Aishwarya Rai Botak Dalam Filem
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AKTRES jelita Bollywood, Aishwarya Rai akan tampil botak untuk filem terbarunya Action Replay.
Namun bagitu Aishwarya tentu sahaja tidak akan merelakan rambut indahnya yang panjang dipotong habis. Dia akan mengenakan rambut palsu yang dirancang khusus untuk filem ini.
Seperti dipetik dari Apunkachoice.com, Pereka Hollywood Paul Pattison diupah untuk membuat rambut palsu yang sesuai untuk filem arahan Vipul Amrutlal Shah.
Kali ini Shah berniat membuat penampilan berbeza bagi kedua karakter utamanya yang dimainkan oleh Aishwarya dan Akshay Kumar.
Setelah berbincang dengan kumpulan kreatif. Akhirnya mereka telah memutuskan untuk mengupah pereka tersebut.
Pattinson sebelum ini sudah pernah membuat projek Hollywood untuk filem Mission Impossible II dan Braveheart.
0 comments:
Post a Comment