Imuda Kahwin Bulan Februari

Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes