Lady Gaga Aneh Dan Akan Bertahan Lama - Alice Cooper

VETERAN rock Alice Cooper memuji penyanyi Lady Gaga, pemenang dua anugerah penghargaan Grammy Awards atau Grammys 2010 bertempat di Staples Center pada 31 Januari lalu.

Cooper, penyanyi yang pada masa mudanya "liar" itu mengatakan bahawa Lady Gaga, yang berasal dari New York, terkenal dengan fashion anehnya.

"Tapi dia telah menunjukkan bahawa ia merupakan seorang pelapis yang berbakat ketika berduet dengan vokalis legendari Elton John.

"Bagi saya, siapa pun yang menampilkan variety show seperti yang dilakukan olehnya (Gaga) tak ada masalah bagi saya," ujar Cooper ketika diwawancara baru-baru ini.

Kata Cooper lagi, "Lady Gaga menyanyi bersama Elton John, yang turut bermain piano dan tampil memukau. Gaga membuktikan bahawa ia bukan hanya seorang penggila kostum saja.

"Dia akan bertahan dalam waktu yang panjang," sambung Cooper, yang digandingkan dengan penyanyi Katy Perry untuk memberi anugerah penghargaan Rock Album of the Year, yang diraih oleh kumpulan Green Day, dalam Grammys 2010.

Angelina Jolie Bercinta Dengan Lady Gaga

AKTRES Angelina Jolie pernah mengakui bahawa dia juga bernafsu dengan perempuan. Kini, ketika gosip hubungan asmaranya dengan Brad Pitt hangat diperkatakan, Jolie juga dikhabarkan tertarik dengan penyanyi pelik Lady Gaga.

Penulis buku 'Brangelina: The Untold Story of Brad Pitt and Angelina Jolie' memberitahu bahawa khabar tersebut dilaporkan dari seorang sumber yang rapat dengan Jolie.

"Ada pertemuan rahsia antara dua perempuan itu di Hotel Beverly Wilshire, sepanjang malam," begitu kata sumber seperti dipetik China Daily.

Jolie menjalinkan hubungan dengan Lady Gaga, kerana sebelum ini penyanyi Poker Face itu pernah mengaku bahawa dia juga seorang biseksual. Dia juga mengakui turut tertarik untuk bercinta dengan laki-laki dan perempuan.

Khabarnya godaan orang ketiga dalam asmara Jolie-Pitt memang bukan kali ini saja. Sebelum itu, bekas pembantu rumah pasangan yang mempunyai enam anak itu, Anna Kowalski memberitahu bahawa Jolie pernah curang dengan guru bahasanya. Guru yang mengajarkan dialek Rusia itu, dikenali ketika penggambaran filem 'Salt.'

Brad Pitt Sanggup Berhabis Untuk Janggut.. US$ 150 sehari..

UNTUK kelihatan bergaya, aktor Hollywood Brad Pitt sanggup merapikan janggut panjangnya dengan nilai yang agak tinggi iaitu US$150.

Bintang Inglourious Basterd ini sepeti layak memegang watak di filem Pirates Of The Caribean. Perunding rambut selebriti, David Babaii ditugaskan untuk menjaga dan merapikan janggut aktor ini sebelum penampilannya di khalayak.

Menurut website Neil George Salon, layanan merapikan rambut ini dimulai dengan harga dari US$150. Seperti dipetik Splash News, Babaii juga memberitahu bahawa turut memberi dandanan kepada pasangan aktor ini iaitu Angelina Jolie.

Madonna Melabur Dalam Perusahaan Air Kelapa.. US$ 1.5 juta.. WAW!!!

ARTIS terkenal Madonna melabur US$1.5 juta untuk perusahaan air kelapa. Penyanyi seksi ini mula jatuh cinta dengan minuman air kelapa semasa menjalani 'Sticky & Sweetworld' tour.

Madonna bersama pengurusnya Guy Oseary, telah membeli saham di New York perusahaan yang berpaksikan Vita Coco, penjual minuman trendi terbaru di seluruh Amerika Syarikat.

Madonna dan Oseary sepakat bekerja sama dalam bisnes air kelapa dan kelapa hijau.

Menurut rencana, Madonna juga akan mengajak bintang lain untuk bekerja sama dalam usahanya. Mulai dari Matthew McConaughey, Demi Moore, dan Anthony Kiedis 'Red Hot Chili Peppers' dalam skala yang lebih kecil.

Penyanyi Material Girl, yang terkenal dengan pakaian ketat dengan gaya hidupnya ini dilaporkan mulai membuat jus kelapa kesukaannya yang menghilangkan dahaganya semasa konsert sepanjang 2009 lalu.

Depp Bakal Menghasilkan Dokumentari Keith Richards

PELAKON terkenal, Johnny Depp yang menerima lampu hijau daripada Keith Richards bakal mengarahkan dokumentari mengenai lagenda rock itu.

Projek ini adalah yang pertama selepas Depp mengarahkan The Brave pada tahun 1997.

"Saya begitu teruja selepas Keith memberi persetujuan untuk merakamkan dokumentari tersebut kepada audien, " katanya.

Depp dan Richards yang sudah lama berkawan, turut berlakon sama dalam filem "Pirates of the Caribbean: At World's End".

Dalam filem tersebut, Richards memegang watak sebagai bapa kepada Depp.

Gelaran Datuk: Saya Masih Chef Wan Yang Sama!!! eh salah pulak.. Datuk Chef Wan..

GELARAN Datuk yang dianugerahkan kepada personaliti terkenal, Chef Wan sempena hari Wilayah Persekutuan hari ini, memang tepat pada waktunya dan sesuatu yang sudah lama overdue.

Malah, di kalangan artis dan kenalan selebriti Chef Wan sendiri, ada yang melahirkan rasa terkilan dan kekecewaan bila Chef Wan selalu menolak untuk menerima anugerah seumpama ini pada tahun-tahun sebelumnya.

"Wan terharu dan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi anugerah yang tinggi ini pada Wan. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala kebaikan.

"Sebenarnya, anugerah ini menjadi satu suntikan untuk Wan mencabar diri memberi yang terbaik, mempromosi Malaysia in a big way. Dan anugerah ini juga dapat mempermudahkan Wan melakukan sesuatu yang baik dan mendapatkan kerjasama dengan semua agar dapat meneruskan usaha Wan selama ini," jelas Chef Wan ketika dihubungi selepas raptai pengurniaan pingat kebesaran diraja semalam.

Bagi tukang masak terkenal ini, anugerah ini juga sebagai satu peringatan bahawa segala pengorbanannya selama ini berbaloi.

"Kalau Allah izinkan, macam mana sekali pun kita akan dapat apa yang kita hajati. Selama ini, memang Wan akui pernah ditawarkan anugerah Datuk dari empat buah negeri tapi Wan menolaknya dengan baik," kata Chef Wan jujur.

Menurut chef yang peramah dan baik hati ini, hanya satu saja alasan yang membuat dia menolak anugerah seperti ini pada masa-masa lepas. Dia hanya mahu dikenali dengan panggilan Chef Wan saja.

"Dalam hati saya hanya ingin menjadi 'Chef Wan'. Saya ingatkan biarlah orang ingat saya sebagai Chef Wan saja, itu sudah memadai kerana sebenarnya saya takut untuk wujudkan jurang antara peminat dan saya," kata selebriti berusia 52 tahun yang telah mengabadikan 25 tahun keringatnya untuk dunia masakan.

Seperkara yang membuat Chef Wan tidak mampu menolak lagi anugerah pada kali ini bila ibunya merayu agar menerimanya saja.

"Setelah saya memberitahu mak yang saya tidak mahu menerima gelaran 'Datuk', mak telah datang ke katil saya lepas subuh satu pagi, sambil merayu...'Wan, mak dah tua. Mak dah tengok dengan mata mak sendiri betapa susah Wan berkorban bertahun-tahun lamanya, promosi negara berhabisan, berpeluh-peluh, sakit-sakit dan berendam air mata. Mak nampak sendiri macam mana ada yang hendak jatuhkan Wan tapi semangat Wan kuat dan Tuhan sudah menentukan ni lah anugerah buat Wan atas segala pengorbanan dan kesabaran Wan di dunia ini. Mak tak nak bila mak mati nanti, mak rasa terkilan tak dapat tengok anak mak jadi Datuk. Tunaikanlah impian mak dan ayah, juga ribuan peminat Wan. Mari ambil surat tu dan sign sekarang, kalau tak mak tak nak pergi dari sini'," kata Chef Wan mengimbas kembali kata-kata ibu tercinta.

Selepas mendengar kata-kata nasihat dari ibu barulah Chef Wan rasa lebih bersemangat dan bersedia untuk menerima pingat kebesaran diraja yang membawa gelaran Datuk itu.

Chef Wan juga terpaksa akur rupa-rupanya Allah mahukannya mendapat anugerah itu walau bagaimana cara sekali pun.

"Lagipun, sesuatu kejayaan itu lebih bermakna bila kita langsung tidak mengharapkan apa-apa. Jadi bila kita dapat, kemanisannya lain sikit. Ini terbukti dengan kejayaan saya mendapat Fellowship Award dari Thames Valley University Of London, Anugerah dari Raja Majapahit dan The Best Celebrity Chef In The World di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009.

"Semua pengiktirafan ini terselit keindahan dan kemanisan memorinya tersendiri bila saya dapat satu demi satu pada fasa terakhir karier saya. Semua ini membuat saya rasa cukup bersyukur," kata ayah penyayang kepada aktres Serina dan Chef Riz ini.

Namun, jika ada kenalan yang sudah mesra menyapanya dengan Chef Wan, itu yang sebaik-baik baginya.

"Dalam hati, saya tetap Chef Wan. Lagi besar harapan yang diletakkan ke atas bahu saya, lagi kerdil saya rasa di sisi Tuhan. Tidak ada apa yang kekal di dunia ini waima gelaran sekali pun. Bila kita mati, kita hanya menghadap Tuhan dengan amalan kita. That has always been my reality check dan membuat Wan rasa rendah diri," jelas Chef Wan yang sedang giat menyiapkan manuskrip ensiklopedia masakan Melayu.

Chef tersohor ini juga bakal menubuhkan sebuah akademi masakan bertaraf dunia yang diberi nama 'C.A.C.A' (Chef Wans Asian Culinary Academy) untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar memasak. Beliau juga sudah pun menandatangani MOU dengan Taylors College Universiti dan kini di peringkat akhir menyiapkan modul khas pelbagai masakan Asia.

Akademi ini akan siap beroperasi di Taylors College School of Hospitality bertempat di Sunway Petaling Jaya pada pertengahan tahun ini.

Kami Tak Perlu Bantuan Bintang Realiti: Noh

KEBANJIRAN penyanyi dan band indie seperti Yuna, Hujan, Bunkface, Grey Sky Morning, Couple dan Bunkface sedikit sebanyak mengubah senario industri hiburan tanah air. Bakat dan kebolehan mereka berkarya ternyata mendapat tempat di hati peminat hiburan mainstream.

Bagaimanapun, ada suara-suara sumbang mengatakan populariti mereka telah dibantu oleh bintang-bintang realiti TV yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Lagu-lagu dari band Hujan seperti Aku Scandal dan Dan Sebenarnya daripada Yuna sering dinyanyikan oleh bintang-bintang dari program realiti TV.

Hal tersebut disangkal sekerasnya oleh Noh, vokalis kumpulan Hujan dan menganggap bintang realiti tidak membantu dalam perjuangan muzik mereka.

"Saya sangat terasa bila ada bintang realiti yang kata kami (indie) popular kerana bintang-bintang realiti TV membawakan lagu-lagu kami ketika pertandingan.

"Band indie ada pengikut sendiri, pengikut kami setia berbanding dengan pengikut-pengikut bintang realiti yang silih berganti setiap musim.

"Kami tak kisah jika mereka tak bawa lagu-lagu kami dan kami tidak perlukan mereka untuk popular. Bagi saya bintang realiti ini hanya 50 peratus sahaja yang membantu melahirkan artis yang berkualiti, selebihnya hanya jadi lambakan sahaja.

"Kami bermula dari bawah untuk memperjuangkan muzik, bukan semudah macam mereka, saya rasa Yuna tetap popular kalau pun lagu Dan Sebenarnya tidak dibawa oleh bintang realiti TV," ujar Noh dengan nada kesal.

Namun begitu, menurut Noh, dia tidak menafikan bakat beberapa artis kelahiran program realiti yang boleh dibanggakan.

"Bukan semua bintang realiti tidak bagus, ada beberapa yang boleh dibanggakan. Aizat contohnya, walaupun tidak menang tapi bakatnya memang sangat mengagumkan," ujar Noh yang kini dalam proses pembikinan album terbaru Hujan.

Berduet dengan Mizz Nina

Sementara itu, Noh yang sedang hangat bercinta dengan penyanyi jelita Mizz Nina iaitu anggota kumpulan Teh Tarik Crew, kini sedang sibuk menyiapkan lagu kolaborasinya yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Mizz Nina.

"Buat pertama kali saya akan menyanyi secara berduet, lagu dah hampir siap tapi belum ada tajuk lagi. Dia juga nampaknya bersungguh-sungguh untuk album ini.

"Dia ambil kelas vokal dan belajar kelas tarian sebab album kali ini lain dari genre yang dia bawa dulu," ujarnya.

Ketika ditanya tentang hubungan cintanya, Noh mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi gadis jelita bernama Shazrina Azman itu.

"Saya senang berkawan dengan Mizz Nina, mulanya saya ingat dia susah nak berkawan tapi dia seorang yang sempoi dan boleh berkawan dengan kawan-kawan saya juga," katanya yang sentiasa memberi sokongan kepada kekasihnya itu.

Dalam pada itu, Hujan juga dalam persiapan untuk mengadakan persembahan undangan di konsert Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Hattan: Saya Penyanyi Rock Sejati


PERJUANGANNYA dalam bidang seni suara yang mencecah 25 tahun kini membuktikan Hattan tidak membuat keputusan salah dalam hidupnya dengan memilih jalan untuk bergelar anak seni.

Pemilik nama Mohd Sukri Shahabuddin atau lebih dikenali Hattan ini mengakui selagi jasadnya dikandung badan, selagi itulah dia akan tetap dengan kariernya sebagai penyanyi.

"Saya ni penyanyi rock sejati, saya hanya akan berhenti menyanyi selepas mati," katanya dengan nada tegas ketika dihubungi mStar Online.

Cintanya terhadap bidang muzik tidak dapat disangkal lagi, tambahan pula dia kini bakal tampil dengan buah tangannya yang terbaru bertajuk Indrawala pada bulan ini.

Menariknya, albumnya yang terbaru ini merupakan albumnya yang ke-13.

Ditanya mengenai kehadiran pendatang-pendatang baru dalam industri muzik tanah air seperti cendawan selepas hujan ini, Hattan ternyata begitu kecewa kerana kebnayakannya hanya ingin meraih populariti tanpa sikap juang dan keikhlasan dalam bidang tersebut.

"Kita mesti perjuangkan muzik dan kena ikhlas, bukannya semata-mata nak dapat glamor," katanya.

Menurut penyanyi rock yang popular dengan lagu Memburu Rindu ini, tidak ramai penyanyi yang sebenarnya berbakat kerana kebanyakannya menang disebabkan mendapat undian daripada sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perkara sebegini cukup jelas dapat dilihat.

"Hanya 10 orang daripada 100 orang yang berbakat, itupun tidak kekal lama dalam industri," katanya.

Bagaimanapun, Hattan turut mengakui terdapat beberapa artis baru yang mempunyai bakat besar dalam industri seperti Jacklyn Victor, Stacy, Aizat dan beberapa orang lagi.

"Sedih sangat, industri kita kecil, penyanyi berbakat dan ikhlas masuk dalam industri ini sangat kecil," katanya dalam nada kecewa.

Bapa kepada Adam Eiman ini turut mengakui bakat dan rupa mesti diseiringkan jika ingin bergelar seorang penyanyi dan bukan bergantung kepada rupa atau hanya mengejar glamor, sebaliknya mereka mesti berusaha lebih untuk berjaya.

"Package kalau boleh kena juga ada, tapi yang pentingnya bakat dan kesungguhan serta ikhlas untuk menjadi penyanyi, itu yang penting," katanya.

Dalam pada itu, Hattan memberitahu seseorang yang bagus dalam nyanyian dapat dibuktikan jika penyanyi itu mampu bertahan lama dalam industri muzik.

"Tengok penyanyi-penyanyi lama seperi Jay Jay, Jamal Abdillah, Amy Search, mereka tetap digilai peminat sebab mereka bagus," ujarnya.

Hattan berpendapat penyanyi sekarang tidak dapat bertahan lama kerana kebanyakannya berkiblatkan muzik dari negara jiran, Indonesia.

"Golongan penyanyi seperti ini dianggapnya takut kepada bayang-bayang sendiri. Kitasepatutnya mesti ada identiti sendiri, jika kita tiada pengangan sendiri, memang patut tidak kekal lama," katanya.

Hattan mengakui terdapat beberapa kumpulan Indie yang bagus dalam industri seperti Meet Uncle Hussain dan Bunkface.

Dia menasihatkan segelintir individu yang mahu menjadi penyanyi supaya nekad untuk menjadi penyanyi yang bagus dan terbaik tidak mengira genre muzik yang dipilih.

"Menyanyi biar bagus, tak kisah la dangdut, balada, rock, irama Malaysia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hattan turut memberitahu anak lelakinya Adam Eiman, 12, juga berbakat dalam bidang nyanyian dan bakal keluar dengan singlenya pada Mac depan.

Shah Rukh Khan Benci Stokin Berwarna Coklat

BINTANG terkenal Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) adalah seorang yang cukup mudah mesra. Walaupun kadangkala nampak seperti seorang yang sombong, SRK sebenarnya seorang yang suka menyendiri dan mempunyai tabiat yang aneh.

Antara tabiatnya yang berbeza ialah SRK cukup mengambil berat tentang stokin yang dipakainya.

"Saya seorang yang amat prihatin tentang stokin. Stokin perlu berasa selesa di kaki saya. Saya boleh terlepas kapal terbang jika stokin yang saya pakai tidak sesuai atau salah.

"Saya tidak boleh pakai stokin nylon dengan kasut biasa.

"Saya juga akan terganggu di lokasi penggambaran kalau stokin saya salah. Saya benci stokin berwarna coklat dan stokin yang berwarna warni," jelas SRK di satu temuramah dengan majalah GQ.

Temubual itu akan dimuatkan di dalam keluaran bulan Februari majalah tersbeut.

Bintang berusia 44 tahun itu juga bercerita tentang kesunyian dalam temubual tersebut. "Ramai yang melihat saya dari luar akan menganggap saya sebagai seorang manipulator, tidak berminat, aneh, menyendiri dan sombong. Tapi mereka yang kenal saya akan tahu sebenarnya.

"Ada ketikanya saya rasa betul-betul kesunyian di dalam. Memang itulah saya sebenarnya.

"Saya tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan kerana saya takut kehilangan. Saya kehilangan kedua ibu bapa saya dan itu membuat saya bimbang andai kata saya kehilangan orang-orang yang saya sayang.

"Di usia 44, saya masih mempunyai kelemahan dari segi sosial dan emosi," jelas SRK yang akan dapat dilihat di dalam filem terbarunya, "My Name is Khan", yang akan ditayangkan pada 12 Februari.

Filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini menceritakan kisah seorang hero Rizvan Khan (dibawa oleh SRK), melalui jalan sukar ke Amerika untuk mendapatkan semula kasih hatinya, Kajol. Sepanjang perjalanan itu, keluhuran peribadinya yang mulia membuat ramai orang tersentuh.

Ameng Masih Diterima Peminat...

KERANCAKAN aliran industri muzik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa menyebabkan segelintir artis berkumpulan memilih untuk bergerak secara solo.

Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminudin Wan Ismail yang pernah menjadi vokalis kumpulan Spring kini antara artis yang masih kekal berentap di pentas seni suara tanah air secara solo.

Walaupun tidak lagi bersama kumpulan yang pernah melonjak namanya, namun Ameng mengakui dirinya masih diterima peminat terutamanya yang sudah lama mengikutinya.

"Saya masih guna nama Ameng Spring, Alhamdulillah saya masih banyak terima tawaran menyanyi sehingga ke hari ini," ujarnya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Menurut anak kelahiran negeri Terengganu ini, albumnya yang terbaru Terima Kasih yang sudahpun berada dipasaran sebulan lalu turut menampilkan kepelbagaian irama, antaranya irama Arab, Latin, dan Parsi.

Namun begitu, menurut bapa kepada tiga orang anak ini, dia tetap tidak pernah melupakan irama pop asli di dalam album terbarunya itu.

"Album saya yang terbaru ni ada pelbagai irama, tapi pop asli jiwang tetap ada,' katanya sambil tersenyum.

Ameng yang ditemani isteri dan dua anaknya semasa mengikuti program Suria FM tersebut memberitahu, lagu terbarunya yang berjudul Kesalanku adalah ciptaan sepenuhnya sifu M.Nasir.

Walaupun mengakui zaman kegemilangannya semakin hilang, namun Ameng tetap tidak pernah sesekali mengalah tetapi semakin teguh memperjuangkan kariernya sebagai penyanyi.

"Abang akan teruskan menyanyi, sekarang ini, sepenuh masa abang menyanyi," katanya.

Ameng yang pernah mempopularkan lagu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, berkata dia sebenarnya banyak menerima tawaran menyanyi tetapi kebanyakannya adalah untuk majlis-majlis korporat dan makan malam terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa hadapan, Ameng memberitahu dia bakal membuka butik pakaian untuk disewa terutamanya untuk artis dan majlis-majlis tertentu.

"Ada juga perancangan untuk buka butik dan cafe yang menggunakan nama Spring Garden Cafe," katanya.

Dalam pada itu, Ameng memberitahu dia juga akan mengadakan konsert secara live di Johor Baharu, tetapi tidak pasti tarikhnya lagi. Sementara itu, Anggota asal Kumpulan Spring sejak 1987 adalah terdiri daripada Ameng sebagai vokalis, Acong (dram), Empy (gitar bass), Iskandar (gitar 1) dan Zahar (gitar 2).

Trademark kumpulan Spring adalah lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsep balada rock dan pop komersial.

Manakala, album Kumpulan Spring pula adalah Sejiwa (Album pertama), Sampai Hati, Bourgenvilla 1994, Pujaan Gemilang 1995, Jujur 1995, Spring 5 1996 dan Hati Mahu Baik (Album ke-14) pada tahun 2001.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes