Caca Raja Lawak Sedar Kemampuan Diri

Caca akur dengan penyingkiranya dan berharap dapat memberi peluang kepada peserta lain yang lebih berbakat

RANCANGAN Raja Lawak musim keempat (RL4) yang bakal melabuh tirainya untuk beberapa episod lagi telah menyaksikan peserta dari negeri Jelapang Padi, Caca telah tersingkir.

Setiap minggu Caca yang mendapat undian yang rendah terpaksa akur dengan penyingkirannya pada minggu ketujuh bertemakan Retro Hitam Putih setelah memperolehi undian sebanyak 3.6 peratus.

Caca yang kelihatan tenang selepas diumumkan penyingkirannya daripada pentas RL4 seperti dapat merasakan perjuangannya bakal berakhir pada minggu tersebut.

"Saya tidak pernah putus asa, apa yang saya lalui di sini adalah satu pengalaman yang cukup berharga.

"Tidak sedikitpun saya menyesal kerana mengikuti rancangan ini, lagipun saya tidak rugi apa-apa.

"Saya dapat rasakan bakal tersingkir kerana persembahan saya malam ini agak mengecewakan," kata bapa kepada tiga orang anak ini.

Walaupun menyedari dirinya tidak setanding peserta lain untuk merebut tempat kekal hingga ke minggu akhir, namun Caca bersyukur dengan apa yang telah diperolehi di RL4 dan menerimanya sebagai adat dalam pertandingan.

"Saya tidak merasa terkilan dengan penyingkiran ini, malah dengan terkeluarnya saya malam ini, saya dapat memberikan peluang kepada peserta lain yang lebih berbakat.

"Saya sedar dengan kemampuan diri, sebenarnya saya tidak mempunyai bakat menjadi seorang pelawak. Secara jujurnya saya mengikuti rancangan ini kerana ingin mengetahui apa yang terdapat dalam lawak itu sendiri," ujarnya yang akan pulang ke kampung halaman dalam masa terdekat.

Sementara itu, tiga orang juri tetap RL4 Din Beramboi, Bob Lokman dan Afdlin Shauki ketika ditemui mengakui tema retro adalah antara tema yang susah untuk diaplikasikan dalam episod minggu ini.

"Ini adalah antara tema yang susah, peserta mesti bijak menyesuaikan dengan idea mereka supaya tidak lari daripada konsep asal.

"Tambahan pula, minggu ini mereka diberi masa selama tiga setengah minit. Mungkin sebelum ini hanya dua minit, apabila masa menjadi panjang, mereka agak hilang fokus," kata Afdlin.

Baki peserta RL4 yang hanya diwakili oleh Kumpulan Antu, Kumpulan Mamu serta Idlan dan Alex dikatakan bakal berlaku persaingan sengit kerana mereka mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri untuk persembahan yang akan datang.

"Selepas ini, agak susah untuk kita menilai kerana mereka adalah antara kelompok yang berbakat dan menunjukan prestasi yang baik setiap minggu," kata Bob Lokman.

Menutup tirai persembahan minggu ketujuh, tiga peserta yang berada di kelompok teratas ialah Idlan (32.5 peratus), Mamu (24.2 peratus) dan kumpulan Kecik (23.5 peratus).

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes