Tunang Hadiahkan Dian Rumah Berharga 6 Juta Rupiah?


DALAM majlis pertunangan aktres Indonesia, Dian Sastrowardoyo dan Indraguna Sutowo kelmarin, wanita jelita itu hanya ketawa berhubung gosip dia menerima hadiah rumah berharga 6 juta Rupiah daripada tunangnya.

Dian yang mengenakan kebaya merah itu tidak menafikan mahupun mengiyakan gosip tersebut sebaliknya hanya ketawa kecil yang keluar dari mulutnya.

Namun, berbeza pula dengan komen daripada bakal suaminya, Indraguna. Lelaki yang lebih mesra disapa dengan nama Indra itu terus menafikan gosip itu.

“Perkara itu tidak benar kerana ia hanya khabar angin,” jelas Indra selepas melamar Dian di rumah bapa saudara Dian di JI. Bangka, Kemang, Jakarta Selatan kepada detikhot.comkelmarin.

Indra mengelak jika dikatakan sudah membeli rumah untuk Dian yang berharga 6 juta Rupiah.

Menurut sebuah tabloid, anak saudara Ponco Sutowo itu membeli rumah di kawasan Kemang Dalam, Jakarta Selatan. Desas-desus mengatakan Dian dan Indra telah menguruskan surat-surat rumah itu.

Pasangan ini bakal berkahwin pada Mei depan mengikut adat Yogyakarta.

1 comments:

akihiko { February 16, 2010 at 12:56 AM }
6 juta rupiah da dapat rumah?
6 juta lebih kurang rm 2000++ je

akihiko

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes