Bagi admin, itu semua bukan penghalang, sedangkan VVIP dan VIP pun kalau nak berhasrat nak kahwin, dorang tetap akan kahwin cepat juga walaupun empayar, tugas, beban kerjaya mereka lebih besar dan berat. Bukan nak sibuk cerita pasal duit nak kahwin ker aper ni, Scha dan Awal pun kaya juga tue, kereta mewah pun ada kan. Admin rasa kalau soal duit, Scha dan Awal mampu, namun kesibukkan mereka sahaja yang membatasi mereka. Ntah lah sibuk macamana la dorang ni sampai tak nak kahwin cepat. Ala, nikah kahwin tue amik masa dua hari jerk, kalau bab-bab perancangan kahwin tue, amik masa seminggu pun dah cukup jah2..
"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya. Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," kata Scha yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.