Lis: Abang Fauzi Ingin Bercinta Setiap Masa.. Rmantiknya pasangan nie..
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AGAK sukar menyelami perasaan cinta pelakon dan model Lisdawati terhadap suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.
Ini kerana walau apa pun badai atau gosip yang datang menjengah mereka, Lisdawati atau lebih mesra dipanggil Lis, tetap tegas menyatakan mereka pasangan romantis.
Mungkin ramai yang tidak percaya, di sebalik perkhabaran yang pasangan ini mempunyai 'masalah rumahtangga', Lisdawati dan Fauzi selalu cuba menghangatkan perasaan cinta antara mereka.
"Abang (panggilan mesra Lisdawati kepada Fauzi) ingin bercinta setiap masa. Bagi abang, perkara itu perlu untuk menguatkan kasih sayang antara isteri dan anak-anak," jelas pelakon jelita itu sebaik melangkah keluar dari menonton wayang di Pavillion.
Bagi Lis, kasih sayang perlu disemarakkan dan keharmonian rumah tangga merupakan prioriti dalam hidupnya sekarang melebihi karier lakonannya.
"Suami isteri perlu bertolak ansur dan berbincang dalam apa jua urusan. Isteri juga kena tahu batas-batas bila berbincang dengan suami," kata aktres berusia 31 tahun ini.
Selama berkahwin dengan Fauzi, Lis mengaku yang dia cuba elak dari mengungkit kisah-kisah yang boleh mengguris hati suami.
"Bagi pasangan yang ingin berkahwin, saya ingin galakkan urusan kerja dan kewangan diasing-asingkan. Ini kerana duit suami dan duit isteri harus diurus secara berasingan.
"Tanggungjawab suami adalah untuk menanggung isteri dan keluarga sedangkan isteri tidak wajib menanggung keluarga. Tapi jika isteri bekerja dan sanggup membantu keluarga dan suami dengan wang ringgit, itu cukup manis," kata Lis penuh bermakna.
Kata aktres berbakat ini, urusan kewangan perlu diasingkan untuk kesenangan di hari muka, seandainya berlaku sebarang kemungkinan di belakang hari.
"Lebih harmoni kalau perkara-perkara begini tidak dikongsi. Namun, apa pun semuanya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu," kata Lis yang baru selesai penggambaran drama 'Anak-anak Lorong' untuk siaran Astro.
Sementelah melihat hubungan mesra antara mereka begitu jelas dan ketara sekali, ini sekali gus menolak sebarang cakap sumbang kononnya rumah tangga mereka pernah berantakan.
"Saya anggap semua gosip itu sebagai usik-usik. Semua cerita-cerita itu bertujuan untuk menghangatkan pasangan bernama Lisdawati-Fauzi Nawawi saja," kata ibu kepada dua orang anak ini.
Malah, kata Lisdawati, dia tidak pernah menganggap sebarang gosip itu mengguris hati.
"Kami mengambil sikap terbuka di dalam hal ini. Alhamdulillah, setakat ini sudah semakin kurang gosip liar tentang kami," katanya.
Bagi Lisdawati, isteri kena beralah kerana "selalunya seorang suami ada ego. Kita perlu berbincang dengan baik untuk menyelesaikan sebarang masalah, tak boleh ikut kepala sendiri saja."
Meskipun baru tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan yang sama cantik dan sama padan ini, sebolehnya tidak akan mengambil sikap cepat melatah bila digosipkan.
"Biarlah apa orang nak cakap. Bila dah penat, mereka tak cakap lagi," kata Lisdawati.
Pasangan ini cukup bangga telah dikurniakan dua orang anak perempuan, Nur Aini Farhana (1 tahun 8 bulan) dan Nur Aina Fazneesya, berumur 3 bulan.
Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.
"Seboleh mungkin, saya tak beza-bezakan anak-anak saya dengan anak-anak tiri. Selalunya bila tiba musim cuti sekolah, baru kami semua dapat berkumpul," kata Lis yang begitu teruja menjadi ibu di usia muda.
Jelasnya lagi, "Walaupun sibuk dengan anak-anak, saya selalu cari masa sesuai untuk bersama suami.
"Macam mana penat sekalipun, saya akan curi masa untuk bersama Abang Fauzi."
0 comments:
Post a Comment