Eva Mendes Mengaku Ketagih Cinta
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AKTRES Eva Mendes mengaku dia membuat rawatan terapi seminggu sekali untuk kelihatan hebat. Mendes, 35, berkata, kunjungan ini penting untuk dia menyelesaikan segala masalah peribadinya kerana pakar terapi itu tidak tahu apa-apa mengenai dirinya kerana dia tidak terlibat secara langsung. “Saya rasa seronok kerana orang itu tidak ada hubungan emosi dengan saya dan dia akan cuba sedaya upaya untuk buat saya rasa hebat," kata Eva kepada The Sydney Morning Herald. Aktres yang sedang berpacaran dengan penerbit filem Peru, George Augusto sejak 2002, berkata dia begitu selesa mengadakan perhubungan dengan kekasihnya. “Saya ketagih cinta," katanya. |
LaBels:
Eva Mendes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment