Pasha Belum Perkenal Kekasih Baru Kepada Anak


SELEBRITI Indonesia, Pasha (gambar) sehingga hari ini belum memperkenalkan kekasih barunya, Adelia kepada bekas isteri, Okie Agustina dan anak-anaknya.

Namun menurut Okie, anak-anak pernah melihat ayah mereka berkasih-kasihan.

"Sebenarnya saya tidak berasa selesa dengan perkara itu. Begitu juga dengan anak-anak. Mereka tahu wanita itu adalah kekasih ayah tetapi saya selalu menganggapnya sebagai kawan ayahnya," kata Okie.

Okie memberitahu, anak-anak tidak memarahi bapa mereka tetapi cuma kecewa. - kapanlagi.com

Kenapa Alliesha Sering Jadi Wanita Penggoda?

PELAKON Alliesha Amir (gambar) tertanya-tanya kenapa pengarah-pengarah filem di negara ini sering menawarkan watak wanita jahat kepadanya.

"Saya selalu terima (tawaran watak tersebut) dan melakonkan watak macam itu. Kalau saya bukan menjadi mangsa rogol, saya akan menjadi mangsa bedah siasat oleh polis.

"Saya benar-benar tak tahu. Barangkali, pengarah-pengarah di Malaysia tengok wajah saya sesuai untuk watak sedemikian," katanya kepada MStar Online.

Misalnya, dalam drama Gerak Khas yang telah pun bersiaran, Alliesha menjadi mangsa rogol oleh tiga lelaki dalam satu bilik selama lima hari.

Manakala, dia akan tampil dalam filem-filem yang akan datang seperti 4 Madu dan Ratu The Movie.

Dalam filem Ratu The Movie, dia membawa watak penggoda dan antara babak sensitifnya ialah adegan di atas katil.

Alliesha sedar orang ramai mungkin akan mempunyai persepsi negatif terhadapnya ekoran sering membawa watak sedemikian.

"Saya tak kisah lagi orang nak cakap apa-apa kerana itu adalah kerja saya. Saya akan cuba bawa watak tersebut tetapi janganlah sampai melampaui batas," katanya.

Dia mengakui personaliti sebenarnya adalah berlainan daripada watak yang dibawa dalam bidang lakonan.

Katanya, dia seorang yang suka buat lawak, kelam-kabut, peramah dan kelakar.

Paris Hilton Dipilih Contoh Selebriti Terburuk

- Foto AFP

SELEBRITI kontroversi, Paris Hilton (gambar) telah dipilih sebagai contoh selebriti terburuk dalam sebuah tinjauan yang diadakan dalam talian.

Media melaporkan, ini berikutan tiga kali penangkapan membabitkan dirinya di Afrika Selatan, Perancis dan Las Vegas yang sudah jelas menjejaskan reputasinya.

Hilton meraih 43 peratus undian sekali gus mengalahkan Lindsay Lohan yang dipenjarakan dan menjalani pemulihan pada musim panas ini.

Lohan menduduki tempat kedua dengan 23 peratus undian.

Hilton didakwa atas tuduhan memilik dadah jenis kokain di Las Vegas pada minggu lalu.

Dia berkemungkinan menghadapi hukuman penjara maksimum sehingga empat tahun dan denda sebanyak $5,000 pound (RM 24,091.58) sekiranya disabitkan kesalahan.

Artis itu dijangka tampil di mahkamah pada 27 Oktober ini.

(AL-FATIHAH)Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia

yusof chong meninggal dunia

Al Fatihah buat pelawak Yusof Chong yang telah meninggal dunia petang Ahad (5 September 2010) di Hospital Selayang akibat komplikasi penyakit seperti sakit jantung dan darah tinggi. Arwah Yusof Chong berusia 63 tahun dan telah dirawat di Hospital Selayang selama 5 hari sebelum kematian beliau.

Jenazah arawah Yusof Chong telah pun selamat dikebumikan selepas solat terawih malam tadi. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.


sumber dari beautifulnara.com

Inikah Gambar Kekasih Aliff Aziz?

gambar kekasih baru aliff aziz

Minggu lepas kami ada menerima kiriman email gambar kekasih Aliff Aziz. Untuk yang tak tahu, Aliff Aziz ini ialah penyanyi kelahiran Singapura. Aliff Aziz baru berumur 19 tahun dan sedang menjalani National Service Singapura.

Menurut pengirim email ini, kekasih Aliff Aziz yang bernama Putri Norizah Ibnor Riza adalah anak kepada penyanyi Malaysia, Ibnor Riza. Putri Norizah kini berada di Brunei untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma.

Bila tengok usia Aliff Aziz nie teringat zaman muda-muda dulu. Time cinta-cinta monyet dulu. Bila dah tua nie rasa nak tergelak pulak teringat kenangan lama. Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Aliff Aziz dan kekasih. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?

Lagi gambar kekasih Aliff Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar kekasih baru aliff aziz

gambar kekasih baru aliff aziz

sumber dari beautifulnara.com

Kru GIGI Meninggal Dunia, Konsert Di Bandung Tetap Diteruskan



SALAH seorang kru band GIGI, Feri Mahardika atau dikenali dengan nama Puput, 30, meninggal dunia dalam kemalangan di Tol Cipularang, Sabtu. Puput yang bertugas sebagai juruteknik bass GIGI sepatutnya berangkat ke Bandung untuk menjayakan sebuah konsert GIGI di sana.

Biarpun anggota band GIGI masih berduka dengan berita pemergian Puput itu, namun mereka tetap akan meneruskan konsert itu.

Selain Puput, ada empat kru lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut pengurus GIGI, Dhani Pete, kereta Kijang yang dinaiki oleh para kru GIGI telah melanggar belakang sebuah trak. Puput yang duduk di kerusi hadapan kereta itu bagaimanapun tidak dapat menyelamatkan dirinya.

Dua kru GIGI yang turut terlibat dalam kemalangan itu kini sedang dirawat di Hospital Efarina Etaham, Purwakarta.

"Sehingga sekarang dua orang itu termasuk pemandu masih koma," ujar Dhani ketika dihubungi detikhot, Sabtu.

Konsert "Paramore" Di Bukit Jalil 19 Oktober



PETALING JAYA : Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat, Paramore akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat pada 19 Oktober akan datang.

Konsert yang diberi nama “Paramore Live In Kuala Lumpur 2010” itu dibawakan oleh Tune Talk sementara AirAsiaRedTix adalah ejen tiket rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, kumpulan rock itu merupakan sebuah kumpulan muzik yang cukup digilai di Amerika Syarikat dan usaha membawa mereka ke tanah air adalah untuk memberi peluang peminat kumpulan itu melihat persembahan mereka dengan lebih dekat.

“Kehadiran Paramore ini juga dapat memberi peluang kepada peminat mereka di rantau ini menyaksikannya melalui akses mudah dengan adanya penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X,” katanya.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore dicalonkan untuk Grammy Award pada tahun 2008 bagi kategori Artis Baru Terbaik menerusi album “Riot” yang telah terjual lebih dari 2 juta unit seluruh dunia.

Tiket untuk mengikuti konsert mereka dijual dengan harga dari RM98 hingga RM358. ia dijual bermula 1 September lalu.

Tiket secara dalam talian boleh diperoleh dengan melayari www.airasiaredtix.com dan Ticketpro di www.ticketpro.com.my.

AC Mizal Dapat Gelaran Datuk Dari Sultan Pahang



Wah. Kagumnya kami dengan AC Mizal. Selepas maju dengan bisnes gelang dia, kali nie dapat gelaran Datuk pulak dari Sultan Pahang. Mungkin rezeki di bulan Ramadha kot. Moga-moga AC makin maju selepas ini..
Oh ye untuk yang tak mengetahui, AC mungkin boleh dimasukkan ke penjara kerana kes nafkah anaknya. Keputusan mahkamah bakal diketahui 28 Oktober ini.

Kami pelik kenapa tak setel-setel kes nie. Rasanya kalau bergelar Datuk duit mesti ratus-ratus ribu punya. Bayar ajerlah. Bukan orang lain, anak sendiri je pun. Takkan nak bagi kat anak sendiri pun kedeng kot? Mesti ada sesuatu sebenarnya.

Lisa Surihani Tak Mahu Seksi

PELAKON yang menjadi rebutan pengarah-pengarah filem, Lisa Surihani mengakui dia tidak selesa apabila diminta berpakaian seksi ketika berlakon.

Dia yang tegas dengan pendirian itu bagaimanapun mengakui apa-apa perkara boleh dirunding terlebih dahulu sebelum menerima sesebuah tawaran.

"Sejak dari kecil lagi saya tidak biasa berpakaian seksi.

"Bagaimanapun kalau ada tuntutan skirp, saya sudi berbincang dengan pengarah terlebih dahulu untuk tidak berpakaian seksi.

"Bagaimanapun, jika pengarah tetap dengan keputusannya, saya akan membuat pilihan untuk berlakon atau tidak," katanya.

Ujarnya, sebagai pelakon seseorang itu mempunyai hak untuk berbincang bagi menjadikan skrip tersebut lebih baik tanpa berpakaian seksi.

Dalam pada itu, dia juga menafikan semakin berani bergambar mesra dengan lelaki.

Malah Lisa memberitahu kebanyakan gambar-gambar poster untuk filemnya mengunakan teknik fotografi tertentu.

Tambah Lisa, sebagai artis dia juga sentiasa menjaga imej dan tingkah lakunya agar tidak menjadi contoh buruk kepada masyarakat.

"Banyak perkara perlu dijaga terutamnaya dari segi penampilan dan kelakuan saya sebagai seorang artis. Kalau orang lain nak bergambar seksi, itu hak masing-masing tapi sayan tidak mahu seperti itu," katanya.

Delia Kekasih Baru Pasha "Ungu"

VOKALIS kumpulan Ungu, Sigit Purnomo atau lebih dikenali sebagai Pasha kini tidak bersendiri lagi.

Duda yang sering dihimpit kontroversi ini akhirnya memiliki kekasih baru setelah digosipkan dengan beberapa orang artis wanita Indonesia.

Pasha dikhabarkan sering membawa wanita yang bernama Delia di setiap acara muziknya sejak kebelakangan ini. Delia juga dikatakan sanggup menunggu penyanyi itu biarpun persembahannya berlanjutan sehingga menjelang pagi.

Selain itu, ketika ditemui selepas konsert tersebut, Pasha tidak segan untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada wartawan dan mengakui lebih gembira sekarang.

"Saya merasa senang kerana ada yang sudi menemani saya di konsert yang lama ini." ujar Pasha sambil melirik kepada wanita tersebut.

Bagiamanapun ketika ditanya tentang perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan, Pasha memberitahu bahawa mereka belum lagi bersedia ke arah itu.

"Sekarang kami memang sedang berkawan rapat tapi belum ada apa-apa perancangan lagi untuk berkahwin. Berkawan sahaja dulu," ujarnya.

Menurut sumber yang dipetik dari Vivanews.com, ini bukan pertama kali Delia menemani Pasha, malah pasangan ini turut bersama ketika meraikan ulang tahun salah sebuah stesen televisyen Indonesia.

Pasha juga mengaku sedang bahagia dalam hubungan tersebut dan sudah memperkenalkan Delia kepada ketiga-tiga anaknya.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes