Noraniza Tubuh Tatih Seni Demi Martabat Irama Malaysia?? pelik2....
by Abdul Hamid Lembah Bujang
MUZIK irama Malaysia yang semakin kurang mendapat tempat di kalangan pendengar dewasa ini berlaku ekoran tiada penggiat kreatif yang berani untuk tampil bersuara dalam industri ini.
Begitulah luahan penyanyi popular Noraniza Idris memandangkan banyak genre muzik lain seperti pop, rock, balada ditambah dengan kemunculan band-band indie yang lebih jauh meninggalkan kemasyuran muzik irama Malaysia.
Demi memartabatkan perjuangan irama Malaysia, Noraniza yang terkenal dengan gelaran Ratu Etnik Kreatif terpanggil untuk menubuhkan sebuah akademi seni, Tatih Seni di Bandar Sunway mulai Februari ini.
Akademi yang mengkhususkan kepada bengkel seni tari, teater dan muzik itu ditubuhkan secara sendiri oleh penyanyi berusia 41 tahun ini.
Menurut ibu tunggal kepada Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17, ini, akademi ini terbuka kepada orang awam yang berusia lima tahun ke atas.
“Melalui akademi ini, kita akan jelajah ke seluruh Malaysia dengan bergerak ke tadika-tadika, sekolah-sekolah rendah dengan kerjasama Pendamai Malaysia.
“Saya menubuhkan akademi ini sebagai usaha untuk memartabatkan irama Malaysia melalui bengkel kesenian, motivasi, jati diri, kenal diri di samping menjadikan seni tradisional sebagai sumber pendapatan.
“Saya mahu anak-anak kita nanti mengenali seni tradisional yang asas bermula dari peringkat rendah,” katanya yang mula merancang untuk menubuhkan akademi itu sejak 1 April 2008 setelah bercerai dengan suami keduanya, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus.
Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Enjut, Dikir Puteri dan Awallah Dondang ini, setakat ini dia mendapat maklumbalas yang positif daripada beberapa pihak yang berminat untuk menyertai projek terbarunya itu.
Dalam perkembangan lain, Noraniza sedang menerbitkan album terbarunya dengan kerjasama Edry Hashim. Album berkonsepkan 'etnik fusion' tersebut akan memuatkan lapan buah lagu.
Dia juga akan menampilkan sebuah lagi album yang memuatkan tiga versi lagu yang berlainan rentak bagi setiap lagu yang diambil daripada album terbarunya itu untuk tujuan pengajaran
0 comments:
Post a Comment