Zizie Ezette Didenda RM1,000, Bung Mokhtar Pula Dipenjara Sebulan

AHLI PARLIMEN KINABATANGAN, DATUK BUNG MOKHTAR DIPENJARA

Hurm.. Kasihan pula we all kat Datuk Bung Mokhtar dan Zizie Ezette bila dapat tahu yang diorang berdua dijatuhkan hukuman kerana berpoligami tanpa kebenaran dimana Datuk Bung Mokhtar dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,000 manakala Zizie Ezette pula dikenakan denda maksimum RM1,000 dan mungkin akan dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda tersebut pada hari ini.


sumber dari zonartis.com

Indahnya Dunia Fasha Sandha Mendapat Kawan Baik Sebaik Abang Jejai

rizal naik helikopter

Memang best sangat-sangat kalau dapat “kawan baik” macam Rizal nie. Beruntung Fasha Sandha. Memang sahabat dunia akhirat betul Abang Jejai nie. Sanggup naik helikopter untuk jumpa si Fasha yang sedang sibuk shooting drama duyung dia tue. Kalau kami jadi Fasha, sumpah kami akan mengalir air mata. Maklumlah, “kawan baik” sanggup buat macam tue. Kalau dah jadi kekasih tue ntah-ntah datang naik kereta kebal kot.


Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini. Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran. Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini






Lepas nie jangan terkejut pulak kalau tetiba ada helikopter mendarat kat Pavilion atau The Curve. Tue tandanya kawan-kawan baik artis perempuan Malaysia tengah melawat diorang. Buat bodoh jerk ~~~


sumber dari beautifulnara.com

Kenapa Ziana Zain Buang Thalia Dalam Mentor TV3?

thalia protege ziana zain

Pergh. Mentor kali ini memang penuh dengan kontroversi la. Kalau dulu Mas Idayu berhentikan anak buah dia punya nyanyian, kali ini diva pujaan ramai, Kak Ziana Zain pulak buang protege dia, Thalia. Apa kes nie? Memang penuh dengan spekulasi dan kontroversilah Mentor kali nie. Pening kepala kami dibuatnya.

Baru minggu lepas rasanya kami baca Harian Metro yang Kak Ziana Zain puji Thalia nie. Berbakat, ada pakej dan ada suara. Tup-tup hari ini dah kena buang. Masa siaran langsung pulak tue. Malu beb!!! Satu Malaysia tengok. Atau ini memang salah satu perancangan rapi yang dibuat oleh pihak Mentor TV3?

Jom kita spekulasi ramai-ramai jom.

Nabil Raja Lawak Eksiden Motor Lagi

nabil raja lawak eksiden lagi

Aduh. Malang memang tak berbau. Lagi-lagi untuk penunggang motosikal. Kali ini adalah kali kedua Nabil Raja Lawak eksiden melibatkan motor superbikenya. Nasib baik Nabil memang jenis yang pakai baju safety. So kecederaan yang dialaminya tak ada lah teruk sangat.

Nabil luka di tangan dan cedera kat rusuk belakang. Dan yang bahayanya masa jatuh tue kepala dia bergegar sikit. Harap-harap tak ada pendarahan dalaman. Semoga semuanya selamat-selamat belaka. Kalau apa-apa jadi nanti kesian pulak kat Irma. Tak merasa jadi bini orang pulak nanti.

Pengalaman peribadi kami yang pernah melihat 3 kemalangan satu hari melibatkan motor semasa on the way pergi tempat kerja. Memang seram sangat-sangat. Orang bawak motor nie kadang-kadang bukan salah dia pun yang menyebabkan jadi eksiden. Silap sikit je memang boleh buat nyawa melayang. Terbaru kat depan rumah kami nie, satu pakwe makwe maut sebab terjatuh dan digelek lorilepas side mirror motor dia tergesel dengan kereta.

Kesimpulannya kepada semua-semua pembawa kenderaan di jalan raya, silalah bawak berhati-hati. Kepada pemandu kereta, sebelum membelok tue ushar dulu ada ke tak motor-motor lalu. Bawaklah dengan berhemah. Signal tue jangan lupa kasik.

P.S: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia ini. Teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu. Kawan kitorang bila tak dapat jawap soalan Math kena pergi jumpa budak Form 1 cakap dia tak pandai Math. Exam lepas tue terus dapat 100 markah. Kenangan oh kenangan.


sumber dari beautifulnara.com

(KUIZ)Siapakah Artis Wanita Bersama Lelaki Berambut Seperti Landak Ini?

kuiz lagi

Dari sumber yang kami dapat, artis ini ditangkap gambarnya semasa Parti Freedom A’ Famosa. Apa dia buat kat sana kami tak tahu. Mungkin saja teman member-member dia melawat A’ Famosa. Atau dia sendiri nak gi tengok A’ Famosa kot. Cubalah teka kalau korang bijak ~~~


sumber dari beautifulnara.com

(GAMBAR)Ayu Raudhah Merenung Tajam Ke Mata Anda

ayu raudhah lawa

Disebabkan tak ada gosip hangat buat semenjak dua ini, kami kongsikan gambar Ayu Raudhah yang agak jarang ditemui. Terima kasih kepada penghantar email yang sudi berkongsi gambar ini. Enjoy ~~~


sumber dari beautifulnara.com

Noh Tak Terdaya Tolak Duet Dengan Siti

Siti berduet dengan Noh dalam rakaman program raya Stylistika Siti. - Foto oleh M. AZHAR

NOH pernah menyuarakan hasratnya yang tidak akan membuat persembahan tanpa ahli band Hujan yang lain. Namun apa sudah jadi apabila dia berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza dalam rakaman program raya Stylistika Siti baru-baru ini.

Semasa awal-awal kemunculan Hujan dulu, Noh pernah menolak tawaran sebuah stesen televisyen untuk tampil solo tanpa Hujan. Alasannya, dia akan tampil dalam program realiti popular stesen televisyen itu sekiranya rakan-rakan Hujan yang lain dibenarkan untuk turut serta.

“Saya terima untuk menyanyi dengan Datuk Siti dalam program Stylistika Siti sebab dia, Nan dan Aji. Aji pula menguatkan semangat saya untuk terima program ini kerana Hujan.

“Insya-Allah, kalau ada tawaran untuk membuat persembahan secara solo tanpa Hujan selepas ini, saya boleh terima tetapi kena lihat dulu situasinya best atau tidak,” kata Noh seusai menjayakan rakaman program tersebut di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bercerita tentang penglibatannya dalam program itu, Noh berkata semuanya bagai mimpi kerana dia sangat menyanjung tinggi penyanyi nombor satu Malaysia itu.

“Saya rasa pengalaman ini sangat berharga yang saya perolehi sepanjang berada dalam industri seni ini. Mula-mula semasa mendapat panggilan tentang tawaran ini, saya ingat ramai artis yang akan terlibat dan mungkin saya akan menyanyi satu baris lagu sahaja.

“Tetapi rupanya tidak. Bila ditanya pula tentang lagu duet apa yang saya mahu nyanyikan, terus saya pilih lagu Begawan Solo sebab saya dah lama nak nyanyi lagu kegemaran saya itu.

“Semasa rakaman program itu, saya rasa gugup juga sebenarnya walaupun ada yang kata saya nampak santai,” ujarnya lagi.

Biarpun begitu, Noh belum terfikir untuk menggubah lagu buat penyanyi kesukaan dan pujaan ramai itu.

Walaupun Siti merupakan penyanyi versatil yang berkebolehan menyanyi berbagai genre lagu, Noh berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

“Kalau ada peluang, apa salahnya,” tuturnya yang tidak menolak kemungkinan sekiranya Siti berminat.

Dalam perkembangan lain, Noh sedang dalam proses merakam lagu-lagu baru untuk dimuatkan dalam album terbaru Hujan yang akan dipasarkan sebelum hujung tahun nanti.

“Kami telah memilih 14 buah lagu untuk album terbaru kami. Kebanyakan lagu tersebut berentak balada dan 90 peratus adalah lagu tentang cinta.

“Kami sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan album ini. Setelah memulakan pembikinannya sejak bulan lepas, kini hanya tinggal 40 peratus lagi untuk siap,” beritahunya mengenai album yang turut memuatkan lagu lama, Kotak Hati.

Noh akui, sebagai pemuzik dia membuat muzik mengikut jiwa syok sendiri.

Norman Sendiri "Terpinga-pinga" Tentang Kelainan Final AF8

Norman Abdul Halim ialah Pengetua AF8. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

TINGGAL dua hari lagi menjelangnya konsert akhir Akademi Fantasia musim kelapan (AF8).

Ramai tertanya-tanya apakah kelainan yang dibawa pihak produksi pada musim ini berbanding musim-musim sebelum ini.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim sewaktu diajukan soalan itu turut "terpinga-pinga" tentang kejutan yang akan ditawarkan pada malam konsert itu nanti.

"Tak boleh cakap bagi pihak produksi kerana mereka mempunyai perancangan masing-masing.

"Saya pun terkejut dengan apa yang mereka akan buat. Saya pun tidak dapat mengesannya," katanya pada sidang akhbar konsert AF8 minggu kesembilan lalu.

Konsert akhir AF8 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Sabtu ini jam 9 malam.

Apa yang pasti, dari segi persembahan lagu, tegas Norman, pihaknya memang tetap dengan pendirian bahawa para pelajar perlu menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai aliran muzik yang sesuai dengan mereka.

"Sekiranya Maulana terkenal dengan lagu jazz, lagu rock pun boleh dijazzkan.

"Itu bagi sayalah. Itulah tugas pengarah lagu yang ditugaskan untuk mencipta lagu yang sesuai dengan jiwa Maulana," katanya.

Pada malam itu, Norman memberitahu, secara keseluruhannya, pelajar-pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu single mereka secara penuh.

Katanya, mereka juga ditugaskan menyanyi sebuah lagu yang diberikan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tidak mahu sekiranya seorang pelajar itu diberikan tugasan... dapat lagu Jamal Abdillah dan dia nyanyi macam Jamal Abdillah. Tidak wujud dalam AF8 ini. Kalau adapun, minggu pertama dan kedua.

"Tetapi apa yang dapat saya lihat.. malah Shahir pun keluar dari kepompong tersebut. Sekarang saya percaya Shahir boleh nyanyikan apa-apa lagu yang diberikan dengan caranya yang tersendiri," katanya yang berbangga dengan prestasi peserta-peserta AF8.

Norman memberitahu, dia berasa bangga dikaitkan dengan AF8.

Beliau percaya pelajar-pelajar AF8 akan membuat persembahan yang membanggakan pada final AF8 nanti.

Awal Seronok "Nakal" Dalam Samarinda Nokhtah Erna

SEBELUM tampil dalam slot Samarinda Nokhtah Erna yang bersiaran di TV3 sekarang, kali terakhir hos terkenal, Awal Ashaari berlakon dalam drama ialah Embun Mutiara pada April tahun lalu.

Akui Awal, ini kerana pengacaraan adalah prioritinya manakala berlakon di tempat kedua.

Dia menerima tawaran tersebut kerana ingin meredakan penantian peminat yang sudah lama menunggu lakonannya di TV3.

"Berlakon bukan merupakan kegemaran saya... tetapi kerana peminat. Mereka kata nak tengok saya muncul di TV, dan bukan hanya di filem.

"Lebih-lebih lagi, bila dapat skrip (Samarinda Nokhtah Erna) yang bagus, slot, karakter, pengarah, pelakon yang dibarisi pelakon terkenal dan lama, Awal tidak teragak-agak menerimanya," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Menurut Awal, penggambaran drama itu memakan masa selama sebulan amat menyeronokkan kerana ia diarahkan oleh pengarah pilihannya iaitu Haikal Hanifah.

Katanya, lebih menyeronokkannya ialah watak Shamsul yang dipegangnya adalah nakal dalam jalan cerita itu yang terlalu serius.

"Watak Shamsul ini seorang yang cheeky (nakal) dan akan menyergah orang lain untuk membuatkan orang ketawa dan ceria," katanya.

Mengikut jalan cerita Samarinda Nokhtah Erna, Shamsul ialah kawan karib kepada Erna. Mereka berkenalan sejak kecil sehingga dewasa.

Kemudian mereka belajar di sekolah, kolej dan universiti yang sama. Shamsul sanggup melanjutkan pelajaran di luar negara semata-mata untuk menemankan Erna.

Mereka mengambil kursus yang berbeza tapi belajar di universiti yang sama. Bila selesai pengajian, Erna bekerja dengan bapanya sementara Shamsul menjadi pensyarah.

Secara amnya, hubungan mereka begitu erat sehingga keluarga kedua-dua pihak menganggap Shamsul dan Erna sebagai adik-beradik.

Akhirnya, Erna kahwin dengan orang lain. "Jadi cliffhanger kat situ. Sama ada Shamsul beritahu Erna dia menyayanginya atau diam begitu sahaja iaitu makan hati," kata Awal.

Sementara itu, Awal memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana jadual kerja yang padat.

"Bila dapat terlalu banyak pengacaraan, saya sukar menjiwai sesuatu karakter," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia akan mengikut jejak langkah mentornya, Aznil Nawawi yang tetap akan berlakon walaupun sibuk mengacara.

Creative Youth Blog Program


Salam seantero Malaysia.. saya tak tau la.. apa tangapan korang semua bila bace tajuk entry nih.. but in realty bendanih boleh dikatakan betul.. walaupun entry kali ini macam lari konsep.. but demi perjuangan konsep marketing macamni adakalanya diperlukan.. ahaks,,

Baik.. Sempena Hari Belia Negara 2010 bertempat di PutraJaya pada 14-16 Mei ini.. Kementerian Belia dan sukan telah mengenakan tema "Belia Kreatif Pemacu Pembagunan Negara" ..

Kami adalah dari Information Technology Youth movement dimana di entry yang lepas saya ada buat review sikit pasal IYM nih.. sila rujuk Disini ye..

Ok.. sudah pasti ramai yang masih ragu-ragu dengan persatuan ini.. so untuk membuktikan bahawa ITYM adalah series kami sertakan gambar dengan menteri diatas.. dan bukti-bukti yang kukuh.. ramai yang tidak yakin dengan perjuangan ITYM..
biasalah.. bila kita buat sesuatu pasti ada cabaran kan.. but kami di ITYM tidah pernah letih dan mengalah untuk berjuang dan membawa anda semua menyertai kami..

Orang kata if nawaitu kita baik.. tuhan akan tolong kita..
so alhamdulillah.. sempena hari belia negara ini ITYM telah dilantik menjadi rakan kongsi kementerian untuk mengendalikan beberapa program dibawah cluster kreatif dan inovatif.. dan secra tidak langsung kami juga telah menjadi penaja untuk kementerian.. lihat bukti dibawah untuk lebih yakin..

Penerimaan watikah rakan kongsi oleh
yang amat berhormat Datuk Ahmad sabri cheek

Ramah mesra bersama Datuk

Wajah-wajah pejuang ITYM

blog tajaan ITYM
http://www.clusterkesenian.blogspot.com/

Baik.. tujuan entry ini ditulis adalah untuk menyeru smua blogger2.. untuk mendaftarkan blog anda dibawah kami.. dimana pada hari belia nanti ITYM akan menyediakan satu Booth pameran persatuan kami di hadapan menara KBS.. pameran ini adalah bertujuan untukanda..!!

marilah bloggers.. kami mencari
50 buah blog yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi.. design, pengisian dan populariti.. program ini kami namakan sebagai

Creative Youth Blog

Dimana blog-blog yang terpilih itu nanti kan diberi sijil penghargaan dari kementerian Belia Dan Sukan serta blog anda akan dipamerkan pada Booth pameran ITYM pada hari tersebut..
ini adalah satu peluang yang sangat hebat untuk anda.. kerana Yang amat berhormat menteri sudah mula nampak kepentinggan blogger didalam masyarakat.. disitu juga anda dapat mempromosikan blog korang.. apa yang korang perlu lakukan adalah..

  • Tuliskan sebuah entry mengenai ITYM dan satu harapan anda untuk kerajaan kepada golonggan bloggermuda
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..


  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda.. dan download borang disini..!!
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikutitym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 11 mei 2010

Actually project ini adalah project last minit yang dibentangkan.. sebab itu kami sangat memerlukan blogger2 seperti anda.. dan maaf atas masa penyertaan teramat singkat..
semua blog yang di submit akan dipamerkan di booth kami selama tiga hari berturut-turut..
dan
50 blog yang terpilih akan di compile untuk diserahkan kepada Yang Amat berhormat perdana meneri kita Datuk seri Najib Tun Razak di hari tersebut..

Sebarang mklum balas akan direply selewat-lewatnya pada 13 mei 2010..
dan sebrang pertanyaan bolehlah comment di Facebook kami di
Information Technology Youth Movement

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes