Konsert 'Kau Di Hatiku' Bela Nasib Artis Hilang Upaya
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Satu sidang akhbar bagi menjayakan konsert tersebut akan diadakan pada 24 Februari, pukul 3 petang di ruang legar, Hotel Berjaya Times Square di tingkat 14
Antara penerima yang dikenalpasti ialah M Rajoli (pelakon), Zaiton Sameon (penyanyi) dan Karim Sulaiman (Wartawan).
Persembahan pertama untuk majlis kutipan derma ini ialah Konsert Amal yang akan diadakan pada Jumaat, 9 April 2010. Tiket akan dijual pada orang ramai dengan harga RM50.
Sementara itu, Malam Gala pula dirancang untuk berlangsung pada 10 April 2010 yang mana tempat duduk akan dijual dengan harga RM300 ataupun RM2000 untuk semeja (Nilai tempahan sehingga RM15,000 semeja juga disediakan).
Malam Gala ini turut akan diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh Calvin Thoo.
Sehubungan dengan itu, para penghibur yang terlibat juga akan melelong barangan koleksi peribadi mereka untuk memeriahkan lagi kutipan derma ini.
Setiap artis akan menyampaikan persembahan masing-masing selama 30 minit sebelum diakhiri dengan persembahan 'finale'.
Konsert "Kau Di Hatiku" ini berharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan seni yang berdepan dengan kesusahan untuk bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun keadaan keluarga yang tidak mengizinkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi publisis Konsert "Kau Di Hatiku", Samantha Schubert di talian 017-3021644.
0 comments:
Post a Comment