Harith Sempat Berjenaka Tentang Arwah Bapa


KELMARIN, pelawak terkenal Harith Iskander baru sahaja berlawak tentang bapanya, Kolonel Musa Mohamad sewaktu membuat persembahan stand-up comedy di majlis pelancaran akhbar Mingguan mStar di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Menurut Harith semasa dia kecil dia sering menyaksikan bapanya beraksi dalam perlawanan bolasepak dan mengagumi kehandalan bapanya menjaringkan gol yang banyak pada setiap perlawanan.

Tetapi dalam nada yang jenaka dia berkata hanya selepas dia dewasa barulah dia menyedari bapanya sering menjaringkan gol kerana dia bermain dengan pasukan yang kebanyakkannya terdiri daripada pemain berpangkat lebih rendah daripadanya.

"Mereka asyik tabik kepada bapa saya ketika dia melakukan serangan termasuklah penjaga gol sebab tu dia dapat score banyak," kata Harith bersahaja.

Musa, 78, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung, paru-paru dan buah pinggang pukul 10 pagi semalam di Hospital Angkatan Tentera, Setiawangsa, dekat Kuala Lumpur.

Ketika mendapatkan reaksi Harith, dia yang keletihan kerana baru pulang daripada upacara pengebumian arwah bapanya meminta tunangnya, model dan pelakon jelita Jezamine Lim, 27, untuk menjawab panggilan bagi pihaknya.

Tunangnya berkata, jenazah Musa telah selamat dikebumikan pada pukul 2 petang semalam di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Sementara itu, menurut Jezamine, bapa Harith telah ditahan di wad kecemasan hospital tersebut selama tujuh hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jezamine yang juga seorang doktor menambah, kesihatan Musa telah menurun sejak tiga bulan yang lalu. Tambahan pula, arwah telah lama mengidap penyakit darah tinggi.

Arwah dan ibu Harith, Farida Jane Musa, 83, telah bercerai 20 tahun lalu dan kemudian bapanya berkahwin buat kali ketiga. Sebelum berkahwin dengan ibu Harith, arwah juga pernah berkahwin namun isteri pertamanya itu meninggal dunia.

“Harith nampak sedih sebab dia sangat rapat dengan bapanya. Bagaimanapun, dia redha dengan pemergian bapanya.

“Ibu Harith juga ada datang melawat jenazah tadi walaupun dia tidak terlalu sihat kerana baru keluar dari hospital akibat sakit tua,” ujar Jezamine sebelum mengakhiri perbualan.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes