Rossa Nafi Dibayar RM4 Ribu Untuk Konsert Di Malaysia


PENYANYI Rossa bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Mei mendatang. Konsert yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, itu merupakan rangkaian tour promo 12 Production yang diatur oleh Rossa sendiri. Khabarnya, untuk show tunggalnya itu Rossa dibayar sampai 10 juta Rupiah (kira-kira RM4 ribu)!

Rossa agak terperanjat ketika soalan ini diusul oleh media Indonesia.

"Alhamdulillah, kalau benar begitu saya dua bulan libur," ucap Rossa saat ditemui di Planet Hollywood Cafe, Jakarta Selatan, seperti dipetik laman kompas.com.

Rossa enggan mengungkapkan berapa bayaran sebenar yang didapatinya untuk konsert di Kuala Lumpur itu.

"Saya perlu kerja kerana harus membesarkan anak," ujar ibu tunggal yang genit ini.

Konsert dua jam bertajuk "Melodi Cinta" itu bakal dipersembahkan di hadapan 10 ribu penonton.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes