Daphne Iking Sebagai Cover Majalah Gorgeous


daphne iking

Ini adalah Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia. Cantik memang cantik. Mula-mula Abang Nara ingatkan mungkin dia photoshoot gambar ini sebelum Daphne masuk Islam. Sekali tengok tajuk kecil yang ada di situ ialah:-

Dahlia Daphne Iking, Talks new husband, ex-husband & Islam

Hmmmmm. Lebih sesuai kalau pakai baju yang bersopan sedikit sebab tajuk pun ada kaitan dengan Islam. Tapi apa nak dikata, artis-artis yang memang Islam dari dulu lagi pun selamba kering je berphotoshoot basah-basah tepi kolam. Takpe-takpe. Slow-slow kita sama-sama memperbaiki diri. Tak gitu?

Gambar scha kecik2~ comel~

kuiz

Sila teka siapakah selebriti wanita di atas (paling kiri berbaju biru). Klunya ialah hidungnya tetap sama dari dulu sampai sekarang. Tak cukup lagi klu tue? Ok sila tengok sekeping lagi gambar di bawah.

kuiz

Sharifah Amani dalam Majalah InTrend April 2011

Sesiapa yang dah beli majalah Intrend edisi April 2011, mesti rasa teruja seketika dengan cover depan majalah tue. Menampilkan pelakon comel dan manis, Sharifah Amanai sebagi pengias muka depan. Hush. Memang seksi pakaian yang dipekena Sharifah dalam cover tue. Menampakkan bahagian paha ke kaki. Mulus tak terkata kakinya, kata orang ramailah. Hehe. Setahu penulis, ini merupakan penampilan Sharifah pada 2011, jarang dapat informasi mengenainya beberapa bulan ni. Apa-apa pun teruskan usaha Sharifah dalam menjadi anak seni.


Birthday Lisa Surihani~ suke tgk lisa men peluk ngan lelaki bukan muhrim~ ngee

Video ni diambil ketika Lisa dalam tidak sangka a.k.a. kejutan buat dirinya sempena harijadinya ke-25 pada 23 Mac yang lalu di Andalus Kuala Lumpur. Kiranya kawan-kawan artis Lisa lah yang sambut, sebab ramai sangat artis-artis yang hadir, kawan-kawan Lisa sikit jerk, tak ketinggalan Mia Sara pun ada juga, si comel-comel tue. hehe. Mek dapat banyak hadiah tak terkata tue Lisa. Korang enjoy dulu dengan video 10 minit ni.. Happy Birthday Lisa Surihani.. :) -DZMS TV

M. Nasir kini bergelar Dato' Tahniah!

M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang pada 24 Mac 2011. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.

Tahniah! Miera Liyana cemerlang SPM 2011

Miera Leyana yang kini namanya hangat diperkatakan ekoran kontroversi baju seksi yang diperagakan pada majlis baru-baru ini, cukup puas dengan keputusan SPM yang diumumkan kelmarin (23/3), dengan mendapat kebanyakannya A dalam mata pelajaran yang diambilnya. Jumlah sebenar "A" yang diperolehinya tidak didedahkan kepada umum. Miera sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cukup memuaskan, tambahan dia agak sibuk menjalani pengambaran filem juga drama.

'Mungkin, antara kunci kejayaan saya adalah pembahagian masa di antara pelajaran juga kerjaya dalam bidang seni. Keluarga saya juga menjadi pendorong kejayaan ini dengan memberi sokongan dan mereka bersyukur dengan keputusan yang diterima," tambah Miera lagi.

Majalah Mangga keluaran Januari 2010 hanyalah kontroversi semata-mata?

Majalah Mangga merupakan majalah yang dah lama popular. Majalah yang kecil tapi padat dengan isu-isu panas artis tempatan. Tapi ada suatu kes yang mengejutkan disini. Benar atau tidak, sukar diungkap oleh kata-kata. Artis yang bernama Anith menjadi cover utama untuk majalah berkenaan untuk edisi Januari 2011. Cuba perhatikan gelungan merah di cover berkenaan, bukan tengok paha Anith ha, tengok tulisan yang tertera la. hihi. 'Anith Sedih Tiada Boyfriend'.

Dalam diam tak sedar, realiti sebenar adalah sebaliknya. Anith sepertinya mesra dengan seorang lelaki yang digambar bersama-samanya. Mesra? mesra seperti sepasang kekasih buah hati. Tapi tak dapat dipastikan gambar mesra ini diambil bila, mungkin baru-baru atau berbulan-bulan dah basi (ikut daripada informer). Adakah slogan di majalah berkenaan sekadar mencari publisiti Zzzz??

Fasha Sandha akui kesilapan berbikini di Bali dan memohon maaf kepada paminat.

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan kesilapan itu akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dirinya supaya berhati-hati dan menjalani kehidupan yang terbaik dalam menggunakan ianya sebagai pengajaran hidup. Begitulah juga Fasha Sandha yang tidak lari daripada kesilapan dalam hidupnya, selepas kejadian Fasha Sandha berbikini di Bali yang tersebar luas di media-media elektronik, Fasha sudah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada peminat setianya.

Baguslah Fasha kalau macam itu, tapi seeloknya mohon maaf kepada Allah SWT. Artis sememangnya menjadi tumpuan sebab mereka golongan yang ramai mendapat perhatian, jadi jadilah contoh yang terbaik. Peace!

~Fasha Sandha sambut tahun baru di Bali berbikini?~

Kata web OhBulan, gambar di bawah didakwa merupakan gambar Fasha Sandha menyambut baru di pulau Bali bersama-sama rakan rapatnya. Tidak tahulah jika Jejai ikut serta, mengikut daripada gambar ini, Jejai sepertinya tidak ikut serta. Fasha pun bukan alang-alang pakai baju, sama dengan 'ohang puteh' tu, berbikini, nak kata panas, cuaca sana dengan sini lebih kureng sama juga. ha2.


Adakah Ini Gambar Kekasih Shaheizy Sam?

gambar kekasih shaheizy sam

Dari gaya-gaya manja, memang nampak macam betul ini adalah gambar kekasih Shaheizy Sam. Comel jugak orangnya. Memang sesuai dan sama padan dengan Shaheizy Sam. Kami tak berani nak confirmkan 100% si wanita dalam gambar ini adalah awek Shaheizy Sam. Kita tunggu apa kata Shaheizy Sam nanti.


gambar kekasih shaheizy sam

gambar kekasih shaheizy sam

gambar kekasih shaheizy sam

gambar kekasih shaheizy sam

gambar kekasih shaheizy sam


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes