Kisah Ketaksuban Hukum Karma Dalam 'My Name Is Earl' Di ntv7

KEPERCAYAAN terhadap hukum karma yang boleh diatasi dengan membetulkan segala kesalahan pada masa silam merupakan premis asas siri NBC terkenal 'My Name is Earl'.

Drama yang pernah menggondol beberapa anguerah hebat ini kembali dengan Musim Keempat dan penonton berpeluang menyaksikan tayangan perdananya di Malaysia menerusi ntv7 pada 21 Februari 2010 dari 11.30 malam hingga 12.00 tengah malam.

Walaupun kelihatan kurang cerdik, Earl Hickey (Jason Lee) merupakan seorang yang cukup pintar - dan dalam siri yang telah berusia empat tahun ini, seperti namanya, Earl mempunyai suara dan gaya tersendiri yang cukup unik.

Jaime Pressly.

Ciptaan dan hasil garapan pemenang Anugerah Emmy ® iaitu Greg Garcia, My Name is Earl diterbitkan oleh Garcia serta Bobby Bowman.

Sehingga kini, komedi ini telah memenangi Anugerah People’s Choice, dua Anugerah Television Critics, Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Terbaik Kumpulan dalam siri Komedi dan Anugerah Emmy ® untuk penulisan, arahan, pemilihan pelakon dan suntingan.

Sebelum ini, Earl merupakan seorang penjenayah kecil, yang tidak pernah menempa sebarang kejayaan dalam hidupnya. Segalanya berubah apabila dia memenangi loteri sebanyak 100,000 Dollar Amerika Syarikat.

Namun, Earl ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menyambut kemenangannya dan dia kehilangan tiket loteri tersebut.

Susulan dari tragedi berkenaan, dia mendapat petunjuk dan mula mempersoalkan mengenai karma yang menimpanya. Dia mula memikirkan mengenai tingkah-lakunya dan hidupnya yang tidak pernah maju selama ini.

Seterusnya, Earl bertekad untuk memulakan hidup baru dalam siri drama 27 episod ini.

Mengingati kembali individu-individu yang pernah disakitinya, dia berazam untuk menjejaki mereka dan membetulkan segala kesalahannya. Dia turut menulis senarai yang mempunyai lebih 250 kesalahan lampaunya, dan dengan bantuan adiknya yang sentiasa malang iaitu RANDY (Ethan Suplee), Earl melancarkan misinya dengan penuh gigih.

Turut serta dalam pengembaraan untuk mengubah nasibnya adalah rakan-rakannya yang memupunyai bermacam-macam karenah lucu, termasuklah seorang penari/pekerja hotel yang seksi, Catalina (Nadine Velazquez) serta Darnell (Eddie Steepless), seorang pekerja di Crab Shark di mana Earl sering berkunjung setiap malam. Sementara itu, bekas isteri Earl iaitu JOY (Jaime Pressly) pula hanya akan membantunya apabila dia turut akan memperolehi faedah daripada bantuan tersebut.

Musim baru ini bermula dengan babak yang menampilkan Joy dengan cubaannya untuk memperdaya Yayasan Make-A-Wish untuk menghantar seorang selebriti ke treler tempat tinggalnya, cubaan Earl untuk menerbitkan sebuah filem dan Randy yang mengejutkan rakan-rakannya dengan bakat lakonannya.

Lebih meriah, musim kali ini turut menampilkan selebriti jemputan seperti Erik Estrada (yang terkenal dari siri Chips serta berlakon sebagai pengacara sebuah gameshow) serta Geraldo Rivera (sebagai dirinya sendiri, seorang wartawan dan pengacara “Inside Probe”).

My Name Is Earl telah memenangi hati jutaan penonton dan para kritik dengan skripnya yang mencuit hati di samping karakter yang cukup merendah diri dengan kehidupan serba sederhana mereka di dalam sebuah treler; dirujuk sebagai “luar biasa dan cukup menarik” oleh The New York Times serta “sebuah siri yang mencetuskan sebuah fenomena” oleh The Wall Street Journal.

Musim keempat merupakan sebuah siri yang memperolehi penerimaan hebat di kalangan penonton di beberapa negara, muncul sebagai rancangan TV No.1 pada slot siarannya di United Kingdom di kalangan penonton berumur 16-34 tahun, di Australia untuk slot penonton berumur 16-39 tahun serta di Itali untuk penonton berumur 15-24 tahun, di samping Norway untuk individu berumur 15-49 tahun.

Jadi, jangan lupa temujanji anda bersama My Name Is Earl di ntv7 setiap Ahad, mulai 21 Februari 2010, jam 11.30 malam.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes