Priyanka Chopra Mencari Tujuh Orang Suami


Priyanka Chopra bakal membawa watak yang mencabar dalam filem terbarunya.

FILEM terbaru yang dibintangi Prinyanka Chopra arahan Vishal Bhardwaj, "Ek Batta Saat" akan mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Menurut Vishal, Priyanka akan memegang watak utama dalam filem itu mempunyai tujuh orang suami yang mempunyai karakter yang berbeza.

Dalam filem itu juga, Priyanka akan membunuh kesemua suaminya. Selaku pengarah, Vishal bagaimanapun telah memilih John Abraham, Mohanlal, Naseeruddin Shah dan Arshad Warsi yang akan memegang watak sebagai suami kepada Priyanka.

Selain itu, Vishal dikatakan juga akan memilih Irrfan Khan sebagai suami kelima Priyanka.

Manakala Vishal yang akan ke Amerika Syarikat juga akan mencari seorang lagi pelakon dari sana yang akan memegang watak sebagai suami dalam filem tersebut.

Skrip filem yang ditulis oleh Vishal dan Ruskin Bond adalah inspirasi daripada filem Bond yang mengambil kisah Susanna dalam filem "Seven Husbands".

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes