitu Yayasan Aids Malaysia (YAM) mendekatinya dan mengusulkan cadangan berkenaan majlis ‘Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah’.

Impian itu akan direalisasikan pada 28 Mac ini, pukul 8 malam bertempat di One Bangsar Ballroom, Bangsar Seafood Garden Restaurant, Jalan Ara, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Tema yang diangkat oleh United Nation bagi menjayakan sambutan Hari Wanita peringkat Antarabangsa 2010 adalah ‘Kesamaan hak, peluang bersama: Kemajuan untuk semua’.

Ini dilihat selari dengan komitmen Dayang terhadap golongan wanita yang dijangkiti dan terjejas dengan HIV dan AIDS.

Majlis ‘Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah’ adalah bagi meraikan wanita Malaysia bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2010 yang kebiasaannya disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Majlis itu turut dirasmikan oleh Penaung YAM, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Untuk itu, kutipan dana menerusi Makan Malam Amal itu akan disalurkan kepada YAM.

Meraikan wanita pada Majlis Makan Malam Amal merupakan satu peluang buat Dayang bagi membantu YAM dalam mengumpul dana untuk membiayai rawatan, penjagaan dan program sokongan yang akan disalurkan kepada wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV di mana golongan itu paling terjejas terutamanya secara mental dan emosi.

“Saya amat berbesar hati sebaik sahaja YAM mendekati saya memberitahu tentang kerjasama yang akan dijalinkan iaitu selaku Selebriti Sokongan Riben Merah.

“Saya beranggapan penglibatan saya ini adalah bagi memikul tanggungjawab selaku selebriti dan juga sebagai rakyat Malaysia bagi membantu sebaik mungkin mereka yang benar-benar memerlukan.

“Alhamdulillah, dengan bakat yang Tuhan kurniakan kepada saya, secara tidak langsung saya mampu membantu meningkatkan kesedaran bagi menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap pengidap HIV,” kata Dayang pada majlis sidang media baru-baru ini.

Dayang memberitahu lagu terbarunya yang berjudul Ku Temu Cinta akan menjadi lagu tema majlis itu, yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.

Lirik dan lagu ini sememangnya mempunyai maksud yang cukup mendalam, mempunyai tarikannya tersendiri dan boleh dikatakan mampu memberi impak yang cukup kuat kepada pendengar.

Bagi menonton persembahan eksklusif Dayang sambil beramal, penjualan meja di buka pada harga RM5,000 dan RM10,000 yang menempatkan seramai 10 tetamu bagi setiap satu meja.

Untuk keterangan lanjut tentang penjualan meja, sila hubungi Azrina Shireen di talian 03-40451033 atau layari laman web www.mac.org.my

Kisah Dayang Tidak Suka Guna Telefon Bimbit .. tak reti sebernarnya...

Sudah tujuh tahun Dayang tanpa telefon bimbit.

WALAUPUN telah lama mencipta nama sebagai anak seni dan telah banyak menyumbangkan lagu-lagu untuk mewarnai industri muzik tanah air, ramai yang tidak tahu mengenai kehidupan artis yang bergelar Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nur Faizah Awang Dowty, 29.

Gadis yang berkulit hitam manis ini sebenarnya mempunyai satu rahsia yang tidak semua orang tahu iaitu dia tidak menggunakan telefon bimbit sebagaimana individu lain yang tidak selesa jika tiada alat perhubungan komunikasi itu.

"Dayang memang tidak menggunakan telefon bimbit sejak saya yang menguruskannya tujuh tahun lalu.

"Mungkin itu caranya, walaupun tidak mempunyai telefon bimbit, saya tidak nampak apa-apa kesukaran untuk berhubung dengan pihak luar," kata Liza, selaku pengurus peribadinya ketika dihubungi mStar Online.

Dayang yang juga tinggal bersama kedua orang tuanya, itu bagaimanapun sudah terbiasa dengan cara tersebut walaupun dipandang pelik oleh orang di luar sana.

"Jika waktu bekerja, Dayang bersama saya, semua urusan akan diuruskan oleh saya. Pihak tertentu yang ingin menghubungi Dayang akan menghubungi saya terlebih dahulu... lagipun saya pengurusnya.

"Selepas waktu bekerja, Dayang selalunya terus balik ke rumah, jika ada perkara penting, saya akan menghubungi ibu bapanya untuk memberitahu perkara tersebut," ujar Liza dengan nada bersahaja.

Mungkin ramai yang menganggap perkara seperti itu agak janggal memandangkan Dayang merupakan seorang selebriti dan sudah pasti ramai pihak-pihak tertentu ingin menghubunginya.

"Itu bukan satu perkara yang pelik, mungkin dia senang dengan cara tersebut. Sebelum saya menjadi pengurusnya, dia memang memiliki telefon sendiri.

"Saya tidak tahu cerita di sebalik kisahnya yang tidak mahu menggunakan telefon bimbit itu," ujarnya.

Selain itu, Dayang yang sibuk dengan kariernya sebagai penyanyi turut memberitahu penyertaannya dalam Yayasan AIDS Malaysia, membuatnya lebih prihatin dan insaf dengan nasib individu yang sengsara menanggung penyakit tersebut.

"Dayang sedih apabila melihat mereka yang menderita kerana penyakit tersebut.

"Lagipun penyakit itu tidak kenal orang, ada yang orang dewasa, masih bayi lagi dna kanak-kanak," kata penyanyi hitam manis itu.

Dayang, yang ditemani pengurus peribadinya, Liza memberitahu lagu terbarunya yang berjudul 'Ku Temu Cinta' akan menjadi lagu tema untuk majlis 'Makan Malam Mama' anjuran Yayasan AIDS Malaysia bersempena Hari Wanita yang akan diadakan pada 28 Mac ini di Ballroom Bangsar.

"Lagu itu akan menjadi lagu tema untuk malam tersebut, dan buat pertama kalinya akan didendangkan dikhalayak.

"Dayang rasa gembira sangat sebab dapat menyumbangkan sesuatu untuk majlis tersebut," ujarnya yang akan mendendangkan 15 buah lagu untuk majlis itu.

Sementara itu, Dayang turut memberitahu dia kini sedang sibuk dengan rakaman lagu-lagu untuk dimuatkan ke dalam albumnya yang kelapan.

"Sekarang ini, Dayang sibuk dengan rakaman album terbaru. Ini pun baru sahaja habis tiga buah lagu.

"Insyaallah, Julai depan album itu akan dilancarkan," ujarnya selepas sidang media konsert amal "Band Aid For Haiti" di Laundry, The Curve, Mutiara Damansara.

Menyedari penerimaan muzik tempatan yang semakin menurun, Dayang yang tetap dengan pendiriannya itu menegaskan dia mengeluarkan album baru sebagai hadiah buat peminat yang tetap menyokongnya.

"Dayang lebih suka dengan cara itu, tapi memang ada perancangan untuk memuat turun lagu tersebut," katanya yang baru sahaja tamat kontrak dengan syarikat New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR).

Menurut anak kelahiran negeri Bumi Kenyalang ini, lagu terbarunya yang berjudul 'Sayang' adalah ciptaan Nur Iman dan komposernya adalah Omar K.

Mas Idayu Dipilih 'Mentor' Lagi Sebab Kontroversi?

Mas Idayu sekali lagi terpilih sebagai mentor untuk musim keempat. - Foto The Star oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

MASIH mengekalkan krew, produser dan pengacara yang sama, Mentor Musim Keempat kembali menghiburkan penonton setia TV3.

Program yang menampilkan Ally Iskandar sebagai pengacara ini bakal dikeudarakan mulai 11 April depan, setiap Ahad, pukul 9 malam.

Mas Idayu juga dikekalkan antara enam mentor program itu. Cuma barisan mentor lain yang merupakan wajah baru Mentor adalah selebriti Ziana Zain, Azmeer, Mus (May), Joe Flizzow, dan Dayang Nurfaizah.

Ziana Zain.

Menjawab tentang membawa masuk semula bekas mentor musim ketiga, penyanyi dangdut Mas Idayu, Penerbit Eksekutif dan Penerbit Mentor 4, Muhamad Sufian Isa berkata komitmen yang diberikan oleh Mas membuatkan wanita itu terpilih.

Sebelum ini, Mas telah menggilap bakat juara Mentor 3 iaitu Black yang sedang popular dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu.

“Kami harap Mas Idayu dapat menghasilkan bakat bagus yang lain seperti Black. Kami juga tidak menafikan kontroversi yang dicetuskan sebelum ini sedikit-sebanyak telah mempengaruhi pemilihan Mas dalam Mentor 4.

“Tetapi yang penting adalah komitmen yang diberikan olehnya hingga kami berusaha juga untuk memujuknya sehingga bersetuju untuk sekali lagi menggalas tugas sebagai mentor dalam program ini,” beritahunya.

Dayang Nurfaizah.

Dalam pada itu, Mas berkata tidak salah untuk dia mencuba sekali lagi. Lantas sebab itu dia mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk bersetuju menerima tawaran itu.

“Saya menghargai TV3 kerana sudi memujuk dan memberikan peluang kepada saya. Pada mulanya saya enggan menerima tawaran ini kerana takut dipandang serong lagi,” jelas penyanyi Senggol-Senggolan ini.

Menurut Sufian, enam mentor ini terpilih mengikut kualiti tersendiri seperti mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar.

Joe Flizzow.

Setiap mentor akan mengajar seorang protégé sahaja mengikut kriteria yang diingini dan semestinya berusia antara 18 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia serta tidak terikat dengan sebarang kontrak.

Azmeer mencari protégé yang boleh menyanyi, mempunyai suara yang sedap tanpa mengira rupa paras.

Mus menginginkan protégé lelaki atau perempuan, boleh menyanyi dengan baik, lebih diutamakan adalah bergenre rock, mempunyai karektor yang disukai ramai tanpa mengira rupa paras.

Joe pula tidak mencari seorang rapper sebaliknya mahukan penyanyi yang boleh menyanyi lagu R&B, berbakat, boleh menyanyi, menghayati lagu dan menari.

Mus (May).

Ziana berkata dia memfokuskan kepada kriteria protégé yang benar-benar berbakat, boleh menyanyi dan menari, ‘bertelinga kebal’ dan menepati masa.

Mas memilih protégé yang boleh menyanyikan pelbagai rentak lagu termasuk dangdut dan asli tanpa mengira jantina lelaki atau wanita.

Dayang memfokuskan protégé yang versatil, boleh menyanyi pelbagai genre muzik, berdisiplin tinggi, serius dalam nyanyian, sentiasa ingin memajukan diri dan bonus bagi yang pandai bermain gitar atau piano.

“Pihak kami berpendapat pemilihan peserta Mentor kali ini lebih sistematik kerana peserta boleh menjalani ujibakat berdasarkan penyanyi kegemaran pilihan masing-masing.

“Dari situ mentor dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki seseorang itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab mengasah bakat protégé yang menjadi pilihan mereka itu nanti,” kata Sufian ketika majlis memperkenalkan enam mentor baru-baru ini di Sri Pentas, TV3.

Sesi ujibakat Mentor 4 akan bermula pada 21 Februari sehingga 21 Mac ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Dua destinasi di Malaysia Timur akan dilakukan secara berasingan iaitu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu (21 Februari) dan Merdeka Palace, Sarawak (28 Februari).

Seterusnya, ujibakat Mentor akan berlangsung di Sri Pentas, TV3 dimulai dengan mentor pertama Ziana Zain pada 6 Mac, Mas Idayu (7 Mac), Mus May (13 Mac), Azmeer (14 Mac), Joe Flizzow (20 Mac) dan Dayang Nurfaizah (21 Mac).

Peserta yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang akan dipersembahkan kepada mentor pilihan mereka.

Dayang Nurfaizah Cari Protege Pandai Main Gitar atau Piano dan 5 lagi ciri yg dicarinya..

Tunjuk Ajarku Sifu… pastinya lagu tema ini akan bergema sepanjang tahun… kali ini Mentor diterajui juga oleh penyanyi R&B… siapa lagi kalau bukan Dayang Nurfaizah!

Masa sidang media Mentor musim ke-4 pada petang tadi, Budiey perhatikan kelibat Dayang Nurfaizah adalah mentor yang pertama sampai di Penthouse, Sri Pentas TV3. Bagus lah macam tu, orang kata, sebelum kita mengajar dan mencurah ilmu kepada protege, adalah sangat penting bagi mentor untuk menepati masa dan jaga disiplin diri. Tahniah untuk Dayang Nurfaizah.

Lama betul tak jumpa Dayang Nurfaizah, masa dia sampai aje, Budiey terus suruh Dayang posing untuk bergambar…

Dalam press release yang diberikan, Budiey perhatikan juga kriteria yang dimahukan oleh Dayang Nurfaizah adalah yang paling banyak berbanding dengan mentor yang lain iaitu:

  1. Versatil
  2. Menyanyi pelbagai genre muzik
  3. Disiplin tinggi
  4. Serius dalam bidang nyanyian
  5. Sentiasa ingin memajukan diri
  6. Pandai bermain gitar atau piano

Kepada pembaca yang nak jadi protege Dayang Nurfaizah, bolehlah pergi ke audition Mentor pada 21 Mac 2010 di TV3 Sri Pentas. Kiranya hari terakhir sekali untuk ujibakat.

Seperti mentor lain, Dayang Nurfaizah juga hadir dengan tema pakaian warna merah dan hitam.

Terbaru, selain tampil dengan lagu terbaru – KU TEMU CAHAYA, Dayang Nurfaizah muncul dengan single duet bersama Marcell berjudul SAYANG. Dan serentak dengan itu, penyanyi dari Sarawak dan Marcell ini akan mengadakan Showcase Dayang Nurfaizah & Marcell -SAYANG pada 7 Mac 2010 di Hard Rock Cafe jam 11 malam.

Di samping aktif dengan pertunjukan pentas, Dayang Nurfaizah ada buat show amal makam malam meraikan wanita Malaysia sempena dengan Hari Wanita Sedunia 2010.

Kutipan dana menerusi makan malam gala ini akan disalurkan kepada Yayasan Aids Malaysia di mana ia akan digunakan bagi membiayai rawatan, penjagaan dan program sokongan.

Budiey nak ucap good luck buat Dayang Nurfaizah dalam program Mentor. Semoga sukses mendapat seorang protege yang betul-betul berbakat.

Program Mentor akan ditayangkan di TV3 mulai 11 April 2010, setiap Ahad jam 9 malam hingga 10.30 malam dengan menampilkan Ally Iskandar sebagai pengacara.

Layari: www.tv3.com.my/mentor4

Memori AJL: Aura Seksi Dayang Nurfaizah di AJL 23 - 18JJ


Hanya tinggal 6 hari saja lagi Anugerah Juara Lagu ke-24 akan mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil. Budiey sangat teruja dan tak sabar untuk melihat fesyen selebriti yang bakal melintasi karpet merah AJL. Seperti tahun sudah, di saat begini pastinya selebriti sedang sibuk mencari pereka fesyen untuk buat baju. Kalau tak pun, bagi yang tiada penaja, dah tentu mereka tidak teragak-agak untuk menyerang gedung membeli belah untuk memilih pakaian yang sesuai. Takkanlah nak pakai baju yang sedia ada dalam almari. Masa ni lah nak melaram!

Sepanjang countdown ini, Budiey akan menyiarkan coretan kenangan dan beberapa gambar yang Budiey ambil semasa red karpet. Untuk hari ini, Budiey nak highlight tentang fesyen ala kemban artis kita di AJL. Dimulakan dengan penyanyi popular, Dayang Nurfaizah yang turut hadir menyerikan AJL tahun lalu.

Fesyen gaun ini sangat minima, bebas dan simple. Yang penting ialah Dayang Nurfaizah nampak seksi. Budiey suka dengan corak batik yang diketengahkan. Nampak lebih elegan lagi dengan kain riben berwarna merah jambu yang dililit di pinggang.

Apa kata anda pula?


sumber dari budiey.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes