Zahiril Sentiasa Bersedia Hadapi Kontroversi

NAMA aktor Zahiril Adzim yang masih ‘hijau’ dalam industri seni tempatan belum disenarai hitamkan dari apa-apa kontroversi yang tidak diingini.

Sehingga saat ini, Zahiril masih mengekalkan imej bersihnya memandangkan masih jauh dia akan menjejaki langkahnya dalam industri ini.

Ramai yang mengenalinya disebabkan bakat lakonannya menerusi beberapa filem lakonannya seperti Kami The Movie dan Karaoke.

Jejaka berusia 26 tahun itu turut dikenali menerusi beberapa drama seperti Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata, Kami The Series, Seandainya Aku Siti, Merah Puteh, Ghost 2, telefilem 100 Hari Jadi dan Abang.

Namanya turut tersenarai dalam dua kategori Shout! Awards iaitu Anugerah Lelaki Kacak dan Gandingan Terbaik Di Layar. Untuk Lelaki Kacak, Zahiril bersaing dengan nama seperti Zizan Nin, Faizal Tahir, Jonathan Putra dan Tony Eusoff. Untuk Gandingan Terbaik Di Layar pula Zahiril dipadankan dengan Liyana Jasmay menerusi filem Kami The Movie.

Disebalik imej bersih yang dipamerkan oleh anak muda berasal dari Taiping, Perak itu, dia tidak menafikan kontroversi menantinya pada bila-bila masa.

Atas sebab itu Zahiril sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi hari mukanya daripada dipalit dengan cerita berbaur kontroversi.

“Dalam kehidupan artis ni, setiap mata memandang kita melalui cara kita bergaul dan berpakaian.

“Ikutkan ada banyak cara lagi untuk kekal dalam industri dan dikenali. Mungkin ada artis yang tidak outstanding dari segi kerja tetapi kalau kita yakin dengan kerja, rasanya tiada masalah dan selaraskan dengan penampilan tersendiri.

“Bagi saya, apabila kita sudah masuk dalam industri ini, maksudnya kita sudah bersedia untuk mengambil risiko. Misalnya kalau sebelum jadi artis kalau kita makan nasi tangan kiri mungkin orang tak peduli tetapi sekarang mungkin orang akan ambil tahu,” jelasnya kepada mStar Online.

Pemuda yang baru menyambut ulang tahunnya pada 23 Januari lalu itu mengakui pengikut industri hiburan sekarang lebih gemarkan cerita berbaur kontroversi berbanding karier seseorang artis itu.

“Saya perhatikan orang dah mula tengok cerita lain selain kerja saya untuk mencipta kontroversi.

“Tetapi saya cuba menjadi pelakon yang berniat untuk ‘berlakon’ bukannya ‘selebriti’ yang lebih mementingkan penampilan.

“Orang ingat kalau artis lebih kepada stail dan popular sedangkan kita perlu kurangkan berfikiran seperti itu.

“Saya tidak mementingkan komersil tetapi mahu lebih serius dalam lakonan,” kata graduan Diploma Teater dari Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) itu.

Selain muncul di layar lebar dan kaca televisyen, Zahiril juga beraksi di pentas teater sejak tiga tahun lalu dan telah melakonkan berpuluh teater. Teater terbaru lakonannya adalah Tanda yang akan dipentaskan pada 25 hingga 28 Februari ini di PJ Live Arts Sdn Bhd, 2A-3, Block K, Jaya One, Section 13, No.72A, Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya.

Lebih daripada 20 pelakon akan menjayakan pementasan ini. Antaranya ialah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Noris Ali, Dira Abu Zahar, Ameerul Affendi dan ramai lagi.

Penonton boleh menyaksikan Tanda pada 25-27 Februari, pukul 8.30 malam dan 27 & 28 Februari, pukul 3 petang.

Tiket masuk dikenakan pada harga RM30, RM15 (OKU & pelajar*) dan terhad kepada 60 orang.

Sebarang tempahan tiket boleh menghubungi 012-2395209.

1 comments:

noorafzan.blogspot.com { February 14, 2010 at 11:17 PM }
saya minat kat dia nih..=)

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes