Wain & Lagak 'Puan Besar' Penyanyi Dalam Penerbangan Kelas Ekonomi

ADA cerita lucu pasal penyanyi wanita yang kuat 'berangan' ni. Panas betul telinga dengar sikap penyanyi berstatus janda ni. Tak sudah-sudah dengan peel diva tak bertempat.

Baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari utara tanah air ini buat hal ketika dalam penerbangan pula. Menurut cerita, penyanyi ni hanya naik Kelas Ekonomi tapi permintaannya mengalahkan penumpang Kelas Pertama.

Sudahlah berlagak diva, lepas tu boleh pula nak minta wain. Wah, kau ingat kau rambut 'blonde' dengan tona kulit persis Beyonce, kau fikir kau orang putihlah ya?

Walaupun kau naik penerbangan itu dengan beberapa kawan kau yang duduk di Kelas Bisnes, itu bukan 'lesen' untuk kau dapat servis macam Kelas Bisnes. Faham-faham sendiri jelah hakikat itu.

Kalau hanya mampu duduk di Kelas Ekonomi, sedar-sedarlah diri. Takkan kau tak tahu minuman macam tu disediakan untuk penumpang Kelas Bisnes ke atas sahaja.

Orang sudah bagi sekali, nak minta banyak kali pula! Tak cukup dengan tu, minta itu dan ini pada pramugara yang bertugas.

kita faham, memang tugas mereka untuk layan penumpang tapi kalau dah minta macam-macam dengan mimik muka kau ala 'Madam Besar', siapa tak 'angin'!

Kau ingat kau artis, kau boleh buat orang lain macam kuli ke. Timbang rasalah sikit. Tak rugi pun berbudi bahasa dengan orang sekeliling.

Kalau fresh orange yang kau minta, satu hal juga. Ini tidak, berangan nak minta wain. Kau tu artis, dikenali ramai, orang Islam pula tu! Takkan nak bangga dengan perangai macam tu?

Ini bukan kali pertama kita dengar peel diva tak bertempat kau ni. Kesian kita tengok kau. Bawa-bawalah berubah. Umur kau pun bukan makin muda.

Yang penting, kalau sekali pun minuman keras tu memang minuman ruji kau, takkanlah tak boleh kawal diri bila berada di tempat awam. Apa yang nak bangga pun, kita tak tahu.

zip..: Pelik dengan gelagat segelintir artis yang bangga bila buat perkara yang tidak baik.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes