Saiful Apek Ditahan Polis, Khabarnya Terlibat Dengan Dadah

SAIFUL APEK DITAHAN KERANA MEMILIKI GANJA

Dulu pernah heboh satu Malaysia apabila gambar yang menunjukkan Saiful Apek sedang khayal mengambil dadah tersebar kat internet ni. Namun Saiful Apek bernasib baik kerana rakyat Malaysia lebih memandang bakat yang dimilikinya berbanding cerita-cerita peribadinya. Jadi tak hairan la cerita mengenai gambar-gambar tu senyap begitu sahaja.

Hari ini, keluar lagi satu cerita baru mengenai Saiful Apek dan ianya masih juga berkaitan dengan dadah dimana dia dilaporkan telah ditahan polis ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah. Ikuti laporan berita yang dibawakan oleh mStar Online kat bawah ni:

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes