Aleeza Kassim Tidak Pernah Terfikir Untuk Tipu Umur

Aleeza tergolong wanita yang cukup bertuah kerana tidak perlu risau tentang berat badan. Dia juga tidak pernah terfikir untuk berdiet. - Foto mStar oleh ZIEMAN

PERAGAWATI tinggi lampai Aleeza Kassim adalah seorang wanita yang sangat praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Aktres yang juga model terkenal ini tidak peduli apa kawan-kawan seangkatannya fikir tentang usia tapi bagi Aleeza, tidak ada istilah tipu umur.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap pasal saya sebab itu kalau sesiapa tanya saya tentang umur, saya akan berterus terang. Tidak perlu tipu umur kerana lama kelamaan orang akan tahu juga," jelas aktres jelita ini.

Begitu juga dengan berat badan. Aleeza tergolong wanita yang cukup bertuah kerana tidak perlu risau tentang berat badan. Dia juga tidak pernah terfikir untuk berdiet.

"Mungkin juga sebab saya belum mempunyai anak dan agak bertuah kerana badan saya tidak naik mendadak. Kalau saya nak kurus, saya hanya perlu kurangkan makan tiga hari dan badan saya akan turun semula. Tapi selalunya, saya tidak pernah amal dietpun," kata Aleeza.

Seperkara lagi yang ramai peminatnya tidak tahu, Aleeza akan pastikan dia makan nasi pada tengahari.

"Tidak kira di mana pun saya berada waima di luar negara sekali pun, saya tetap akan bawa periuk nasi kecil.

"Lain makanan yang wajib ialah serunding dan semua makanan instant Melayu seperti rendang, asam pedas dan sebagainya. Setibanya di hotel, saya akan panaskan semua ini tapi tak ada lah sampai menumis dalam hotel...," jelas Aleeza sambil ketawa kecil.

"Saya tahu ramai yang kata saya old-fashion dan pelik tapi saya sudah terbiasa berbuat demikian hinggakan suami saya pun hairan kenapa saya perlu bawa rice cooker kalau ada kerja modeling di luar negara," jelas pemilik agensi modelling Vogue@Work Sdn. Bhd dan isteri kepada Mohd Fauzi Che Rus ini.

Ditanya apakah rahsia dia kekal langsing, Aleeza berkata, dia tidak akan makan nasi pada sebelah malam.

"Saya hanya makan sandiwches atau buah-buahan saja tapi no rice," kata Aleeza yang juga mengamalkan jogging di kawasan rumahnya setiap pagi.

Aleeza, yang juga model produk Kopi Al-Habsyee, akan berangkat hari ini ke India untuk menjayakan Karachi Fashion Week selama 7 hari.

Model jelita yang akan menggayakan pakaian rekaan Amir Luqman dan Kirana di minggu fesyen Karachi itu berkata, entah kenapa dia cukup meminati bidang peragaan.

"Saya sudah menjadi model selama 19 tahun dan saya memulakan karier sebagai model waktu saya berusia 19 tahun. Bidang ini begitu sinonim dengan saya. Kalau disuruh pilih, saya akan terus dengan kerjaya model saya.

"Suami saya juga lebih menggalakkan saya menceburi bidang modeling berbanding lakonan. Kata suami, kerja modeling tidak berserabut sangat dan gosip pun kurang. Lagipun saya akan terus jadi model selagi rezeki saya ada di situ," jelas Aleeza.

Usia perkahwinan yang akan menjangkau empat tahun pada tahun ini membuat Aleeza tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Bagi Aleeza, setiap detik yang diluangkan bersama suami, Fauzi, 45, adalah sesuatu yang cukup indah.

"Saya dan suami akan pastikan kami dapat luangkan masa bersama walau sesibuk mana sekalipun.

"Tahun ini, memang saya akan fokus untuk mendapat zuriat. Tengoklah macam mana, kalau tuhan nak bagi rezeki....," jelas aktres yang pernah membintangi filem XX Ray dan Susuk ini.

Sambungnya lagi, "Ramai yang bertanyakan bila lagi saya akan ada anak. Siapa yang tak nak anak....cuma saya belum diberi kesempatan itu lagi."

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes