Zoey Rahman, Diana Amir mesra-mesra ..

Gambar pasangan yang masih samar-samar lagi statusnya Diana Amir dan juga Zoey Rahman ni diambil ketika mereka berdua menghadiri sebuah majlis ulangtahun media baru-baru ini. Zoey Rahman dan Diana Amir kelihatan nampak begitu mesra dalam gambar ini namun soalan hubungannya mesra itu diajukan kepada Diana, dia tetap mennafikannya, Diana cuma mengakui dirinya dan Zoey cuma kawan biasa sahaja. Namun Zoey nie sebelumnya terkenal dengan aksi-aksi mesra dengan kawan-kawan pompuan yang lain.


sumber dari izyan.com

Puteri Sarah Liyana Yang Sentap Dengan Poster Filem Lu Fikirlah Sendiri.. marah betul artis nie.


puteri sarah liyana

Perghhhhhh ~~ Respek kami ngan Puteri Sarah Liyana nie. Selamba kodok jer dia meluahkan perasaan sentap dan tak puas hati dia pasal poster filem Lu Fikirlah Sendiri. Baca punya baca, kami pun akui yang kalau kami jadi Puteri Sarah Liyana kami akan sentap jugak. Iyerlah, kita jadi pelakon utama. Tup-tup kat poster filem muka kita setempek kecik pun tak ada. Sapa tak panas kan?

Si Mila yang dalam poster kat atas tue berlakon 6 babak jer . Secara logiknya Puteri Sarah Liyana yang jadi awek @ watak utama dalam filem nielah yang kena ada dalam poster filem tue kan? Apahal langsung tak ada muka dia? Adakah penerbit filem tue takut dengan kontroversi gambar aksi cium Puteri Sarah Liyana dulu?

Apa-apa pun kami respek ngan Puteri Sarah Liyana yang berani mengeluarkan suara untuk menegakkan hak dia. Ini yang kita mahu dengan artis Malaysia. Tak adala nak ikut telunjuk jer. Bak kata orang, berani kerana benar. Dan pendapat kami dalam hal nie, apa yang Puteri Sarah Liyana buat adalah benar belaka.

sumber dari beautifulnara.com

Anda Wajib Tonton Adnan Sempit Walaupun Anda Bukan Mat Rempit

review filem adnan sempit

Mulanya kami agak skeptikal dengan filem Adnan Sempit nie. Mesti tipikal cerita mat-mat rempit. Tapi pas member-member kitorang cakap best gile babeng cerita nie, kami pun try la pergi tengok. Beratur panjang gak nak tengok citer padahal time tengah malam. Mesti best gile cerita nie sampai ramai sangat nak gi tengok.

Start-start jer cerita nie kami dah bantai gelak tak hengat. Superb gile lawak dia. Bermula dengan lawak “Chikaro” dan lawak “Di mana ada kemahuan di situ ada highway”, mata kami dah mula berair sebab gelak tak hengat. Sumpah lawak gile mamat Shaheizy Sam nie. Power beb dia berlakon.

Tapi part paling best ialah bila si Adnan nie cakap “walaupun muka saya brutal, tapi dalam hati ada taman”. Wakakak. Hampir-hampir tertonggeng kami gelak. Memang tak boleh blah lawak dia. Dari awal sampai habis kami gelak tak hengat. Dah tak kisah dah orang sebelah nak cakap apa.

Kesimpulannya kepada mereka-mereka yang belum tengok cerita Adnan Sempit nie, silalah pergi tengok. Kalau cerita Avatar korang boleh tengok 2 3 kali, takkan filem Malaysia sebest nie korang takleh pergi tengok sekali pun. Dari 10 bintang kitorang kasik 9.5 bintang.

Supportlah filem tempatan yang best!!!

sumber dari beautifulnara.com

Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’... jom bace article panjang nie..

EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.

“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.

“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.

Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.

Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.

“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.

“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.

“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.

Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.

“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.

“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.

Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.

“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).

“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.

Kalau Nak Saman, Samanlah Saya Tak Kisah - Mastura.. tak abis-abis ngan saman.. best sangat ke menyaman orang..

MASTURA Bakar, bekas madu penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris tidak pernah berniat untuk mengaitkan nama selebriti itu dalam kes tuntutan fasakhnya.

Kata Mastura, bukan niatnya untuk mengguris hati Noraniza, jauh sekali untuk memalukan penyanyi itu.

Wanita berusia 24 tahun semalam telah berjaya mendapat cerai fasakh daripada bekas suaminya, ahli perniagaan Datuk Mohammad Mustafa Idrus setelah mengharungi pahit getir berumah tangga selama tujuh tahun lamanya.

Ibu kepada tiga orang anak ini, didakwa telah mengaitkan nama Noraniza dalam prosiding mahkamah dan secara tidak langsung menceritakan masa silam yang mengaibkan diri dan keluarganya.

Dalam nada tenang, Mastura berkata, dia bersedia menghadapi tindakan undang-undang daripada penyanyi itu.

"Saya tidak ada masalah sebelum ini dengan dia(Noraniza). Dia ada hantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada saya marah-marah. Dia kata saya telah mengaibkannya kerana sebut nama dia di mahkamah dan dia tak kasi saya sebut lagi.

"Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini.

"Kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah...," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui di luar mahkamah selepas mendengar keputusan membenarkan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan cerai tersebut akan berkuatkuasa hari ini setelah Datuk Muhamad Mustaffa gagal hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peluang terakhir.

Sementara itu, Mastura turut menzahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan keputusan penceraian tersebut.

"Saya tak tahu nak cakap apa, perasaan bercampur baur, sedih, gembira dan terkejut. Namun saya lega dan bersyukur dengan keputusan tersebut," ujarnya yang kini telah bekerja di Cheras.

Menurutnya lagi, berkenaan hak penjagaan anak (khadanah) dan harta sepencarian akan diselesaikan secara baik dengan bekas suaminya itu.

"Saya akan buat tuntutan khadanah dan harta sepencarian, kalau boleh biarlah dapat diselesaikan secara baik kerana saya tidak mahu membabitkan mahkamah lagi," katanya.

Mastura sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustafa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.

Mohamad Mustaffa sebelum ini sudah berkahwin dengan dua wanita termasuk warga Indonesia dan mempunyai tiga lagi bekas isteri yang sudah bercerai iaitu Noraniza Idris, Norazni Arifin dan Rosadah Abu Bakar

Dia juga mengaku merupakan isteri keempat kepada ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu.

Namun, wanita itu hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Bibah Songket Ambil Masa 6 Bulan Untuk Baju Pengantin Sheikh Muszaphar... lama nya proses wat baju pengantin beliau.. jom bace..

BIBAH Songket, jenama unggul yang menghasilkan songket tenun eksklusif dari Terengganu, bersetuju menaja busana pakaian persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan tunangnya Dr Halina Mohd Yunos, yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini.

Pengasas Bibah Songket, Habibah Zikri dari Habibah Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang menghasilkan songket tenun eksklusif ini, pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2007.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, songket yang akan dihasilkan itu akan mengikut citarasa dan konsep bertemakan 'Istana Kayangan' seperti yang telah ditetapkan oleh Sheikh Muszaphar dan perunding perkahwinan, Bill Bora.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, corak dan rekaan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

"Ibu saya akan turun dari Terengganu dua minggu lagi untuk mengadakan perbincangan selanjutnya dengan pihak Datuk dan Datuk sendiri.

"Kami sudah mengadakan perbincangan awal dan besar kemungkinan warna-warna perak, emas, unggu dan merah pulasan akan digunakan pada motif yang berkisar pada bulan, bintang dan cekerawala bagi menepati tema yang diminta," kata Sabrena yang menguruskan Kedai 'Bibah Songket' di Wangsa Maju.

Jelas beliau lagi, Sheikh Muszaphar bersetuju menggunakan rekabentuk yang moden serta motif bercirikan tradisional.

