Kami Berpisah Cara Baik - Bob AF2
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PENYANYI Bob AF2 yang popular dengan lagu Cinta Terhalang menafikan bahawa dia berpisah dengan bekas pengurusnya dengan cara yang tidak profesional.
Penyanyi berasal dari Serawak ini mengakui tidak lagi menggunakan khidmat Syuib sebagai pegurusnya sejak Januari lalu disebabkan memberi peluang kepada pengurusnya itu untuk menubuhkan sebuah syarikat pengurusan artis sendiri.
"Kami telah berpisah Januari lalu dengan berbincang secara baik, Saya tidak singkirkan dia, tidak ada pergaduhan antara kami.
"Syuib telah menjaga saya hampir empat tahun dan dia juga memberitahu tentang hasratnya untuk mengembangkan kerjaya dengan membuka syarikat sendiri. Saya tidak mahu halang kemahuannya," katanya.
Berhubung masalah kewangan yang dikatakan menjadi punca kepada pertelingkahannya dengan bekas pengurusnya, Bob tidak menafikan perkara itu namun baginya itu merupakan masalah biasa yang dialami dikalangan artis.
"Soal masalah kewangan adalah perkara biasa, saya tidak nafikan perkara tersebut sebab ramai juga artis yang mengalami masalah ini namun itu bukan sebab utama dia meninggalkan saya," ujar Bob atau nama sebenar Mohd Yusrizan Usop.
Selain itu juga Bob turut memberitahu dia masih berhubung dan berkawan dengan bekas pengurusnya itu.
"Tiada sebab saya nak bermasam muka dengan dia, kami masih lagi berhubung dan berjumpa," ujar Bob yang turut menolak dakwaan bahawa perpisahan dilakukan melalui kiriman email sahaja.
Dalam pada itu, Bob yang dalam proses pembikinan album kedua solonya memberitahu perpisahan tiada kaitan dengan rombakan semula beberapa lagu dalam album tersebut.
"Album saya sudah siap hampir 90 peratus tapi perlu dirombak semula kerana beberapa lagu dan lirik yang kurang sesuai tapi bukan disebabkan perpisahan ini.
"Insya-Allah pertengahan tahun ini album itu akan dikeluarkan. dalam masa terdekat ini mungkin saya akan keluar single terlebih dahulu," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment