Liyana Jasmay memang seronok katanya berada di alam kayangan. Yelah, semua benda kita nak, semua muncul dalam sekelip mata. Tapi itu hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya di dunia ini, semuanya perlukan usaha yang gigih.
Dalam filem Duhai Si Pari-Pari, Liyana Jasmay membawa watak sebagai PARI yang sanggup turun dari Dunia Kayangan ke bumi semata-mata mahu mencari cinta sejati. Pari percaya cinta manusia ini lebih indah dan lebih sempurna daripada cinta di kayangan. Dalam filem ini, Budiey lihat terdapat juga elemen cerita Aladdin yang telah dimodenkan dan diolah dengan gaya yang bersahaja.
Bercakap pasal muzik, Liyana Jasmay mengakui begitu suka dengan muzik yang dibawa oleh Miley Cyrus yang berentak easy listening dan rancak. Dalam pada itu, Liyana tak pernah rasa nak tiru sesiapa seperti yang dihebohkan di mana LJcuba nak tiru gaya Avril Lavigne.
Walaupun pembikinan filem ini dibuat pada tahun 2008, namun terdapat lagu single Liyana Jasmay berjudul Aku Jatuh Cinta yang dicipta oleh Ajai. Budiey ada dengar juga, lagu in juga tak lepas mendapat kritikan. Seperti lagu Aku Tak Percaya Cinta, lagu Aku Jatuh Cinta juga mirip dengan satu lagu Avril Lavigne berjudul My Happy Ending. Pasal isu ini, itu kena tanya Ajai sebab bukan Liyana Jasmay yang buat.
Kepada peminat Liyana Jasmay, jangan lupa untuk menonton filem Duhai Si PariPari yang akan ditayangkan di pawagam mulai 31 Disember 2009.
Ini dia gaya fesyen serba putih yang dipakai oleh Liyana Jasmay dalam filem arahan pertama Azmi Md Hata ini..
0 comments:
Post a Comment