Demi Allah Saya Belum Bernikah - Krisdayanti
by Abdul Hamid Lembah Bujang
ARTIS jelita, Krisdayanti (KD) yang dikhabarkan mempunyai rumah baru di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan. Rumah itu dikatakan sebagai hadiah pernikahan KD daripada kekasihnya Raul Lemos.
Menurut beberapa jiran KD di Pondok Indah, Raul beberapa kali kelihatan mengunjungi rumah tersebut. Namun KD menafikannya dengan bersumpah.
"Demi Allah saya belum menikah, apalagi kalau ada khabar rumah itu adalah hadiah pernikahan dari Raul, itu tidak benar sama sekali," ujarnya seperti dipetik Detikhot.com.
KD juga menafikan bahawa dia telah melangsungkan sesi fotografi pra nikah di Bali sebagai sebahagian dari perancangan perkahwinannya. Penyanyi lagu 'I'm Sorry Goodbye' itu menegaskan belum ada sebarang rancangan untuk bernikah dengan jutawan itu dalam waktu dekat ini.
"Tidak ada lah, tidak ada," jelasnya.
Rumah yang terletak di Jl Alam Elok, Pondok Indah itu dibeli KD dengan wangnya sendiri yang bertujuan untuk kegiatan syarikatnya iaitu KD Production.
"Sebenarnya itu rumah persendirian saya untuk melakukan tugas-tugas di KD Production. Kalau pejabat yang dahulu sudah dipakai oleh Anang dan anak-anak saya. Saya ingin meneruskan tugas-tugas karyawan yang terhenti kerana penceraian kemarin," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment