Dakwaan Elak Bergambar Dengan Makcik-makcik Hanya Salah Faham - Fara

Fara akan tampil dalam program bual bicara sendiri, Alahai Fafau mulai 7 Februari ini di TV9. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI

SAYA nak nafi pun rasa kelakar apabila orang kata saya cuba elak untuk bergambar dengan makcik-makcik,” kata penyampai radio popular, Fara Fauzana mengenai dakwaan dia enggan bergambar dengan golongan wanita berusia.

Fara didakwa mengarahkan pengawal peribadi yang bertugas dalam sebuah majlis baru-baru ini untuk menghalang makcik-makcik bergambar dengannya.

Namun begitu, jawapan sebaliknya diberikan oleh Fara yang terkenal dengan sikap peramah dan penyayang itu.

“Kalau orang kenal siapa saya, mereka akan gelak apabila ada yang mengatakan saya mengelak dari bergambar dengan makcik-makcik.

“Saya pernah marah pengawal keselamatan sebab mereka halang saya bergambar dengan makcik-makcik,” tambah Fara yang bakal muncul menerusi program terbarunya, Alahai Fafau yang akan disiarkan di TV9 mulai 7 Februari ini.

Tidak cukup ditohmah mengenai isu enggan bergambar dengan peminat yang berusia, pengacara Melodi ini juga didakwa berlagak ‘diva’ dengan staf TV3.

Dakwaan mengatakan Fara telah membaling kunci kereta kepada salah seorang pemandu kenderaan TV3.

Mendengar dakwaan itu, Fara dalam keadaan tenang menjawab isu itu timbul kerana salah faham.

“Saya rasa cerita ini hanya salah faham, mengarut dan rekaan semata-mata kerana saya jarang menaiki kereta yang dipandu oleh staf TV3.

“Kereta saya diselenggarakan oleh anak saudara saya, Zul dan kadangkala saya serahkan kepada jockey. Tetapi di TV3 mana ada jockey,” beritahunya yang turut sibuk dengan mendekatkan diri dengan pendengar bagi mempromosikan Konsert Hot FM Big Jam yang akan diadakan pada 6 Mac ini, pukul 6 petang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Menyentuh tentang program terbaru Alahai Fafau itu, Fara teruja apabila dapat menyertai program itu setelah terpaksa menolak tawaran itu sebanyak dua kali.

Fara telah pun ‘mempunyai’ sitkom sendiri, Fara dan kini tampil dengan program bual bicara sendiri, Alahai Fafau.

Bagi Fara, semua tawaran yang datang bukanlah dirancang sebaliknya menganggap ia sebagai cara untuk meluaskan langkahnya ke TV9.

“Saya mendapat tawaran berlakon sitkom Fara setelah menyertai Hot FM dan waktu itu ramai yang meminta saya untuk mempunyai program sendiri.

“Jadi, apabila sudah lama bekerja di Hot FM, Abang Aziz M Osman mendapat idea untuk membuat program itu setelah menonton saya di 8TV.

“Alhamdulillah, saya pun tak pernah bekerjasama dengan TV9. Jadi apabila mendapat tawaran program Alahai Fafau, ia mampu meluaskan prospek nama Fara Fauzana,” ulasnya yang mula terkenal dengan panggilan Fafau selepas rakan sekerjanya, penyampai radio Faizal Ismail mencipta gelaran itu.

Fara telah dikenali dan popular melalui beberapa program ini, lantas apa lagi yang diimpikan oleh wanita berusia 30 tahun ini?

Fara menjawab: “Saya nak menubuhkan Rumah Perlindungan Fafau untuk warga tua yang hidup sebatang kara…”

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes