Gambar 'mesra' Awal dan Lisa Surihani

Gambar dibawah ni adalah gambar photoshot untuk sebuah terbitan program realiti tv terbaru Astro iaitu Mari Menari. Memang satu yang tidak diduga apabila kedua-duanya digandingkan bersama-sama buat pertama kalinya. Tari Menari ni dengar-dengar merupakan penganti kepada Sehati Berdansa yang 'berpuaka' tu. Alahai, itu cerita diluar set, didalam set lain lagi ceritanya. Gambar yang diambil memang lawak, secara kebetulan atau tidak, mungkin kurang diteliti sebab gambar dah sedia tercetak, jadi ianya suatu yang mencuit hati bila melihat.



Gambar 'mesra' Awal dan Lisa Surihani

Gambar dibawah ni adalah gambar photoshot untuk sebuah terbitan program realiti tv terbaru Astro iaitu Mari Menari. Memang satu yang tidak diduga apabila kedua-duanya digandingkan bersama-sama buat pertama kalinya. Tari Menari ni dengar-dengar merupakan penganti kepada Sehati Berdansa yang 'berpuaka' tu. Alahai, itu cerita diluar set, didalam set lain lagi ceritanya. Gambar yang diambil memang lawak, secara kebetulan atau tidak, mungkin kurang diteliti sebab gambar dah sedia tercetak, jadi ianya suatu yang mencuit hati bila melihat.



Wardina Ajak Guna Produk Halal

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal.

Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu’min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

“Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

“Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka.”

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu’min.

Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen.

"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)


Mizz Nina dan Noh, pasangan bahagia yang sedang membilang hari untuk bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR: Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November lalu.

Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, dekat sini yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak-saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.

Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.

Antara barang hantaran kedua-dua belah pihak ketika majlis pertunangan Mizz Nina dan Noh pada 6 Novemebrn lalu.

"Pada majlis pertunangan itu, pakaian inilah yang kami kenakan. Baju kurung moden saya ini direka oleh Lady Jane dan Noh pula daripada Saiful Baharim. Ia merupakan sebuah majlis yang sangat sederhana.

"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.

"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.

"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.

"Nina seorang yang sangat tenang dengan dalam apa juga keadaan. Berbeza pula dengan saya yang sangat kecoh. Paling penting, dia menghormati orang yang lebih tua," jelasnya.

Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.

"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.

Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.

"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.

Zarina Ann Julie Tidak Mahu Seksi Lagi

zarina ann julie

Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Ann Julie kerana nampaknya dia sudah tidak mahu seksi lagi. Betullah kata orang, manusia ini akan berubah juga suatu masa nanti. Cuma tak tahu bila je. Dan nampaknya masa untuk Zarina Ann Julie untuk tidak seksi lagi sudah pun tiba. Kami cukup-cukup bangga dengan perubahan yang ingin dilakukan oleh Zarina Ann Julie ini.

Dan secara ikhlas, Zarina Ann Julie nampak sangat manis berjubah sebegini. Nampak macam artis Arab. Lebih comel, lebih cantik dan lebih memikat. Tak perlu pakai seksi-seksi. Kami yakin ramai ibu-ibu di luar sana teruja untuk menjadikan Zarina Ann Julie menantu selepas melihat kesopanannya di dalam gambar ini.

zarina ann julie

Klik gambar di atas untuk paparan yang lebih besar. Semoga Zarina Ann Julie akan terus berpegang teguh kepada kata-katanya dan tidak lagi seksi selepas ini.

Zain Saidin, Adik Shasha Elite Bercinta Dengan Rozita Che Wan?


zain saidin rozita che wan

Ini adalah gosip semata-mata. Kebenaran cerita tentang Zain Saidin, adik kepada Shasha Elite sedang bercinta dengan Rozita Che Wan tidaklah dapat disahkan. Gosip ini timbul selepas semalam kami menerima email yang menyatakan ada orang ternampak Zain Saidin berjalan berpegangan tangan dengan Rozita Che Wan di Sunway Pyramid semasa sedang naik eskalator.

Selalunya kalau dah berpegangan tangan nie, maknanya ada sesuatu yang istimewa antara si lelaki dan si wanita. Tetapi perlu diingatkan di dalam dunia artis, sekadar berpegangan tangan tak boleh dikatakan bercinta. Sedangkan time photoshoot untuk suratkhabar dan majalah-majalah pun sampai berpeluk-pelukan. So kemungkinan besar Zain Saidin dan Rozita Che Wan berpegangan tangan hanya sekadar tanda kawan yang rapat.

Satu perkara yang pasti, Zain Saidin memang sangat hensem. Sebagai seorang lelaki, Abang Nara terasa kejelesan melihat kekacakan Zain Saidin. Beruntung Rozita Che Wan mendapat kekasih muda dan kacak bergaya sekiranya gosip ini benar.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes