Lisa Surihani menjali sukarelawan MY ICON #siapa nk jumpa lisa in public?

12 November lepas program kedua MyIcon telahpun berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran icon-icon terkenal seperti  Altimet,  Nabil Jeffri, Ng Yeen Seen,  Dr. Sharahwanaun Muthusamy dan juga  Mohd Zhariff Afandi. Program ini adalah hasil inisiatif daripada Makmal transformasi Pembangunan Belia dimana program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada belia dengan menggunakan icon-icon belia yang berjaya di Malaysia.
Program ini dapat memberikan peluang dan mamfaat berguna buat belia kita kerana dengan adanya program MyIcon ini belia kita dapat berkongsi maklumat dan pengalaman bersama icon-icon belia ini. Seperti contoh icon seperti penyanyi rap terkenal iaitu Altimet dapat memberi inspirasi kepada peminat-peminat rap dan mendorang mereka kepada music rap yang sihat. Untuk melihat gambar-gambar sekitar perjumpaan MyIcon yang kedua ini anda boleh melihatnya di laman facebook vyrec di link dibawah.
Untuk program MyIcon yang seterusnya akan ditampilkan lagi 5 orang icon yang terkenal dan mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri mereka-mereka ini adalah antara yang banyak menyumbang didalam pembangunan belia terutamanya dan antara mereka yang menunjukkan sikap dan prestasi  yang baik untuk dijadikan inspirasi kepada belia kita agar dapat berjaya seperti mereka.
Ada antara icon-icon berikut adalah mereka yang sememangnya terkenal di Malaysia seperti Lisa Surihani dan Azlan Iskandar anda hanya perlu click nama setiap icon belia ini untuk melihat profile dan prestasi mereka.
Oleh itu  jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mereka pada 26 November ini bertempat di Killiney Signature Kopitiam SS2 Mall, SS2, Petaling Jaya bermula pada jam 3:00 pm hingga 6:00pm. Kepada belia-belia di luar sana yang berminat untuk lepak bersama-sama icon-icon ini sambil minum kopi bersama mereka anda hanya perlu “request” kehadiran di page facebook mereka.
Portal: MyIcon.com.my
Dibawah ini adalah peta panduan untuk ke Killiney Station SS2 Mall, Pastikan anda bertemu bersama icon-icon ini dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk anda berjaya. dan pesanan terakhir, jangan lupa bawa bersama kamera untuk bergambar bersama icon anda..

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes