Kru GIGI Meninggal Dunia, Konsert Di Bandung Tetap Diteruskan



SALAH seorang kru band GIGI, Feri Mahardika atau dikenali dengan nama Puput, 30, meninggal dunia dalam kemalangan di Tol Cipularang, Sabtu. Puput yang bertugas sebagai juruteknik bass GIGI sepatutnya berangkat ke Bandung untuk menjayakan sebuah konsert GIGI di sana.

Biarpun anggota band GIGI masih berduka dengan berita pemergian Puput itu, namun mereka tetap akan meneruskan konsert itu.

Selain Puput, ada empat kru lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut pengurus GIGI, Dhani Pete, kereta Kijang yang dinaiki oleh para kru GIGI telah melanggar belakang sebuah trak. Puput yang duduk di kerusi hadapan kereta itu bagaimanapun tidak dapat menyelamatkan dirinya.

Dua kru GIGI yang turut terlibat dalam kemalangan itu kini sedang dirawat di Hospital Efarina Etaham, Purwakarta.

"Sehingga sekarang dua orang itu termasuk pemandu masih koma," ujar Dhani ketika dihubungi detikhot, Sabtu.

Konsert "Paramore" Di Bukit Jalil 19 Oktober



PETALING JAYA : Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat, Paramore akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat pada 19 Oktober akan datang.

Konsert yang diberi nama “Paramore Live In Kuala Lumpur 2010” itu dibawakan oleh Tune Talk sementara AirAsiaRedTix adalah ejen tiket rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, kumpulan rock itu merupakan sebuah kumpulan muzik yang cukup digilai di Amerika Syarikat dan usaha membawa mereka ke tanah air adalah untuk memberi peluang peminat kumpulan itu melihat persembahan mereka dengan lebih dekat.

“Kehadiran Paramore ini juga dapat memberi peluang kepada peminat mereka di rantau ini menyaksikannya melalui akses mudah dengan adanya penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X,” katanya.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore dicalonkan untuk Grammy Award pada tahun 2008 bagi kategori Artis Baru Terbaik menerusi album “Riot” yang telah terjual lebih dari 2 juta unit seluruh dunia.

Tiket untuk mengikuti konsert mereka dijual dengan harga dari RM98 hingga RM358. ia dijual bermula 1 September lalu.

Tiket secara dalam talian boleh diperoleh dengan melayari www.airasiaredtix.com dan Ticketpro di www.ticketpro.com.my.

AC Mizal Dapat Gelaran Datuk Dari Sultan Pahang



Wah. Kagumnya kami dengan AC Mizal. Selepas maju dengan bisnes gelang dia, kali nie dapat gelaran Datuk pulak dari Sultan Pahang. Mungkin rezeki di bulan Ramadha kot. Moga-moga AC makin maju selepas ini..
Oh ye untuk yang tak mengetahui, AC mungkin boleh dimasukkan ke penjara kerana kes nafkah anaknya. Keputusan mahkamah bakal diketahui 28 Oktober ini.

Kami pelik kenapa tak setel-setel kes nie. Rasanya kalau bergelar Datuk duit mesti ratus-ratus ribu punya. Bayar ajerlah. Bukan orang lain, anak sendiri je pun. Takkan nak bagi kat anak sendiri pun kedeng kot? Mesti ada sesuatu sebenarnya.

Lisa Surihani Tak Mahu Seksi

PELAKON yang menjadi rebutan pengarah-pengarah filem, Lisa Surihani mengakui dia tidak selesa apabila diminta berpakaian seksi ketika berlakon.

Dia yang tegas dengan pendirian itu bagaimanapun mengakui apa-apa perkara boleh dirunding terlebih dahulu sebelum menerima sesebuah tawaran.

"Sejak dari kecil lagi saya tidak biasa berpakaian seksi.

"Bagaimanapun kalau ada tuntutan skirp, saya sudi berbincang dengan pengarah terlebih dahulu untuk tidak berpakaian seksi.

"Bagaimanapun, jika pengarah tetap dengan keputusannya, saya akan membuat pilihan untuk berlakon atau tidak," katanya.

Ujarnya, sebagai pelakon seseorang itu mempunyai hak untuk berbincang bagi menjadikan skrip tersebut lebih baik tanpa berpakaian seksi.

Dalam pada itu, dia juga menafikan semakin berani bergambar mesra dengan lelaki.

Malah Lisa memberitahu kebanyakan gambar-gambar poster untuk filemnya mengunakan teknik fotografi tertentu.

Tambah Lisa, sebagai artis dia juga sentiasa menjaga imej dan tingkah lakunya agar tidak menjadi contoh buruk kepada masyarakat.

"Banyak perkara perlu dijaga terutamnaya dari segi penampilan dan kelakuan saya sebagai seorang artis. Kalau orang lain nak bergambar seksi, itu hak masing-masing tapi sayan tidak mahu seperti itu," katanya.

Delia Kekasih Baru Pasha "Ungu"

VOKALIS kumpulan Ungu, Sigit Purnomo atau lebih dikenali sebagai Pasha kini tidak bersendiri lagi.

Duda yang sering dihimpit kontroversi ini akhirnya memiliki kekasih baru setelah digosipkan dengan beberapa orang artis wanita Indonesia.

Pasha dikhabarkan sering membawa wanita yang bernama Delia di setiap acara muziknya sejak kebelakangan ini. Delia juga dikatakan sanggup menunggu penyanyi itu biarpun persembahannya berlanjutan sehingga menjelang pagi.

Selain itu, ketika ditemui selepas konsert tersebut, Pasha tidak segan untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada wartawan dan mengakui lebih gembira sekarang.

"Saya merasa senang kerana ada yang sudi menemani saya di konsert yang lama ini." ujar Pasha sambil melirik kepada wanita tersebut.

Bagiamanapun ketika ditanya tentang perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan, Pasha memberitahu bahawa mereka belum lagi bersedia ke arah itu.

"Sekarang kami memang sedang berkawan rapat tapi belum ada apa-apa perancangan lagi untuk berkahwin. Berkawan sahaja dulu," ujarnya.

Menurut sumber yang dipetik dari Vivanews.com, ini bukan pertama kali Delia menemani Pasha, malah pasangan ini turut bersama ketika meraikan ulang tahun salah sebuah stesen televisyen Indonesia.

Pasha juga mengaku sedang bahagia dalam hubungan tersebut dan sudah memperkenalkan Delia kepada ketiga-tiga anaknya.

Rozita Che Wan Tempah 30 Pasang Baju Raya

Rozita akan muncul di pawagam menerusi filem 4 Madu dan beberapa telefilem dan program Raya di RTM, TV3, Astro Ria dan Astro Warna pada Hari Raya tahun ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

MEMANDANGKAN wajahnya akan menghiasai kebanyakan stesen televisyen pada Hari Raya Aidilfitri nanti, aktres jelita Rozita Che Wan, 37, mahu berada di hadapan televisyen di rumah sahaja sebagai memenuhi aktiviti Hari Rayanya.

Dalam nada bergurau, dia yang akan pulang beraya di kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Hari Raya pertama nanti, berkata raya tahun ini lebih meriah sebab wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuk sebuah filem lakonannya yang menjengah pawagam pada Hari Raya pertama berjudul 4 Madu.

Berbanding tahun lalu, penonton dapat menyaksikan pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu di Astro Warna dan Astro Ria pada Hari Raya nanti. Selain itu, dia turut muncul di saluran RTM dan TV3.

Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madupada malam Hari Raya di TV3, Aduhai Makmur (Hari Raya Pertama, 9 malam, TV3), Tu Dia Kiah Nak Raya (Hari Raya Kedua, 9 malam, Astro Warna), Lawaknya Fantasia Raya, Hari Raya Ketiga, 9 malam, Astro Ria), Goyang Shafiq (Rabu & Khamis, TV3) dan Masihkah Ada Sinar (RTM).

Rozita menggayakan salah satu pakaian Rayanya rekaan Qudyn.

“Pada tahun lalu, saya tak terlibat dengan Astro tetapi tahun ini ada. Yang menariknya, kebanyakan watak yang saya lakonkan di televisyen pada tahun ini merupakan watak komedi tetapi ada juga saya berlakon dalam cerita sedih iaitu Masihkah Ada Sinar,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, yang menarik tentang Rozita untuk sambutan Syawal pada tahun ini apabila dia telah menyediakan 30 pasang baju Hari Raya yang bertemakan warna lembut.

Empat pereka fesyen yang menghasilkan bajunya ialah Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn.

Bukan hanya menggayakan pakaian tersebut untuk Hari Raya nanti, Rozita terlebih awal menggunakan beberapa pasang pakaian berkenaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan sesi fotografi.

Jangan Kecewa, Mungkinkah Ini Kekasih Baru Nora Danish?

gambar kekasih baru nora danish

Rileks. Tarik nafas panjang-panjang lelebih lagi kalau anda peminat si janda hangat, Nora Danish. Khabarnya kini Nora Danish sedang berkawan dengan seorang anak Datuk dari Kelantan. Boleh tahan handsome jugak kalau berdasarkan gambar di atas.

Tapi ada spekulasi yang mengatakan bahawa si anak Datuk yang dikenali sebagai Shahrul ini memang baik dengan ramai artis. Mengikut Kosmon, Shahrul sebelum ini pernah bercinta dengan artis Indonesia dan juga Wangi dari Fabulous Cat. So mungkin dia dan Nora Danish cuma kawan biasa sahaja.

So kepada mereka-mereka di luar sana yang menyimpan hati kepada Nora Danish, anda masih ada peluang lagi. Teruskan usaha anda untuk mengorat ND. Selagi belum jadi bini orang, selagi itulah anda berpeluang. Tak gitu?

(TAHNIAH) Waheeda Sah Berpurdah, Sejuk Mata Memandang ~~~

waheeda confirm berpurdah

Baru-baru ini kami telah dijemput oleh pihak Astro untuk berbuka puasa di Bora Asmara. Ramai sungguh artis-artis yang datang. Tapi yang balik menjadi tumpuan sudah tentu kehadiran Waheeda dan Akhil Hayy. Waheeda seperti yang kita tahu memang sudah lama tak keluar di mana-mana suratkhabar atau majalah selepas berkahwin.

Dan kami tak terkejut dengan pemakaian purdah oleh Waheeda. Dulu pun kami pernah keluarkan gambar Waheeda berpurdah. Cuma kali ini memang sah dan confirmlah dia sudah berpurdah. Jutaan tahniah kami ucapkan. Bukan senang nak berpurdah tapi Waheeda ternyata mampu.

Buat pengetahuan semua, Waheeda sudah pun bersara daripada dunia seni. Jadi dia datang time tue hanyalah untuk menemani suaminya, Akhil Hayy.

Justin Bieber Ingin Meniduri Emma Watson


 

PENYANYI Justin Bieber mengaku jatuh cinta kepada bintang Harry Potter, Emma Watson. Malah dia berharap dapat meniduri pelakon yang membawakan watak Hermione Granger itu suatu masa nanti


"Saya ingin dia hadir di salah sebuah konsert saya. Selepas konsert, saya mahu melakukan hubungan kelamin atau mungkin sekadar makan malam," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu, menurut The Sun, Sabtu.

Bieber mengakui Emma merupakan salah seorang aktres remaja yang mempunyai karier yang cukup bersinar. Dia juga berasa bertuah jika dapat bersama dengan aktres berasal dari Britain itu.

Namun, Bieber merasakan agak sukar untuk mencapai keinginannya yang satu itu kerana saat ini, Emma sedang menjalin cinta dengan pemuzik George Craig.

Farid Kamil Tiada Masalah Disiplin - David Teo


Imej terbaru aktor/pengarah Farid Kamil dalam filem Apokalips (2010)

PIHAK Metrowealth International Group (MIG) telah berjumpa dengan pihak Astro pada Isnin lalu untuk berbincang tentang kegagalan Farid Kamil untuk hadir pada sesi rakaman program raya Astro Prima berjudul Kampung Prima: Babak 105 yang kononnya berpunca daripada masalah disiplin pelakon kacak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo Chew Huat berkata, hasil perbincangan itu mendapati ia berpunca daripada salah faham yang wujud antara pihak MIG mahupun Astro.

"Kedua-dua pegawai syarikat di MIG dan Astro tidak tahu tentang rakaman tersebut. Hanya pihak produksi tahu tentang hal tersebut. Ini menyebabkan timbul salah faham," katanya kepada mStar Online.

Pada 13 Ogos lalu, Farid tidak hadir untuk menjayakan sesi rakaman tersebut sehingga menyukarkan semua pihak yang terbabit dalam produksi berkenaan.

Artis eksklusif Astro itu bagaimanapun telah hadir pada sesi latihan sebelah siang hari yang sama. Ini menyebabkan skrip program muzikal komedi itu terpaksa dirombak semula.

Malah Farid dikatakan mempunyai masalah disiplin.

Sambil menegaskan salah faham itu telah diselesaikan secara baik, David Teo berkata, mulai sekarang kedua-dua pihak akan mengikut terma-terma seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Katanya, pihak produksi akan mengatur semula rakaman program raya tersebut dengan melibatkan Farid.

David bagaimanapun berharap, tidak timbul lagi andaian negatif mengenai Farid kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah disiplin sebelum ini.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes