Megan Fox Yakin Mampu Menjadi Ibu Yang Terbaik
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AKTRES Megan Fox mengakui boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik di dalam kehidupan sebenarnya.
Pelakon Transformer yang baru berusia 23 tahun itu, memperlihatkan dia bersungguh-sungguh ingin mempunyai keluarganya sendiri.
"Tiada siapa percaya apabila saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya betul-betul mempunyai sifat keibuan," katanya dalam majalah W.
"Saya bimbang kerana saya selalu terfikir inginkan anak, walaupun tidak memilikinya, tapi saya percaya akan mampu memberikan mereka satu persekitaran yang mengagumkan.
Terbaru, Fox kini menjadi model jenama terkenal Emporio Armani untuk pakaian dalam dan jeans.
LaBels:
megan fox
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment