Showing posts with label Puteri Lily Lokman. Show all posts
Showing posts with label Puteri Lily Lokman. Show all posts

Aziz M.Osman & Puteri Lily Selamat Bernikah

Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman kini sah bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21.

Aziz dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga aktivis teater, Lokman Ghani, 52, di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga dan kenalan.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara, di sini kira-kira pada pukul 10.10 pagi tadi.

Kekosongan hati Aziz selama hampir dua tahun kembali terisi dengan kehadiran Puteri Lily menjadi suri hatinya.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah sejadah, Al-Quran, baju kemeja, tali pinggang, set minyak wangi jenama Bvlgari, coklat, sireh junjung dan sebentuk cincin.

Sementara pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran termasuk Al-Quran, sejadah, telekung, set alat solek, set minyak wangi Bvlgari dan sebentuk cincin.

Deretan dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak mempelai.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna kelabu rekaan butik De Casa Impiana.

Majlis resepsi Aziz dan Lily akan berlangsung pada malam ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay bermula pukul 8 malam ini.

Pernikahan Aziz dan Puteri Lily merupakan perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu termasuk dengan aktres dan produser drama, Nur Aliah Lee.

Aziz mengucup dahi Puteri Lily selepas menyarungkan cincin di jari manis isterinya.

Sementara perkahwinannya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan dilakukan.

Hasil perkahwinannya yang lalu, Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20, Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5.

Majlis Pertunangan Aziz M. Osman Dan Puteri Lily

majlis tunang aziz m osman puteri lily

Sesungguhnya di hati kecil kami ini terdetik rasa jeles yang bangat sangat kepada Aziz M. Osman. Mana taknya, abang Aziz kita nie umurnya 48 tahun tapi dapat bakal bini umur 21 tahun. Memang bertuah sangat-sangat. Dah la muda, kecunnan Puteri Lily pun boleh tahan jugak. Tak percaya tengok ajer gambar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily nie.

Dalam diam sebenarnya kami mengkagumi kehebatan Abang Aziz yang hebat mengorat Puteri Lily nie. Teknik dia simple jer. Memula amik Puteri Lily di bawah jagaan dia. Konon nak tolong kembangkan bakat jadi pelakon hebat. Dalam masa tue sempat pasang ayat pancing dan cucuk jarum baik punya. Tup-tup dah bakal jadi bini. Siapa yang untung? Abang Aziz jugak ~~~

Apa-apa pun kami mendoakan kebahagiaan Abang Aziz M. Osman dan Puteri Lily dalam melayari bahtera perkahwinan mereka nanti. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

majlis tunang aziz m osman puteri lily

majlis tunang aziz m osman puteri lily

majlis tunang aziz m osman puteri lily

majlis tunang aziz m osman puteri lily

sumber dari beautifulnara.com

Puteri Lily Lokman, awek baru Aziz M Osman

Kekasih Baru Aziz M Osman

Wuhuu.. Nampak gayanya bakal tamat la zaman duda Aziz M. Osman sekali lagi selepas pernikahan keduanya berakhir begitu sahaja sebab sekarang ni Aziz M. Osman dah ada awek baru. Boleh tahan cun pulak tu. Huhu..

Nama awek baru Aziz M. Osman ni ialah Puteri Lily Lokman. Dia merupakan seorang model dan dengarnya dia juga akan menjadi pelakon hasil bimbingan Aziz M Osman sendiri. Ok, tak perlu cakap banyak sebab ada lagi gambar Aziz M Osman dan Puteri Lily Lokman kat bawah ni. So, jom layan. Hehee..

Kekasih Baru Aziz M Osman

Kekasih Baru Aziz M Osman

Kekasih Baru Aziz M Osman

Dan gambar kat bawah ni merupakan pose istimewa dari Puteri Lily Lokman khas buat korang kot. Hahaha.. Lari..

Puteri Lily Lokman

sumber dari zonartis.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes