Jojie sangkal Bertudung itu Panas!!

Kakak kepada Ratu Rock Negara, Jojie (yang kini berusia 47 tahun) dulu dikatakan sesetengah orang dia bertudung hanya lah untuk menghormati bulan Ramadhan memandangkan ianya bulan yang penuh berekah. Namun Jojie berkata ianya bukanlah hanya untuk bulan Ramadhan semata-mata, dia kini hanya mampu berserah yang dia memakai tudung ikhlas kerana Allah Taala (Lillahitaala)

Petikan artikel dari Gua: “Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”

Lisa,reem shahwa dan Juliana evans tersenarai FHM 100 most wanted women in the world 2011(Carlsberg)

Nak dijadikan isu, Lisa Surihani, Reem Shahwa dan Juliana Evans yang tercalon dalam top 20 beragama Islam dan Melayu. Mungkin sedikit rasa pelik kenapa mereka bertiga tercalon, sebab mengenai sponser dalam pencarian berkenaan. Dalam bulan puasa ni, kita berfikiran positif sahaja yer, mungkin mereka seberiti ni sebagai calon sahaja, dan hadiah tue mungkin untuk pengundi yang bertuah (syorkan takyah undi bagi umat Islam). hoho. Wallahualam kalau bukan selain itu.

Lisa Masuk Majalah Jelita~

Makin lama makin manis yer kekasih Yusry KRU ni, Lisa Surihani. Dalam majalah Jelita yang sememangnya untuk orang-orang jelita jerk kot, hehe, edisi September 2011, Lisa telah mewajahi cover hadapan majalah berkenaan. Cukup simple dan bersahaja pengayaannya. Tapi gigit jari tue, shoot time puasa atau malam selepas terawih ni. Hehe. Dan yang terbaru mengenai Lisa (tiada kaitan dengan majalah Jelita edisi Sept, yang ni ntah majalah dari mana daa), dia tercalon untuk pencarian Most Wanted Women 2011 oleh majalah FHM.


4 Ibu selebriti jadi Remaja!

Wah bukan main lagi melihat empat ibu-ibu ni amik bahagian dalam sesi photoshoot untuk cover sebuah majalah. Mereka adalah Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish. Semua mengayakan aksi remaja betul. Yang lain tue tak kesahlah, lainlah kalau lihat Ziana Zain yang dah berusia tue kat cover ni. Nampak muda betul kan, seolah-olah Ziana masih lagi budak remaja. Awet muda gitue lor. :)


Pembedahan Plastik Yang Menakjubkan

Ally Iskandar Putuskan pertunangan?

NABILA HUDA FAILKN PENCERAIAN???

Disangkakan bahagia selama ini bersama suami tersayang, rupa-rupanya ada ombak tsunami yang melanda bahtera rumahtangga anak kepada Amie Search yang berusia nak 3 tahun tu, Nabila Huda dengan Zaidy. Memang sesuatu yang agak mengejutkan ramai pihak. Sebab dah 2 tahun mereka mengalami masalah rumahtangga. Alahai, bulan suci ni, nak pula failkan perceraian, kan lepas lebaran jek boleh. Zzz

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung



1. Fazura

10 artis cantik bertudung

2. Tiz Zaqyah

10 artis cantik bertudung

3. Fouziah Gous

10 artis cantik bertudung

4. Erra Fazira

10 artis cantik bertudung

5. Neelofa

10 artis cantik bertudung

Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui 5 lagi artis wanita cantik apabila bertudung.

6. Nora Danish

10 artis cantik bertudung

7. Lisa Surihani

10 artis cantik bertudung

8. Maya Karin

10 artis cantik bertudung

9. Fasha Sandha

10 artis cantik bertudung

10. Dato’ Siti Nurhaliza

10 artis cantik bertudung
Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah. Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.

Gambar Terbaru Kyla Fairy, nampak matang!





Artis yang mula dikenali ramai pada tahun 2011 ini adalah pelakon bernama Syakila Nisha Jahangir Khan atau nama famousnya adalah Kyla Fairy yang masih berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil. Melihat usianya memang nampak muda, tapi kalau lihat orangnya kelihatan agak matang tue~. Pernah digosipkan dengan Yusry dahulu tapi itu semuanya gosip jerk, sebab Yusry sekarang tengah berbahagia dengan Lisa Surihani.


Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!



Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.


“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar.

-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes