Aktres Gatal Selamba Buat Aksi Mandi-Manda .. siapa ?? jom teka..
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Memang sejak dulu pun, ramai teman-teman industri sudah tahu perangainya yang kemaruk seks dan 'kaki' bertukar lelaki. Malah, dia juga pernah bercinta bagai nak 'rak' dengan dua aktor popular tanah air sebelum ini.
Kes bercinta dan putus itu satu hal lah, yang tidak sedap di dengarnya si aktres bertubuh seksi ini pantang nampak lelaki. Habis semuanya 'disebat'. Tidak cukup dengan lelaki tempatan, jejaka-jejaka antarabangsa pun turut menjadi pemuas nafsunya.
Baru-baru ini, satu sumber mengadu tentang aktres tidak senonoh ini. Sumber itu yang secara kebetulan bertugas di bahagian housekeeping di blok kondominium tempat tinggal si aktres itu sudah naik menyampah dan meluat dengan aksi galak si aktres tu.
Sudahlah kerap bertukar lelaki, tidak tahu malu langsung dengan orang keliling. Kata sumber Ad Lib itu, setiap kali dia datang mengemaskan rumah aktres 'gatal' itu, pasti dia terpaksa menyaksikan aksi manja dan miang aktres itu bersama pelbagai lelaki.
Aktres itu juga dikatakan mandi bersama skandal-skandalnya dan melakukan aksi-aksi yang lebih daripada itu lagi. Rasanya tidak perlulah Ad Lib nak huraikan lebih terperinci apa lagi yang dilakukan oleh aktres itu.
Perangai tidak senonoh artis tu seakan menidakkan kewujudan pencuci yang mengemas di rumahnya. Dengan aksi tidak senonoh dan tanpa segan-silu, aktres itu terus hebat dan bangga 'beraksi' sebegitu sehingga ke hari ini.
Beristighfar panjang sumber Ad Lib itu setiap kali terpaksa mengemas rumah aktres itu. Tapi hendak buat macam mana, sudah kerja kan, terpaksa jugalah diredahnya walaupun hati dan mata tak sanggup lagi melihat perangai melampau aktres itu.
sumber dari ad Lip.. mStar online...
0 comments:
Post a Comment