Upin & Ipin akan terkubur? KENAPA?? JOM BACE..
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Biar betul ni? Itulah yang terpacul dari mulut kami apabila mendapat tahu ‘geng kretif’ yang terlibat dalam penghasilan animasi Upin & Ipin sudah berpecah atau lebih tepatnya tidak lagi bernaung di bawah bumbung yang bernama Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Ini kerana, ‘geng kreatif’ yang dimaksudkan telah menubuhkan sebuah syarikat animasi mereka sendiri yang diberi nama Animonsta Studios. So, bila mereka dah keluar dari Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ni, tertanya-tanya juga bagaimana dengan projek Upin & Ipin yang mereka tinggalkan?
Apa-apa pun, kita (lagi-lagi die hard fan Upin & Ipin ni) tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti samada Upin & Ipin akan benar-benar terkubur atau sebaliknya. Tapi sebelum tu, kalau korang rajin, korang baca apa kata ‘Atok’ dari Les’ Copaque mengenai perkara ini.
Mungkinkah Upin dan Ipin akan terkubur? Itulah persoalan yang sering diajukan sejak tersiar berita di Utusan Malaysia tentang penubuhan sebuah syarikat animasi baru dinegara kita dan keluarnya beberapa kakitangan peneraju syarikat dari Les’ Copaque Production Sdn. Bhd ke syarikat baru tersebut.
Kejayaan Upin dan Ipin memenangi hati rakyat bukanlah hasil kerja mereka semata-mata. Upin dan Ipin telah di ilhamkan secara berpasukan dari penghasilan skrip sehingga ia menjadi animasi. Memang tidak dinapikan, pada peringkat awalnya, mereka telah banyak menyumbang dalam menghasilkan animasi ini kerana merekalah yang berkeinginan untuk menerokai bidang ini dan Atok dengan ikhlasnya ingin membantu mereka untuk berjaya. Malahan, skrip dan cerita untuk episode ramadhan adalah hasil kerja Atok dengan Opah walaupun kami tidak mahu diberi kredit kerana ingin mengetengahkan mereka.
Tetapi, setelah kakitangan ditambah sesuai dengan perkembangan syarikat, penglibatan mereka untuk menghasilkan produksi mula mengurang kerana mereka lebih banyak terlibat dalam soal pengurusan dan pengembangan pasaran. Kerja-kerja produksi telah diambil alih oleh kakitangan yang baru dan masih dapat mengekalkan populariti siri tersebut. Atok dan Opah masih tetap memantau jalan cerita setiap episode disamping memikirkan bagaimana syarikat dapat berjalan dengan sempurna dan gaji kakitangan yang sudah bertambah dapat disediakan setiap bulan.
Tetapi malangnya, setelah mengecapi kejayaan filem Geng ditambah pula dengan masa yang terluang kerana kurang penglibatan dalam produksi, ia telah digunakan untuk memikirkan bagaimana untuk menubuhkan satu syarikat yang baru tanpa Atok. Rancangan telah diatur dengan begitu rapi dan membiarkan produksi syarikat menghadapi masaalah. Berbagai-bagai kerenah kakitangan sengaja diadakan untuk melemahkan semangat kakitangan dan perancangan untuk persediaan modal telah diatur dengan liciknya.
Walaubagaimanapun, tuhan masih sayang kepada Atok dan kakitangan yang lain. Rahsia mereka telah terbongkar dan mereka telah mengundur diri dari syarikat dengan serta merta walaupun mengikut rencana asal kemungkinan mereka akan meninggalkan syarikat pada hujung tahun secara beramai-ramai setelah segala persediaan diatur untuk penubuhan syarikat baru.
Rencana asalnya ingin menarik sehingga 15 orang kakitangan yang berpengalaman supaya syarikat akan lumpuh. Tetapi, mereka tidak berjaya menarik minat kakitangan yang lain kecuali mereka seramai 5 orang dan selebihnya adalah teman wanita dan isteri mereka yang merupakan kakitangan sokongan. Atok ucapkan selamat berjaya kepada mereka semua semoga Allah melindungi mereka kemudian hari.
Penubuhan syarikat animasi di Malaysia sememangnya dialu-alukan kerana kita kekurangan kandungan animasi yang bermutu. Persaingan dalam bidang animasi tidaklah seperti persaingan dalam bidang pembinaan dimana satu syarikat memenangi tender, maka yang lain hilang pekerjaan. Didalam bidang animasi, jika ada syarikat lain dapat mengeluarkan siri animasi yang diminati ramai, animasi yang sedia ada juga masih menjadi tontonan peminat. Oleh itu tidak timbul soal Upin dan Ipin terkubur sekiranya ada animasi lain yang lebih menyerlah. Tumpuan kami sekarang adalah mengekalkan mutu animasi Upin dan Ipin supaya ia masih diminati oleh semua peminat.
Pada masa sekarang kita masih mempunyai sekitar 70 orang kakitangan yang berkaliber tinggi untuk menghasilkan Upin dan Ipin. Kami masih mengambil pekerja baru dalam rangka membesarkan syarikat supaya kami dapt menghasilkan lebih banyak produk selain dari Upin dan Ipin. Atok fikir tidak perlulah kita berdebat mana yang lebih popular sehingga produk itu keluar dipasaran. Mengikut pengalaman Atok, banyak produk yang tinggal kenangan sebelum menemui penonton walaupun pada mulanya begitu gah diwar-warkan.
0 comments:
Post a Comment