Bruce Willis Akui Laman Web Sosial Menyusahkan.. MEMANGG PON.. APE PENDAPAT ANDA??
by Abdul Hamid Lembah Bujang
KETIKA ini, ramai orang yang obses dengan laman web sosial seperti Facebook atau Twitter tetapi sebaliknya berlaku kepada aktor Bruce Willis kerana baginya laman web jenis itu sangat mengganggu.
Aceshowbiz berkata, Bruce mengaku tidak mahu memiliki akaun di sebuah laman web sosial. Bintang filem Die Hard itu menolak mengikut jejak bekas isterinya, Demi Moore yang kini menjadi penggemar aktif Twitter.
Dia memberitahu, laman web sosial sangat berbahaya kerana orang ramai boleh mendapat berita secara cepat tanpa saringan sedangkan ia belum tentu benar.
Aktor yang pernah beraksi menerusi filem sains fiksyen Surrogates itu memilih untuk bersosial secara konvensional. Dia lebih suka berkumpul dengan kawan-kawannya di sebuah bar sambil menikmati segelas arak.
0 comments:
Post a Comment