Masa yang diperuntukkan untuk busana songket ini adalah 6 bulan dan ianya akan ditenun di bengkel 'Bibah Songket' di Rusila, Marang.

"Untuk menghasilkan sepersalinan busana songket untuk seorang saja akan memakan masa 3 bulan. Kami jangkakan busana khas ini dapat dihasilkan dalam jangka masa 6 bulan," kata Sabrena yang enggan mengulas anggaran harga pakaian pentantin itu.

"Memang mahal tapi kami tidak mahu memberitahu berapa harga sebenar sepasang busana songket itu," kata gadis berusia 30 tahun itu.

Ketika ditanya Bill Bora, bagaimana persiapan perkahwinan 'bos'nya, Bill hanya memberitahu, "saya ada banyak berita gembira tapi belum masa untuk dihebahkan setakat ini."

"Banyak penaja yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadikan acara ini sesuatu yang cukup istimewa dalam lipatan sejarah.

"Namun kami terpaksa membuat pilihan yang tepat terutama soal penginapan dan lokasi acara tersebut.

"Banyak faktor harus diambil kira seperti protokal dan sekuriti kerana acara ini melibatkan 100 astronut dari luar negara, VIP, ahli-ahli politik, jemputan DiRaja dan ramai tokoh korporat. Jadi kami tidak boleh mengambil risiko," kata Bill yang juga seorang publisis.

Bill bukan saja bertindak sebagai pengurus dan perancang perkahwinan gilang gemilang ini tapi beliau juga bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

Tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

"Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri," jelas Bill, yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘Wedding Of The Decade’.

Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu, telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkahwinan Sheikh Muszaphar juga bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini. Persidangan yang dianjurkan setiap tahun itu pertama kali diadakan di Malaysia dan merupakan negara Asia kedua selepas Jepun pada tahun 1990.

Peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan Melayu di Malaysia.

Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

Untuk menunjukkan Sheikh Muszaphar sebagai anak Melayu

pertama ke angkasa lepas, beliau akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan Melayu lama.

Kata Bill lagi, persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan.

Banyak lagi unsur-unsur yang akan diselitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik.

Bill masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea Bill

telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal.

Lokasi majlis Kongres Angkasawan juga masih dalam perbincangan. Tempat tersebut perlu diadakan berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputan datang.

Bunga Yakin Ashraf Bukan Lelaki Jenis Cemburu

AKTRES Bunga Citra Lestari (BCL) begitu yakin suaminya, Ashraf Sinclair tidak mungkin cemburu jika melihat dia berlakon dengan pelakon tampan Chico Jerico dalam sinetron "Bayu Cinta Luna".

Kata Bunga, beliau tidak risau kerana yakin Ashraf bukan jenis lelaki cemburu.

"Alhamdulillah dia (Ashraf) kenal Chico, dan sekarang ini, dia bertambah kenal dengan Chico," jelas Bunga seperti yang dilaporkan laman kompas.com.

Menurut Bunga, penggambaran yang sudah berlangsung 100 episod itu tak pernah membuat Ashraf cemburu.

"Di lokasi penggambaran, Ashraf dan Chico saling bercerita dan punya rencana-rencana sendiri," kata Bunga.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu, 'Pernah Muda' itu selesa melihat perhubungan antara Ashraf dan Chico.

Malah dia berharap mereka berdua akan meneruskan persahabatan selepas ini.

"Saya harap mereka akan terus baik. Tidak ada jealous-jealous lagi. Mudah-mudahan mereka akan tetap baik-baik saja," ujarnya.

Simon Cowell Antara Terkaya Di Britain.. untung sape dapat mamat nie..

PENGKRITIK terkenal Simon Cowell beroleh kekayaan sebanyak 50 juta pound tahun lepas, sekali gus melayakkan dirinya menjadi antara lelaki terkaya di Britain.

Berita Simon termasuk dalam senarai orang kaya baru di Britain itu dipaparkan di majalah OK! baru-baru ini.

Dailystar.co.uk melaporkan tempat kedua diungguli oleh bintang rock Irish U2, diikuti oleh penyanyi terkenal Elton John, 62.

Menurut laporan itu, Elton mendapat kekayaan setelah menjadi artis residen di Caesar's Palace, Las Vegas.

Lain-lain personaliti yang turut disenaraikan di dalam 'Senarai 10 Orang Kaya' Britain ialah Anthony McPartlin, 34, Declan Donnelly, also 34, bintang lagenda Beatles Sir Paul McCartney, 67, dan bintang filem Ewan McGregor, 38. 10.

Noh Hujan Bercinta Dengan Mizz Nina Dari Teh Tarik Crew?


noh hujan mizz nina

Semua orang kenal kot siapa itu Noh Hujan. Tapi siapa pulak Mizz Nina yang digosipkan bercinta dengan Noh? Ok kami akui kami pun blur dan tak kenal siapakah Mizz Nina nie. Awal-awal ingatkan minah Salleh mana sebab nama pun Mizz. Rupa-rupanya orang Malaysia daaa.(mungkin dia lahir kat oversea)

Dari sumber-sumber yang kami boleh dipercayai, Mizz Nina nie adalah salah sorang dari ahli kumpulan Teh Tarik Crew. Teh Tarik Crew ataupun lebih pemes dengan nama singkatan TTC nie jenis kumpulan ala-ala rap kalau tak silap kami. Tambah best, Mizz Nina nie merupakan anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim.

Ingat tak lagi dulu time AJL24 ada bisikan yang menyatakan Noh Hujan berjalan romantis berpegangan tangan dengan seseorang? Kami tak sempat nak cover cerita tue tapi mungkinkah seseorang yang dimaksudkan itu adalah Mizz Nina nie? Kalau betul, kami nak ucapkan tahniah kepada Noh sebab akhirnya dah ada makwe dah selepas clash dengan awek lama dulu.

Benar atau tidak gosip nie kita tunggu apa kata Noh. Rasanya tak lama lagi pasti dia akan buat kenyataan pasal hal nie. Tunggu dan lihat sajalah.

P.S: Ada pemerhati di forum gosip CARI kata JAIS tengah ushar baik punya gerak geri si Noh nie. Katanya selalu tidur di rumah kekasih dia. Kami rasa nie tak betul kot. Mungkin ada orang mendengki dengan Noh dan Hujan yang semakin popular sekarang.


sumber dari beautifulnara.com

Khabar Angin 'Kematian' Johnny Depp Buat Laman Web Sesak

BEBERAPA laman web gosip menjadi tidka tentu arah bila berita kononnya pelakon terkenal Johnny Depp mati dalam kemalangan jalan raya.

Berita yang dimuatkan itu disyakki perbuatan beberapa orang dajal yang cuba menimbulkan huru hara di internet dengan menyiarkan berita palsu itu.

Dalam laporan palsu yang dimuatkan di dalam sebuah laman web itu, 'kemalangan' itu kononnya berlaku di Bordeaux, France, dan terdapat gambar seolah-olah kemalangan itu benar-benar berlaku.

Laporan tersbeut juga turut melaporkan yang bintang 'Pirates of the Caribbean' terbaring di tepi jalan kerana mabuk.

"Polis mengesyaki penyebab kematian Johnny ialah kerana lebihan alkohol," demikian menurut The Daily Star melaporkan.

Laman Twitter penuh sesak dengan peminat-peminat menghantar laporan palsu itu.

Sejurus selepas itu, peminat-peminat Johnny berkabung dan meninggalkan ucapan takziah menyebabkan sebuah laman mendapat sebanyak 13 juta hits.

Pakar komputer berkata 'kematian' Johnny menjadi carian yang paling dapat popular di dunia ketika laporan palsu itu dikeluarkan.

Namun, petang kelmarin, bintang terkenal berusia 46 tahun itu membuat kenyataan, "Saya masih hidup dan sihat."

Berita ini pula disambut oleh kenyataan jurucakapnya Robin Baum.

"Betul, Johnny sihat...," kata Robin.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes