Dian Dirikan Khemah Menjelang Majlis Pertunangannya

KHABAR berita terbaru aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo bakal dilamar kekasihnya, Indraguna Sutowo. Menjelang hari lamaran, Khemah berwarna coklat telah pun dipasang di halaman rumah Dian.

Dua orang tukang kebun kelihatan sedang membersihkan halaman rumah aktres jelita tersebut. Khemah yang terpasang di halaman rumahnya sekitar 100 meter berbentuk huruf L.

Menurut jiran-jirannya pelakon 'Ada Apa Dengan Cinta' itu, khemah telah dipasang sejak kemarin.

Seorang yang diupah untuk membersihkan kebun Dian memberitahu bahawa akan berlangsung sebuah majlis keluarga pada 14 Februari ini. Namun dia tidak memberitahu lanjut tentang acara yang akan berlangsung itu.

"Memang benar ada acara akhir minggu ini tapi saya tidak tahu tentang majlis tersebut. Yang pasti majlis itu adalah majlis keluarga," ujarnya seperti depetik detikhot.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes