Cabar Wartawan Pegang Al-Quran, Puteri Sarah Mohon Maaf
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PELAKON utama Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan diatas kenyataan yang ditulis di Laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan Al-Quran.
Wartawan hiburan tersebut dianggap telah 'membawa mulut' dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie. Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiriAsmaradana semalam juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. "Saya membuat kenyataan di Facebook kerana saya tidak diberi peluang dan diminta penjelasan atas perkara tersebut.
"Saya minta maaf dan saya menjadi mangsa keadaan dimana mendengar kata-kata dari sebelah pihak sahaja," ujar Puteri Sarah kesal kerana menerima cerita tersebut dari Aminah Rhapor, pengarah filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.
Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripadaHarian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.
"Saya difahamkan seorang wartawan telah memberitahu kepada Aminah Rhapor yang saya bergaduh dengan Ammar dan kemudian meninggalkan majlis tayangan PerdanaLu Pikir La Sendiri kerana perkara tersebut.
"Saya meninggalkan majlis kerana ingin bergegas ke lokasi penggambaran dramaAtilia di Shah Alam bukan kerana bergaduh dengan Ammar. Kemudian keluar cerita saya bergaduh di beberapa akhbar tanpa meminta penjelasan daripada saya terlebih dahulu," ujar Puteri Sarah.
Kenyataan ini tertera di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata..."i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh!SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org!ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***.coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya.i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" yang ditulis 14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam.
Sebelum ini, kekasihnya Ammar Alfian Aziz turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Sementara itu, Sarah tidak dapat mengelak daripada soalan bertubi-tubi wartawan yang inginkan penjelasannya kenapa dia cuba mengelak dan melarikan diri daripada pihak media. Sarah mendakwa, ini disebabkan dia terlalu sibuk berkejar ke lokasi penggambaran.
"Saya tidak lari dari wartawan, saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama. Jadual saya sangat padat sekarang dengan drama Asmaradana dan Atilia.
"Selain itu, saya juga sibuk dengan pelajaran jadi saya sentiasa terkejar-kejar ke sana ke mari...," ujarnya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL).
1 comments:
Post a Comment