Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts
Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts

Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tengah bercinta?

Sesuatu yang tidak pernah disangka oleh siapa-siapa pun. Adakah ini cinta antara dua benua, diantara dunia lakonan dengan dunia nyayian, Liyana Jasmay dengan Fizz Fairuz. Memang agak penuh kejutan kan kalau mereka berdua ni tengah bercinta. Bukan apa, saje jerk nak kata mereka berdua ni bercinta sebab terkantoi isu perbualan mereka melalui Twitter. Bukan main manis lagi jah, sampai ada 'i love u, miss u'. Weekkk..


Perlukah ini semua ditunjukkan kepada umum? kalau nak pun kat sms dah kira cukup dah kan. Memang ramai yang akan tidak percaya, memandangkan ramai mengetahui yang Fizz ni sedikit sebanyak lebih banyak bergurau berbanding keseriusannya di dalam set lakonan. Apa-apa pun kalau betul bercinta, so far so good lah, tapi nanti pisah pun nak umumkan juga ker? kekeke..
tweet liyana jasmay dan fizz fairuz bercinta

Majalah Mangga keluaran Januari 2010 hanyalah kontroversi semata-mata?

Majalah Mangga merupakan majalah yang dah lama popular. Majalah yang kecil tapi padat dengan isu-isu panas artis tempatan. Tapi ada suatu kes yang mengejutkan disini. Benar atau tidak, sukar diungkap oleh kata-kata. Artis yang bernama Anith menjadi cover utama untuk majalah berkenaan untuk edisi Januari 2011. Cuba perhatikan gelungan merah di cover berkenaan, bukan tengok paha Anith ha, tengok tulisan yang tertera la. hihi. 'Anith Sedih Tiada Boyfriend'.

Dalam diam tak sedar, realiti sebenar adalah sebaliknya. Anith sepertinya mesra dengan seorang lelaki yang digambar bersama-samanya. Mesra? mesra seperti sepasang kekasih buah hati. Tapi tak dapat dipastikan gambar mesra ini diambil bila, mungkin baru-baru atau berbulan-bulan dah basi (ikut daripada informer). Adakah slogan di majalah berkenaan sekadar mencari publisiti Zzzz??

Liyana Jasmay Gagal Exam di Sunway University College


One of Seni Persembahan dan Media Sunway student at Sunway University College. Petaling Jaya told,Liyana Jasmay fails her exam.

Liyana Jasmay who was born on March 28, 1988 was supposed to attend the convocation at the college this year. However, Liyana Jasmay dreams disappointed because she must re-sit for two exam subjects Suntingan Filem andSejarah Teater

”Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal.”kata Liyana Jasmay.

“Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksaponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas.” tambah Liyana Jasmay lagi.
“Bulan Mac hingga Julai ini, saya akan buat projek teater semester akhir. Harap semua berjalan lancar selepas ini. Saya tidak sabar menamatkan pengajian pada 2011 nanti,” jelas Liyana Jasmay.

New York, Los Angeles or Australia will be a destination for Liyana Jasmay to gain knowledge as versatile Malaysia celebrity.

“Saya harap dapat menjalani kursus intensif selama dua minggu atau paling lama 12 minggu di negara orang. Sudah lama saya simpan cita-cita ini,” Liyana Jasmay said and she also will have third single titledPenyelamat Cinta composition with Liyana Jasmay and Aizat.


sumber dari artis-malaysia.com

Artis-Artis Di Malam ABPBH 2009

abpbh 2009

Banyak sungguh gambar-gambar artis di Malam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPBH 2009). Minggu nie asik letak gambar diorang jer. Yang penting korang kena layan ~~~~


abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009

abpbh 2009


Zed Zaidi Sanggup Tonton Niyang Rapik Tujuh Kali


AKTOR kacak Zed Zaidi mengaku sudah menonton filem lakonannya Niyang Rapik sebanyak tujuh kali semata-mata untuk melihat reaksi penonton.

Menurut Zed, perkara tersebut bagaikan satu rutin untuknya menonton serta memantau reaksi orang ramai terhadap lakonannya.

"Memang sudah jadi tabiat saya untuk menonton filem yang saya lakonkan sendiri beberapa kali untuk melihat reaksi penonton. Saya nak tengok sama ada lakonan tersebut berjaya memberi kesan kepada penonton atau tidak.

"Dengan cara itu juga saya dapat memperbaiki sedikit sebanyak mutu lakonan saya," ujar jejaka berusia 30 tahun ini.

Sementara itu, Zed turut memberitahu filem Niyang Rapik merupakan filem terbaik yang pernah dilakonkannya dan mempunyai kelainan tersendiri berbanding filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Filem ini merupakan filem terbaik bagi saya. Skrip dan jalan cerita yang kuat memberi kelainan kepada filem seram yang lain. Penonton akan sentiasa berfikir sehingga penghujung cerita.

"Selain itu, pengarah Ahmad Idham juga seorang yang sangat kreatif dan mudah untuk bekerja dengan dia. Secara rumusannya saya dapat bekerja dengan sebuah pasukan yang sangat bagus," ujar jejaka ini.

Zed juga memberitahu bahawa dia terpaksa menghentikan beberapa penggambaran drama untuk meneruskan hajatnya menunaikan ibadat umrah pertengahan bulan ini.

"Saya sudah lama berniat untuk mengerjakan ibadat umrah dan semalam secara kebetulan, saya dipelawa seorang rakan untuk pergi membuat umrah bersama.

"Jadi saya membuat keputusan untuk menangguhkan semua kerja dan penggambaran bagi memberi tumpuan kepada ibadah umrah selama 10 hari.

"Saya ingin berdoa agar dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan kalau boleh dapat jodoh," ujarnya sambil tersenyum.

Pelakon yang turut memegang jawatan Biro Seniman Muda ini turut memberitahu bahawa dia secara sukarela mahu memperjuangkan nasib artis-artis di Malaysia terutamanya artis muda.

"Saya tidak rasa terbeban dengan tanggungjawab yang saya pikul sekarang malah saya rasa gembira kerana diberi peluang untuk membela dan memperjuangkan artis-artis Malaysia," jelasnya.

Liyana Jasmay peluk Lelaki Gelap>?> gossip PANAS!!!! somebody tell me who is this guy??

Episod cinta Liyana Jasmay dan Aizat masih lagi dalam ragu-ragu oleh kenbanyakkan peminat. Sekejap kata bersama sekejap kata 'tidak bersama', ntah mana betul atau tidak. Mungkin mereka sengaja sembunyikan kisah mereka agar tidak mendatangkan gosip lain. Sebab sengaja nie lah, yang Liyana Jasmay amik peluang untuk peluk seorang lelaki yang lebih gagah daripada Aizat kalau dipandang bentuk fizikalnya. Namun ternyata dia rupa-rupanya kenalan rapat Liyana yang mana merupakan make sesetengah artis tempatan, namanya 'deq sha'..


sumber dari izyan.com

(KUIZ)Siapa Yang Liyana Jasmay Taking Care Sangat?

twitter liyana jasmay

Lama betul rasanya kami tak buat kuiz. Cuba korang baca apa yang ditulis oleh Liyana Jasmay di Twitternya kat atas tue. Nampak sangat-sangat taking care, penyayang dan seperti dalam in love. Tapi untuk siapakah pesanan di atas itu ditujukan? Rasa-rasanya korang tau tak?

Kami bagi satu klue yang mampu membuatkan anda terus dapat meneka. Orang yang dimaksudkan oleh Liyana Jasmay di atas tue baru menang satu pertandingan baru-baru nie. Haaaaaaaa, apa lagi. Sila teka. Jangan malu-malu.

P.S: Pening kepala pagi-pagi bangun tidur adik kami nyanyi lagu Liyana Jasmay. Aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta. Sumpah tak best lagu tue di telinga kami.

Konsert Alibi Cosmic di Wisma Bentley Esok

LIYANA JASMAY

MARSHA

Metadome Sdn Bhd kini menubuhkan syarikat baru dibawah naungannya; Alibi Music Sdn Bhd. Syarikat ini akan menjadi sebahagian daripada Alibi Media Group. Di mana di bawah Alibi Media Group juga tergabung Alibi TV dan Alibi Pictures.

Perubahan ini dibuat bagi pengstrukturan semula syarikat yang telah pun beroperasi selama 8 tahun bermula pada tahun 2002 sebagai syarikat Penyedia Kandungan Mobile (Content Provider). Selaras dengan pengumuman itu, satu acara gilang-gemilang Alibi Cosmic Concert diadakan pada 15 Januari 2010, jam 8.30 malam bertempat di Wisma Bentley, Mutiara Damansara.

Menurut KC Ismail selaku Pengurus Kanan Alibi Music “Pelancaran Alibi Music adalah kesinambungan kepada perubahan yang akan kami lakukan pada tahun 2010 selaras dengan pengumuman artis-artis baru di bawah Alibi Music. Kami juga akan memperkenalkan revolusi muzik baru yang segar dan agak Metadome pula lebih memberi tumpuan kepada Penyediaan Kandungan Mobile”.

Menyentuh mengenai 11 artis baru yang telah menandatangani kontrak sebagai artis Alibi Music. Kesemua artis tersebut, mempunyai bakat yang tersendiri. Bukan sahaja penyanyi yang baru menapak di dalam industri malah ada diantara mereka juga pernah hadir didalam industri hiburan sebagai pelakon, pengacara malah juga bintang realiti TV.

Menyingkap kembali sejarah membabitkan syarikat ini, selepas menjadi satu-satunya syarikat pembekal kandungan mobile kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia. Metadome mengorak langkah dengan menghasilkan album digital 6ixth Sense. Dan album ini menjadi album digital pertama di Malaysia. Susulan daripada kejayaan tersebut, Metadome meneruskan dengan pelancaran album daripada kumpulan Nitrus berjudul 2.

Metadome terus mengorak langkah dengan menandatangani kontrak dengan beberapa artis seperti The Fabaluos Cats, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Sleeq. Walaupun didalam kegharahan syarikat rakaman membawa masuk produk dari luar terutama Indonesia, Metadome tidak melupakan bakat-bakat tempatan dengan terus menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga besar Metadome.

Kejayaan demi kejayaan diraih, satu demi satu lagu-lagu daripada Metadome mendominasi carta-carta radio tempatan dan kesinambungan ini akan diteruskan pada tahun ini dengan 11 artis baru yang akan mengegarkan industri muzik dengan warna muzik mereka yang tersendiri.


Alibi Music juga satu-satunya syarikat rakaman yang mempunyai rangkaian artis dari 3 negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dan menjadikan Alibi Music antara syarikat rakaman terbaru yang agresif menyemarakan industri muzik tempatan.

Selain itu, Alibi Music juga membuat pengedaran album/muzik merangkumi Singapura, Hong Kong, Brunei dan Timur Tengah. Alibi Music juga memeterai perjanjian dengan EMI Music Indonesia sebagai syarikat rakaman yang bertangungjawap mengedarkan seluruh repertoire mereka dinegara-negara yang disebutkan tadi. Sebelum ini juga, Alibi Music telah mengedarkan album dari 2 nama besar dari Indonesia iaitu Anggun dan Afgan.

Antara perancangan Alibi Music 2010 adalah mengadakan siri jelajah keseluruh Negara bagi mempromosikan artis-artis yang bernaung dibawah Alibi Music. Selain itu, Alibi Music merancang untuk menganjurkan anugerah muzik mereka sendiri dan banyak lagi perancangan yang telah pun dirancang pada tahun ini.

Tujuan Alibi Kosmik Concert

Alibi Kosmik Consert diadakan adalah dibuat bagi membuat mengumumkan logo dan syarikat ini, ia juga adalah bagi memperkenalkan senarai 11 artis baru dibawah Alibi Music. Turut diadakan majlis pelancaran single dan video klip terbaru kumpulan The Fabulous Cats berjudul Cinta Kosmik. Artis lain yang membuat persembahan pada malam itu ialah Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Sleeq, Han OIAM, Marsha dan beberapa kejutan daripada artis-artis baru tersebut.

Guamuzik.com menjadi media rasmi kepada acara ini. Antara penaja-penaja pakaian pada malam ini ialah Bon Zainal dan Ervan Design yang mereka 4 pakaian untuk artis solo lelaki, butik Mimpi Kita oleh Nurul Zulkili, yang menaja pakaian Han OIAM dan Marsha. Manakala pakaian HUJAN telah mendapat tajaan butik Anotomi. Baci Boutique dan Rozanna Mohd Ariff memilik butik Sevendays pula telah menyediakan pakaian beberapa penyanyi wanita pada malam ini.

Kepada pembaca yang telah menghantar email untuk ke konsert ini, Budiey telah pun memberikan maklum balas, jadi sila check inbox korang ya. Kepada yang terpilih, korang enjoy la ya.

Harun Salim Bachik peluk Liyana Jasmay 18JJ(jijik)


Ketika sesi penggambaran perasmian tayangan rasmi filem Duhai Si Pari-Pari Bulu, HSBC didapati memeluk mesra Liyana Jasmay. Mungkin sekadar beranggapan bergambar seperti memeluk anaknya sendiri.

Duhai Si Pari-Pari Buka Tirai 2010




KUALA LUMPUR, 25 DISEMBER 2009: Filem terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, Duhai Si Pari Pari akan menjadi filem tempatan yang akan ditayangkan bersempena sambutan Tahun Baru 2010.

Filem yang akan muncul di pawagam mulai 31 Disember 2009 ini adalah karya terbaru daripada syarikat Tayangan Unggul Sdn Bhd dan diarahkan oleh sutradara baru, Azmi Md Hata. Duhai Si Pari Pari lakonan Liyana Jasmay, Que Haidar, Nabila Huda dan Harun Salim Bachik ini telah pun dipertontonkan kepada media tempatan menerusi tayangan prebiu di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Filem ini berkisar tentang kisah seorang pari-pari yang turun dari kayangan dalam hajat mencari cinta sejati. Ia juga diilhamkan daripada elemen cerita klasik Aladdin apabila seorang makhluk istimewa telah muncul dalam objek yang sakti untuk menyelamatkan seorang lelaki yang jujur dan seringkali ditipu oleh golongan berhati jahat.


Azmi yang sebelum ini seorang pengarah drama dan dokumentari telah diberi tanggungjawab untuk mengemudi Duhai Si Pari Pari yang menelan bajet RM1.4 juta. Difahamkan, sasaran filem bercorak fairy tale - romantic comedy ini adalah seisi keluarga dan bukan saja golongan remaja.

"Selama ini kita sudah banyak menonton filem khalayan daripada Walt Disney, jadi inilah yang ingin kita paparkan dalam Duhai Si Pari Pari mengikut kesesuaian masyarakat kita. Terima kasih saya ucapkan kepada produser filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai yang sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru dalam industri perfileman tanah air," kata Azmi kepada murai.com.my.

Antara pelakon yang hadir pada malam prebiu tempoh hari adalah Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Harun Salim Bachik dan Datuk Aziz Sattar. Jadi, buat anda, jangan lupa saksikan Duhai Si Pari Pari di pawagam pada 31 Disember ini.

sumber dari murai.com.my.

Gambar Liyana Jasmay Jadi Pari-Pari

Liyana Jasmay memang seronok katanya berada di alam kayangan. Yelah, semua benda kita nak, semua muncul dalam sekelip mata. Tapi itu hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya di dunia ini, semuanya perlukan usaha yang gigih.

Dalam filem Duhai Si Pari-Pari, Liyana Jasmay membawa watak sebagai PARI yang sanggup turun dari Dunia Kayangan ke bumi semata-mata mahu mencari cinta sejati. Pari percaya cinta manusia ini lebih indah dan lebih sempurna daripada cinta di kayangan. Dalam filem ini, Budiey lihat terdapat juga elemen cerita Aladdin yang telah dimodenkan dan diolah dengan gaya yang bersahaja.

Bercakap pasal muzik, Liyana Jasmay mengakui begitu suka dengan muzik yang dibawa oleh Miley Cyrus yang berentak easy listening dan rancak. Dalam pada itu, Liyana tak pernah rasa nak tiru sesiapa seperti yang dihebohkan di mana LJcuba nak tiru gaya Avril Lavigne.

Walaupun pembikinan filem ini dibuat pada tahun 2008, namun terdapat lagu single Liyana Jasmay berjudul Aku Jatuh Cinta yang dicipta oleh Ajai. Budiey ada dengar juga, lagu in juga tak lepas mendapat kritikan. Seperti lagu Aku Tak Percaya Cinta, lagu Aku Jatuh Cinta juga mirip dengan satu lagu Avril Lavigne berjudul My Happy Ending. Pasal isu ini, itu kena tanya Ajai sebab bukan Liyana Jasmay yang buat.

Kepada peminat Liyana Jasmay, jangan lupa untuk menonton filem Duhai Si PariPari yang akan ditayangkan di pawagam mulai 31 Disember 2009.

Ini dia gaya fesyen serba putih yang dipakai oleh Liyana Jasmay dalam filem arahan pertama Azmi Md Hata ini..


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes