Julia Ziegler Mengaku Mandi Wajib Selepas Balik Penggambaran .. berani dan tak tahu malu..


Kerana lakonannya yang sering membawa watak nakal, Julia sering dicop perampas kekasih. foto The Star Oleh Azman Ghani

BUKAN mudah menjadi wanita cantik dan dikenali. Segala gerak geri sering menjadi perhatian umum, malah lakonan-lakonan berwatak nakal kadangkala memberi kesan kepada aktres jelita, Julia Ziegler daripada pandangan umum masyarakat.

Gadis berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman diserang seorang perempuan di sebuah restoran mengajarnya lebih berhati-hati untuk bergaul mesra dengan lelaki yang kurang dikenali.

"Saya pernah diserang oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Ketika itu, saya baru sahaja keluar dari gym. Perempuan tersebut tak semena-mena panggil saya perampas sebab cuba mengurat kekasih dia, sedangkan saya pun tak tahu siapa kekasih dia. Tapi saya difahamkan kekasihnya adalah seorang dari instructor di gym tersebut.

"Memang ketika itu saya minum dengan empat orang instructor saya, tak tahu la yang mana satu kekasih perempuan tu," ujarnya yang mengakui belum menemui cinta hati selepas dikaitkan dengan Pierre Andre.

Menurut Julia, dia tidak mahu lakonan-lakonan nakalnya di dalam drama dan filem ditafsirkan kepada realiti sebenar.

"Saya tidak mahu dicop perampas atau player kerana lakonan saya. Memang saya nakal dulu tapi tak pernah rampas kekasih orang. Setakat nakal-nakal biasa saja," kata anak kacukan Melayu - Jerman ini.

Pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler juga memberitahu dia kini lebih menjaga tingkah laku, percakapan dan pemakaian ketika berada di tempat umum bagi menjaga hati peminatnya.

"Saya sedar peminat-peminat saya kebanyakannya dari kalangan makcik-makcik, jadi saya perlu jaga pemakaian, tingkah laku dan percakapan bila berada di luar. Lagi pun kawan-kawan mama juga ada yang tegur supaya pakai yang elok-elok. Bagus juga, ini salah satu perubahan kearah kebaikan," ujar bintang drama Susuk ini.

Mandi Wajib Lepas Penggambaran

Julia yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudulCrayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim.

"Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Saya buat filem ini untuk tujuan amal," kata Julia yang menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini.

Selain itu, dia memberitahu sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.

"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes